Rabu, 20 Julai 2016

Masak Lemak Udang


 Assalamualaikum wrh... wbr...

   Bersua lagi dientri kali ini, semoga anda semua berbahagia selalu hendaknya.

   Berbelanja barang pasar kat kedai berhampiran, kebetulan ada udang yang sederhana besarnya. Teringin pula nak makan masak lemak udang. Jadi teringin punya pasal maka saya belilah udang 1/2 kilo untuk dibuat masak lemak untuk santapan tengahari ni. Sukanya tengok anak-anak makan, siap bertambah-tambah lagi nasinya.

 Jom lihat resepinya...


Resepi Masak Lemak Udang

Bahan-bahan:

1/2 kilo udang
1/2 biji kelapa diambil santannya
1/2 ikat kacang panjang (dipotong)
10 biji cili api*
1 biji bawang besar*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci halia*
1 keping asam gelugur
2 batang serai(dititik)
1 helai daun kunyit
garam serta perasa secukup rasa


Cara memasaknya:

1. Bahan yang bertanda * dikisar halus.

2. Masukkan bahan kisar, serai, asam gelugur
   ke dalam kuali, masak hingga mendidih. 

3. Kemudian masukkan pula santan, kacang
   panjang serta daun kunyit. Sentiasa 
   dikacau supaya santan tidak pecah minyak.

4. Masukkan pula udang, garam serta perasa. 
   Dikacau lagi sehingga udang masak. Siap
   untuk dihidangkan. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan