Ahad, 11 Mei 2014

Tanamanku


         Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam bahagia teman-teman semua, moga ceria-ceria selalu di hujung minggu ini. Di musim hujan ni, seronoklah kalau bercucuk tanam kerana tak payah susah-susah nak siram pokok. Tunggu hujan turun je.



                  

       Baru je berjinak-jinak menanam orkid ni. Ingatkan tak hidup pokoknya. Alhamdulillah hidup juga pokoknya. Tapi memerlukan perhatian juga. Tiap hari kena siram.




 Inilah pokok-pokok orkid yang belum pun mengeluarkan bunganya.



Pokok tomato yang masih lagi kecil. Saya semaikan benihnya menggunakan buah yang masak.


Ini pula pokok daun pegaga air. Saya tanam dalam polibag je.



Pokok aloevera atau lidah buaya. Banyak sangat anak pokoknya, oleh kerana sayang nak dibuang, saya cucuk-cucukkan kat atas tanah pula.


  Pokok karot atau lobak merah.





Pokok kaktus, asalnya saya tanam dengan keratan batangnya sahaja. Dah lama saya tanam pokok kaktus ni. Kalau tanam kat atas tanah mesti dah besar rupanya pokok ni.



Jumaat, 9 Mei 2014

Mafin Coklat


         Assalamualaikum wrh..... wbr....

      Salam bahagia di petang Jumaat yang penuh barokah ini, semoga ceria selalu hendaknya. Entri kali ini saya cuba buatkan mafin coklat pula. Dah lama teringin nak buat mafin ni, kali ini baru berkesempatan membuatnya. Rupa-rupanya proses buat mafin ni memang mudah dan cepat penyediaannya. Resepinya saya dapatkan dari encik google. Dah tak tahulah siapa yang empunya resepinya.





Resepi Mafin Coklat

Bahan-bahan:
250 gm tepung gandum
2 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikarbonat
2 sdb serbuk koko
175 gm gula
150 gm coklat chip
250 ml susu segar
90 ml minyak masak
1 biji telur gred A
1 sdt esen vanila



Cara membuatnya:
1. Gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
2. Gaul bahan basah dalam mangkuk yang lain 
   dan masukkan campuran bahan kering tadi. 
   Gaul rata, masukkan coklat chip, gaul lagi.
3. Letak dalam paper cup, tabur coklat chip
   jika suka (saya letak badam hiris). Bakar
   selama 20 minit selama lebih kurang 180 C.


Khamis, 8 Mei 2014

Giveaway 3rd Anniversary Syahoney Kitty Bermula

   
         Assalamualaikum wrh... wbr...


        Jom kita pakat-pakat join giveaway ni. Hadiahnya pun okey juga. Kalau nak ikut join bolehlah klik kat banner ya....


Isnin, 5 Mei 2014

Pulut Mangga


         Assalamualaikum wrh.... wbr.....

   Bertemu lagi kita di entri kali ini, semoga teman-teman ceria-ceria selalu hendaknya... Kali ini saya entrikan mengenai pulut mangga lagi. Sebelum ini, selalu juga buat pulut mangga. Cuma pulutnya ditanak begitu sahaja. Tapi kali ini saya masakkan pulut dengan cara mengukus pula.


Rasanya lagi sedap kalau pulutnya dikukus daripada ditanak.



Resepi Pulut Mangga

Bahan-bahan :

1 kg beras pulut
1 biji kelapa parut (diambil santan dan 
   dibahagi 2)
garam secukup rasa



Caranya memasaknya:

1. Beras pulut perlu direndan terlebih 
   dahulu sekurang-kurangnya 3 jam. Cuci
   bersih dan toskan.

2. Panaskan pengukus, masukkan pulut ke
   dalam pengukus. Kukuslah selama 30 minit
   atau sehingga masak.

3. Angkat pulut, masukkan ke dalam bekas
   yang lain, masukkan sedikit santan yang
   telah dimasukkan dengan sedikit garam.
   Gaulkan sehingga sekata. Kemudian 
   masukkan kembali ke dalam pengukus 
   dan kukus lagi selama lebih kurang 10 
   minit.

Untuk santannya:


Sebahagian santan lagi dicampur dengan sedikit garam, kemudian dimasak sebentar diatas api perlahan sehingga naik wap.

Pulut kukus seperti ini memang sedap dimakan dengan buah mangga atau buah durian.




Sabtu, 3 Mei 2014

Kailan Sos Tiram


      Assalamualaikum wrh wbr.....

        Bertemu lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu di samping keluarga tersayang. Entri kali ini pula mengenai masakan sayur yaitu kailan sos tiram. Lihatlah resepinya dulu ya....


Resepi Kailan Sos Tiram

Bahan-bahan:
1 ikat sayur kailan
3 sudu sos tiram
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 sudu tepung jagung
garam secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara memasaknya:
1. Sayur kailan tidak perlu dipotong,
   Biarkan sehelai-sehelai. Panaskan air, 
   masukkan 1 sudu gula. Kemudian 
   masukkan sayur kailan. Biarkan seketika. 
   Kemudian angkat keluar, masukkan ke 
   dalam pinggan.
2. Dalam kuali yang lain masukkan 
   sedikit minyak, tumis bawang putih 
   bersama halia hingga agak garing.
3. Masukkan sos tiram, tambah sedikit air.
   Kacau sehingga ia mendidih, Masukkan
   tepung jagung yang dibancuh dengan 
   sedikit air supaya ia pekat.
4. Kacaukan ia, jika belum cukup masin
   tambah sedikit garam. 
5. Angkat dan curahkan ke dalam pinggan 
   yang mengandungi sayur kailan tadi. 
   Siap untuk dihidangkan.


Khamis, 1 Mei 2014

Giveaway Birthday by Syira Lokman


        Assalamualaikum wrh... wbr...



       Jom join Giveaway yang dianjurkan oleh Syira Lokman ini sempena birthdaynya yang ke 20. Bagi teman-teman yang nak ikut join bolehlah klik kat banner.        
                            
       Tarikh tamatnya 28 Mei 2014.



Selamat hari lahir saya ucapkan kepada Syira Lokman, semoga dikuatkan iman, dipanjang umur, dimurahkan rezeki, mendapat kebahagiaan, diberkati serta dirahmati Allah swt di dunia dan akhirat.





Puding Mangga


              Assalamualaikum wrh wbr.....

   Salam penuh keceriaan sempena dihari buruh ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu hendaknya. Bagi teman-teman yang bekerja, hari ini memang dapat berehatlah ya... 


   Hari ini saya cuba buatkan puding mangga, memandangkan sekarang ni musim buah mangga agaknya sebab kat mana-mana pun kelihatan orang menjual buah mangga @ mempelam.


Resepi Puding Mangga

Bahan-bahan:

10 gm agar-agar
5 sdb gula 
500 gm isi mangga
2 1/2 cawan air
200 ml susu cair
120 ml air (untuk dikisar bersama mangga)


Cara membuatnya:

1. Kisar isi mangga bersama 120 ml air.

2. Masak agar-agar bersama air hingga larut.

3. Masukkan gula serta susu cair. Bila 
   mendidih masukkan isi mangga yang
   diblender tadi.

4. Basahkan acuan kesukaan anda. Tuang 
   puding tersebut ke dalam acuan.

5. Biarkan sejuk, barulah siap untuk dimakan.