Assalamualaikum...
Salam Jumaat sahabat semua, semoga beroleh keberkatan di hari Jummat yang mulia ini.
Dah lama tak makan kuih koleh kacang. Biasanya kalau ada kenduri kendara di rumah saudara baru dapat merasa kuih yang satu ni. Jadi malam tadi dengan gigihnya saya memasak kuih ini.
Nak buat ni agak renyahlah sikit, bukan apa sebab nak kena buat tahi minyak terlebih dahulu. Lama jugak prosesnya nak tunggu daripada kepala santan yang cair tu dimasak sehingga kering, terus jadi tahi minyak. Bila dah masak tahi minyak hmmm... baunya harum semerbak satu rumah.
Jom tengok resepi, kalau ada kawan-kawan yang berminat bolehlah dicuba resepinya.
Bahan-bahan:
250 gm santan [dimasak dijadikan tahi minyak]
Bahan A :
350 gm gula merah
150 gm gula putih
300 ml air
2 helai daun pandan
Bahan B :
300 gm tepung kacang hijau
1vsdt garam halus
Bahan C :
1700 ml santan [2 biji kelapa]
pestime dgn term tahi minyak, n terus google
BalasPadamnak buat kuih tradisional ni memang renyah kan. walaupun saya tk suka makan kacang sangat, tapi kuih kole kacang ni saya suka makan!
Memang renyah sikit nak buat, tapi kuihnya sedap.
PadamTak ada tahi minyaknya, tak jadilah koleh kacangnya ye Diela.
BalasPadamKalau tak ada tahi minyak, kurang menarik. Rasanya juga kurang sedap. Sebab wangi tahi minyak tu mempengaruhi rasa kuih tu jugak.
Padam2 mggu lepas mak saya buat minyak kelapa, ada la tahi minyak tu...teringat jugak kuih kole kacang ni...tapi x ada kerajinan nak buat.....
BalasPadamBuat minyak kelapa mesti guna kepala santan banyak kan...
Padamcantik kejadian kole kacang ni.. susah juga nak jumpa orang jual kole kacang ni..
BalasPadamTu lah... nak makan kena lah buat sendiri.
PadamKuih ni memang masuk list pokcik ni.. tiap kali pergi pasar tani mesti cari..
BalasPadam