Sabtu, 29 Ogos 2026

Menghadiri Majlis Kenduri Kawan Sekerja

 

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu saya ucapkan kepada sahabat semua. 

Dah lama tak update blog ni, sekejap tenggelam sekejap timbul. Biasalah sibuk dengan macam2 hal, pindah rumah, komputer buat hal. Itu yang membuatkan tak boleh nak update selalu.

Selamat bercuti saya ucapkan juga kepada teman-teman yang sedang bercuti diketika ini, semoga cuti anda dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Semalam hari Sabtu, sempat saya menghadiri majlis kenduri kahwin anak kawan sekerja di suatu ketika dahulu. Kebetulan majlis kendurinya diadakan di Rawang, kebetulan pula dekat dengan tempat tinggal saya.



Dapat juga bertemu dengan kawan lama sewaktu saya mengajar di sekolah yang sama dulu.








Alhamdulillah... Sedap makanannya.

Tak sempat nak bergambar dengan tuan rumah, kebetulan time tu dia sebuk melayan para tetamu yang lain.



Walau apa pun tahniah diucapkan kepada Ustaz Zainal Abidin Bin Ibrahim bersama Isterinya Norhana Binti Mohd Isa dapat menantu. Juga Selamat Pengantin Baru buat anaknya Alia Sofea serta pasangannya Muhd Farhan Akmal, semoga perkahwinan mereka terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

 


8 ulasan:

  1. alhamdulillah, dapat juga memenuhi undangan .. semoga berkah ikatan rumah tangga pengantin,amiin

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Sekali sekala dapat makan nasi minyak, memang sedaplah.

      Padam
  3. Selamat Pengantin Baru untuk anak kawan ofis..
    Selamat menyambut hari kemerdekaan.. selamat bercuti sekolah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Time Traveller. Musim cuti sekolah ni, ramailah mengadakan majlis kenduri. Selamat menyambut hari kemerdekaan juga.

      Padam
  4. Syok dapat hadir kenduri kawan lama, rezeki dekat dengan rumah kat Rawang. Makanan kenduri nasi minyak memang sentiasa sedap dan membuka selera. Biasalah tu kak kalau tuan rumah sibuk melayan tetamu, yang penting hajat nak penuhi undangan dan bertamu dapat dilaksanakan

    BalasPadam
  5. Senangnyaaa hadir kenduri tapi banyak ketemu teman2 lama ☺️. Melihat makanan kenduri, nampak sedap menu nya kak.

    Semoga kedua mempelai diberkati selalu, dan semakin melimpah rezeki setelah menikah

    BalasPadam