Khamis, 15 Mei 2014

Kerabu Pucuk Ulam Raja


        Assalamualaikum wrh... wbr...

       Bersua lagi di entri kali ini, mengenai masakan kerabu pucuk ulam raja. Memandangkan pokok ulam raja yang saya tanam tempohari keluarkan pucuk yang muda-muda dan banyak pula pucuknya. Maka saya bolehlah cuba buatkan kerabu pucuk ulam raja pula. 



          Lihat tu betapa banyak pucuknya. Apa lagi di musim hujan ni, makin suburlah pokoknya. 


            Saya kutipkan.... dapatlah lebih kurang secekak daunnya. Alhamdulillah  jimatlah sikit sbb tak payah beli.




  
Resepi Kerabu Pucuk Ulam Raja


Bahan-bahan:
1 cekak daun ulam raja (dihiris)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 biji limau nipis (diambil jus)
garam, gula dan perasa secukupnya
1 cawan kelapa parut putih

Bahan tumbuk:
sejemput ikan bilis (saya goreng tanpa 
        minyak sekejap)
1 biji cili merah
8 biji cili padi
1 inci belacan

Cara membuatnya:
1. Daun ulam raja dihiris halus. 
2. Tumbuk bahan tumbuk sehingga lumat, 
   masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi
   sehingga separa lumat.
3. Campurkan kesemua bahan yang dihiris di
   dalam satu bekas. Campurkan bahan-bahan
   tumbuk tadi.
4. Perahkan jus limau dan perasakan garamnya.
   Apabila sudah cukup mesra gaulannya, 
   bolehlah dihidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan