Khamis, 20 Oktober 2016

Ikan Siakap Stim Halia


       Assalamualaikum wrh... wbr...

      Salam di hari Jumaat yang penuh keberkahan ini, semoga teman-teman semua beroleh rahmatnya.

      Bersua lagi dientri kali ini, hari ini saya masak ikan siakap stim halia. Masakan yang dimasak stim atau dikukus memang sangat baik untuk kesihatan kerana tidak berminyak atau tidak bersantan. Sekali-sekala sedap juga makan masakan begini, apalagi dimakan bersama sambal belacan serta ulam-ulaman. Mau bertambah juga nasinya.

      Jom tengok resepinya...


Resepi Ikan Siakap Stim Halia

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
2.5 cm halia
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 ulas bawang besar
3 batang serai
1/2 sdb serbuk lada hitam
6 sdb sos tiram
2 biji limau nipis
1 biji clil merah
1 biji tomato
1 tangkai daun sup (saya guna daun ketumbar)
garam secukup rasa
 

Cara memasaknya:

1. Halia, bawang merah, bawang putih ditumbuk
   dan digaul pada ikan bersam sos tiram,
   garam serta serbuk lada hitam. Perapkan
   selama 15 minit.
2. Cili merah, tomato, bawang besar serta daun
   sup yang telah dihiris ditabur di atas 
   ikan. Letakkan serai yang diketuk. Tomato
   pula untuk dapatkan sedikit rasa masam agar
   seimbang dengan sos tiram.
3. Stim atau kukus ikan serta ramuannya selama
   lebih kurang 20 minit. Kira-kira 5 minit
   sebelum diangkat perahkan limau nipis. Siap
   untuk dihidangkan.



1 ulasan:

  1. sedap sesekali tukar ke menu kukus ni kan diela, salam ukhuwah dari www.anajingga.com :)

    BalasPadam