Jumaat, 26 Mei 2017
Sabtu, 13 Mei 2017
Jalan-jalan ke Dataran Merdeka
Assalamualaikum wrh... wbr...
Cuti Wesak day kelmarin sempat lagi jalan2 ke Dataran Merdeka. Lama juga rasanya tak keluar jalan-jalan. Kebetulan emak dan emak saudara datang KL, so ambik kesempatan bawa mereka jalan2.
Pagi-pagi lengang je tak ramai pelancung yang datang sewaktu kami sampai. Best juga dapat berjemur di bawah matahari pagi...
Happy je... mereka, sekali sekala dapat keluar jalan-jalan.
Sabtu, 6 Mei 2017
Femi9 Intimate Wash
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bertemu lagi dikali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu disamping keluarga tercinta di hujung minggu ini.
Kali ini nak cerita pula mengenai produk SHOM yang menjadi pilihan ramai wanita2 diluar sana yaitu Femi9 Intimate Wash.
Femi9 Intimate Wash merupakan pembersih yang bersifat sederhana dan lembut yang sesuai untuk kegunaan seharian. Ia berkesan untuk membantu membersihkan, menyegarkan dan menghilangkan bau yang tidak sedap. Selain itu, ia juga membantu mengekalkan keseimbangan
ph semulajadi kulit, melindungi dan mengelakkan jangkitan bakteria dan keradangan disekitar bahagian intim kaum wanita yang disebabkan oleh pertumbuhan bakteria dan mikroorganisma.
Kelebihan Femi9 Wash:
* Pembersih yang bersifat Sederhana & Lembut.
* Sesuai digunakan setiap hari 2-3 kali
sehari.
* Menghilangkan bau yang kurang enak.
* Mengekalkan keseimbangan PH.
* Merapatkan Miss V.
* Mengelakkan Keputihan.
* Melindungi & mengelakkan jangkitan
bakteria.
Sangat disyorkan kepada ibu yang baru bersalin bahan utama Femi9 Wash mengandungi:
* Manjakani yang membantu mengembalikan
ketegangan dinding faraj akibat peningkatan
usia dan perubahan hormon.
* Vitamin E yang berkesan dan memudahkan
penghasilan sel-sel baru dan memulihkan
luka.
Jom BEBASKAN masalah pada bahagian Miss V dengan Femi9 Intimate Wash.
Testimoni
Jika ada diantara kawan-kawan yang ingin mendapatkan Femi9 intimate wash boleh whatsup saya 019 3742795.
Isnin, 1 Mei 2017
Laksa Johor lagi
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersua lagi di entri kali ini, semoga anda semua ceria-ceria selalu di hari ini sempena cuti buruh. Dah lama teringin nak makan laksa Johor, so... hari ini baru berkesempatan memasaknya. Maklumlah dihari cuti-cuti begini semua ahli keluarga berkumpul dirumah. Jadi saya masak laksa Johor untuk santapan tengah hari.
Saya mencuba resepi dari Puan Azlita Zain. Ternyata memang sedap laksanya. Anak-anak pun cakap memang sedap, lepas ni bolehlah dicuba lagi menggunakan resepi ini. Apa-apa pun jom tengok resepinya.
Resepi Laksa Johor
Bahan-bahan:
1 kilo ikan (saya guna ikan kembung)
ikan direbus kemudian diambil isinya dan
dikisar halus
4 sdb udang kering-
udang kering juga dikisar halus
1 bungkus spagetti
direbus dengan air, letakkan sedikit
garam. Selepaskan ditoskan, dimasukkan
sedikit minyak untuk mengelak daripada
spagetti melekat-lekat.
Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
15 tangkai cili kering (rendam hingga lembut)
Semua bahan diatas dikisar halus.
2 sdb jintan manis
2 sdb ketumbar
Kedua-dua bahan ini disangai atau digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk halus.
Lain-lain bahan:
2 sdb rempah kari ikan
2 sdb kerisik
3 keping asam gelugur (keping)
santan dari 1 biji kelapa
1 ikat daun kesum
1 ikat daun selasih (saya tak guna)
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan
kisar hingga naik bau.Masukkan serai dan
masak hingga harum dan terbit minyak.
2. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan
manis yg telah ditumbuk halus.
3 Masukkan pula rempah kari, biar hingga
rempah garing.
4. Bila dah garing masukkan air rebusan
ikan.Biar kuah merenih sebentar.
5. Bila dah mendidih masukkan santan.
Masukkan juga udang kering yg telah
dikisar halus.
6. Masukkan isi ikan, asam keping, daun
kesum,kerisik, gula melaka dan biarkan
sehingga mendidih.
7. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Bila dah siap matikan api.
Ulam-ulaman:
Timun -buang empulur tengah dan hiris halus
bulat
Bawang besar - hiris bulat
Taugeh
Kacang panjang- hiris halus
Daun kesum - mayang halus
Daun selasih - mayang halus
Bunga kantan - mayang halus
Limau kasturi- belah dua
Jumaat, 21 April 2017
Sotong Masak Lemak Padang
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersua lagi di entri kali ini. Dah lama rasanya tak betsiaran kat blog kesayangan ni... apa pun jom tengok resepi dulu... sotong masak lemak padang.
Resepi Sotong Masak Lemak Padang
Sumber: Azlita Masam Manis
Bahan-bahan:
1 kilo sotong
1 labu bawang besar (dibelah 4)
2 biji tomato (tak letak)
2 batang serai (dititik)
3 biji ubi kentang (belah 4)
2 sdb minyak menumis
500 ml santan
2 helai daun limau purut
air secukupnya
garam secukupnya
Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
5 tangkai cili merah
Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan kisar hingga harum dan terbit
minyak.
3. Kemudian masukkan bawang besar, daun limau
purut, serai, ubi kentang, tomato, sotong,
santan dan air.
4. Kacau biar sebati.
5. Kemudian renihkan, sesekali dikacau supaya
santan tidak pecah minyak.
6. Masukkan garam dan sedikit perasa secukup
rasa, barulah diangkat.
Isnin, 27 Februari 2017
Baja Ezigrow
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia teman2 semua... kali ini saya nak cerita pula mengenai produk iaitu mengenai baja Ezigrow tentang manfaat dan kebaikkan penggunaan baja tersebut untuk tanaman.
Baja Ezigrow adalah baja foliar yaitu baja larut air yang disembur dalam bentuk cecair. Baja foliar yg disembur pada daun akan menembusi pada daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermisdan stomata lalu meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel tumbuhan dalam masa satu jam. Berbanding dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel2 tumbuhan dengan sepenuhnya.
Kelebihan baja Ezigrow:
1. Mengandungi unsur-unsur nutrien yang
lengkap dan seimbang untuk meningkatkan
tumbesaran dan kecergasan tumbuh-tumbuhan.
2. Mengandungi pengawal tumbesaran untuk
menggiatkan tumbesaran serta meningkatkan
proses fotosintesis dan kandungan gula
dalam masa 1 jam selepas semburan.
3. Mengandungi asid humik yang dapat
meningkatkan kadar penyerapan nutrien oleh
tumbuh-tumbuhan, dengan itu menguatkan
sistem imunisasi tumbuh-tumbuhan supaya
lebih sihat.
4. Menambah hasil pengeluaran tanaman sehingga
70%.
5. Meningkatkan kualiti buah dan hasil
pengeluaran tanaman.
6. Mengurangkan masalah pertunasan, pengunapan
dan mengawal keguguran buah melalui
pengawalan pengeluaran asid absisik.
7. Mesra alam dan mudah diuraikan.
8. Sesuai digunakan untuk siraman dan
semburan.
9. Boleh dicampurkan dengan racun serangga
atau racun kulat.
Hasil buahnya memang sangat besar dan berganda-ganda.
Jika digunakan untuk pokok bunga akan menghasilkan bunga yanga lebih besar dan berbunga lebat.
Untuk semburan pada tanaman mesti mengikut sukatan dengan kesesuaian jenis tanaman.
Jika ingin mendapat baja Ezigrow boleh whatsup 019 3742705.
Jumaat, 24 Februari 2017
Masak Lemak Sotong dgn Buncis
Assalamualaikum wrh... wbr...
Hari ni nak cerita pula tentang masakan iaitu masak lemak sotong dgn kacang buncis. Ada sotong ada kacang buncis, tapi tak tahu nak masak apa. Biasanya saya masak sotong goreng kunyit je... Jadi, kali ni saya cuba masak lemak pula sebab kebetulan ada santan lebihan sebelumnya.
Siap bertambah2 nasi pula, apalagi dimakan bersama ikan goreng serta ulam-ulaman beserta sambal belacan.
Jom tengok cara masaknya...
Resepi masak lemak sotong dgn kacang buncis
Bahan-bahan:
5 ekor sotong saiz sederhana (dipotong gegelang)
kacang buncis (ikut keperluan)
sebiji tomato (dibelah 4)
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
2 cawan pati santan
sedikit kunyit serbuk
garam dan gula secukup rasa
Bahan ditumis:
2 sdb minyak masak
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 btg serai (diketuk)
1 inci halia (dihiris)
1. Sotong digaul dengan serbuk kunyit,
ketepikan.
2. Panaskan minyak dlm kuali, masukkan serai
terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan
bawang besar, bawang putih serta halia.
Biarkan sehingga naik bau dan bawang
kekuningan.
3. Selepas itu masukkan sotong dan kacau
selama 1 minit. Kemudian tuangkan santan
dan kacau lagi. Sekiranya kuah agak pekat
boleh ditambah dengan air.
4. Masukkan kacang buncis, tomato, cili merah
dan cili hijau.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Bila sudah
masak bolehlah dimatikan apinya.
Langgan:
Catatan (Atom)




















