Assalamualaikum...
Hari ni teringin nak makan laksa. Kesukaan saya laksa kuah lemak. Jadi saya buat kuahnya menggunakan ikan sardin tin saja. Jadi lebih mudah dan cepat. Laksanya pula tinggal rebus sahaja.
Jom tengok resepi mudah daripada saya.
Bahan-bahan:
1 tin sardin-dibuang sos sardin dan
cuci, kemudian blend hancur
1-2 biji bawang besar
2-3 sudu besar serbuk kari ikan
1 ketul lengkuas sebesar ibu jari
1-2 batang serai dititik
daun kesum secukupnya
asam keping
santan pekat
air untuk kuahnya
garam gula serta perasa
1.Panaskan minyak dan tumis bawang blend,
serbuk kari ikan, serai serta lengkuas.
masak hingga pecah minyak.
2.Bila bahan tumis dah pecah minyak,
masukkan sardin, juga masukkan santan,
asam keping serta air untuk kuahnya.
3.Perasakan dengan garam serta gulanya.
Setelah masak barulah ditutup apinya.
Bahan sayurnya:
hirisan daun salad
bawang besar dihiris bulat
timun dihiris kecil-kecil
cili api dihiris kecil
limau nipis
Cara menghidangnya:
Letakkan sedikit laksa ke dalam mangkuk.
Masukkan kuahnya, kemudian masukkan pula
bahan sayurannya.
Apa khabar Diela.
BalasPadamLama tak singgah sini.
Rasanya saya belum pernah makan laksa lemak Kedah.
Alhamdulillah... khabar baik Amie. Ya lah saya juga lama menyepi. Baru sekarang kembali lagi. Boleh lah dicuba resepinya nanti.
Padam