Isnin, 28 Julai 2025

Kuih Lengat Pisang Yang Sangat Sedap

 Assalamualaikum sahabat semua...

Tiap hari dok tengok kuih lengat pisang dok lalu kat istagram. Jadi petang ni saya cuba buat lengat pisang.

Kuih ni adalah salah satu kuih tradisional yang makin dilupai. Sebenarnya kuih ni memang sedap. Tak rugi kalau kita cuba buat kuih ni. Rasa  manis dan lemaknya yang seimbang, memang sangat sesuai dijadikan kuih untuk minum petang.

Untuk membuat kuih ni perlu guna pisang yang sudah masak seperti pisang emas atau pisang lainnya yang manis.

Jom kita tengok resepinya


















Resepi Kuih Lengat Pisang

Bahan-bahan:

Pisang masak 

santan

1/2 sudu teh garam

3 sudu besar tepung beras

gula secukupnya



Cara membuatnya:

1. Sediakan bekas, kalau ada daun pisang boleh dialas dengan daun pisang. Kalau tak ada pun tak mengapa.

2. Belah pisang dan susun di dalam bekas tersebut. Tabur gula di atasnya.

3. Dalam bekas lain masukkan santan, tepung beras, garam serta air secukupnya. Kacau supaya tepung tidak berketul.

4. Tuangkan ke dalam bekas pisang tadi. Kukus selama 15 minit. Setelah kuih masak, angkat dan sejukkan.


Kejadiannya setelah dikukus.



Sedap dimakan bersama kopi O panas.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan