Khamis, 7 Ogos 2025

Buat Kuih Koleh Kacang Yang Sedap

 Assalamualaikum... 

Salam Jumaat sahabat semua, semoga beroleh keberkatan di hari Jummat yang mulia ini.

Dah lama tak makan kuih koleh kacang. Biasanya kalau ada kenduri kendara di rumah saudara baru dapat merasa kuih yang satu ni. Jadi malam tadi dengan gigihnya saya memasak kuih ini.

Nak buat ni agak renyahlah sikit, bukan apa sebab nak kena buat tahi minyak terlebih dahulu. Lama jugak prosesnya nak tunggu daripada kepala santan yang cair tu dimasak sehingga kering, terus jadi tahi minyak. Bila dah masak tahi minyak hmmm... baunya harum semerbak satu rumah.

Jom tengok resepi, kalau ada kawan-kawan yang berminat bolehlah dicuba resepinya.




Resepi kuih Koleh Kacang

Bahan-bahan:

250 gm santan [dimasak dijadikan tahi minyak]


Bahan A :

350 gm gula merah

150 gm gula putih

300 ml air

2 helai daun pandan


Bahan B :

300 gm tepung kacang hijau

1vsdt garam halus


Bahan C :

1700 ml santan [2 biji kelapa]




Cara memasaknya:

1. Masak bahan-bahan A hingga mendidih dan semua gula jadi cair dan hancur. Kemudian tapiskan.

2.Satukan ban B dan C. Kacau sehingga rata dan sebati. Tapiskan ke dalam kuali.

3. Masukkan bahan A tadi, kacau di atas api sederhana besar selama 1/2 jam.

4. Bila adunan dah pekat dan meletup-letup, masukkan minyak dari tahi minyak, kacau hingga betul merata.

5. Bila kuih dah masak, masukkan adunan kedalam loyang 10x10 inci, ratakan dan akhir sekali taburkan dengan tahi minya.

6. Bila dah betul-betul sejuk barulah dipotong.



Inilah rupanya tepung kacang hijau yang saya gunakan.



Sedap dimakan ketika sarapan atau minum petang. Juga sangat sesuai dihidangkan dimajlis kenduri.

Selamat mencuba.





9 ulasan:

  1. pestime dgn term tahi minyak, n terus google
    nak buat kuih tradisional ni memang renyah kan. walaupun saya tk suka makan kacang sangat, tapi kuih kole kacang ni saya suka makan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang renyah sikit nak buat, tapi kuihnya sedap.

      Padam
  2. Tak ada tahi minyaknya, tak jadilah koleh kacangnya ye Diela.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak ada tahi minyak, kurang menarik. Rasanya juga kurang sedap. Sebab wangi tahi minyak tu mempengaruhi rasa kuih tu jugak.

      Padam
  3. 2 mggu lepas mak saya buat minyak kelapa, ada la tahi minyak tu...teringat jugak kuih kole kacang ni...tapi x ada kerajinan nak buat.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat minyak kelapa mesti guna kepala santan banyak kan...

      Padam
  4. cantik kejadian kole kacang ni.. susah juga nak jumpa orang jual kole kacang ni..

    BalasPadam
  5. Kuih ni memang masuk list pokcik ni.. tiap kali pergi pasar tani mesti cari..

    BalasPadam