Sabtu, 5 November 2011

Salam Aidil Adha -2011


              Assalamualaikum wrh wbr.....


         Sempena dgn perayaaan hari raya Aidil Adha yang akan bakal tiba nanti, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada seluruh kawan2 yang beragama Islam. Semoga segala amal ibadah yang kita lakukan akan diterima oleh Allah swt.




        Perayaan hari raya Aidil Adha ini  disambut oleh seluruh umat Islam di dunia bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam dalam menunaikan perintah Allah yg memperlihatkan sifat ketakwaan dan ketaatan beliau kpd Allah walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayayangannya sendiri. Begitu juga dgn sifat ketakwaan, ketaatan serta kesabaran anaknya, Nabi Ismail Alaihissalam yang tanpa ragu-ragu serta tanpa apa-apa bantahan menerima perintah Allah walaupun terpaksa mengorbankan dirinya sendiri. 

     Sebenarnya erti sebuah pengorbanan ialah kita sanggup mengorbankan atau memberikan sesuatu yang kita sayangi kepada orang lain walaupun terpaksa menempuh sesuatu cabaran ataupun rintangan di dalam hidup kita. Adakah kita sudah sampai ke tahap itu? Tepuklah dada tanyalah iman kita...



      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan