Rabu, 19 Februari 2020

Kuih Buah Melaka


Assalamualaikum...

Salam sejahtera semua sahabat saya dimana jua anda berada, semoga sihat hendaknya.

Tak sabar dah nak tunggu bulan puasa. Biasanya dibulan puasa kuih ni lah yang menjadi pilihan hidangan ketika berbuka. Tiap hari makan pun rasanya tak jemu-jemu. 

Tapi sekarang ni, bukan saja dibulan puasa, dihari-hari biasa pun masih ada je orang yg menjualnya. 



Resepi Kuih Buah Melaka

Bahan-bahan:

1 cawan tepung pulut 
2 sudu besar tepung beras 
5 helai daun pandan 
Gula melaka di potong kiub kecil 
Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus             secukup rasa) 
Sedikit pewarna hijau


Kuih ni kalau menggunakan gula gerek baru sedap rasanya. Bila digigit terasa gulanya yang hampir2 cair. Kalau menggunakan gula kabung yang biasanya gulanya agak keras.





Cara-cara membuatnya:


1. Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk. 2


2. Kisar daun pandan bersama sedikit air 

   dan tapis. Kemudian campur air pandan tadi

   dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air

   sedikit demi sedikit ke dalam campuran 

   tepung pulut dan tepung beras sehingga

   menjadi adunan yang boleh digentel. 


3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak

   tangan dan letakkan gula melaka sebagai

   inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat. 


4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah

   melaka timbul. Angkat dan toskan. 


5. Salut buah melaka dengan kelapa parut 

   yang digaul dengan sedikit garam, gaul

   rata dan hidangkan.



Sesuai juga untuk sarapan dan minum petang.


2 ulasan:

  1. Tu la kan, sekarang takyah tunggu bulan posa kalau nak beli 😁

    BalasPadam
  2. Your Affiliate Money Making Machine is ready -

    And getting it running is as simple as 1, 2, 3!

    Here's how it all works...

    STEP 1. Input into the system what affiliate products you want to push
    STEP 2. Add PUSH button traffic (it takes JUST 2 minutes)
    STEP 3. Watch the affiliate system grow your list and sell your affiliate products all on it's own!

    So, do you want to start making money???

    Click here to start running the system

    BalasPadam