Selasa, 20 Januari 2026

Menu Masakan Hari Ni

 

Assalamualaikum...

Hari ni adalah hari Rabu, hari ni agak relax sedikit, sebelah petang boleh rehat. Kalau semalam agak kelam kabut sikit sebab selepas balik kerja, terus masak, ambik anak sekolah, kemudian sebelah petang pergi kekelas  pengajian al-quran pula. 

Untuk makan tengahari ni, saya masak sambal telur rebus, tomyam daging serta sedikit ulaman. Tapi tak ada sambal belacan sebab sambal telur dah pedas,jadi tak payah lah buat sambal belacan lagi.






Untuk masak tomyam daging saya hanya guna pes tomyam saja, biar mudah dan cepat dimasak dan cepat dimakan.




Untuk telur rebus pula saya goreng sekejap untuk permukaan telur nampak menarik. Kemudian masak cili blender, masuk apa yang patut.
Bila cili dah masak, baru masukkan telur rebus goreng.




Untuk sayurnya pula ada daun salad dan daun ketumbar.



6 ulasan:

  1. suami SA dari awal bulan mintak sambal telur..SA x buat2 lagi...balik ni kalau sempat nak buat la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh buat sambal telur rebus macam ni juga SA, memang sedap. Sekali sekala ubah cara masak telur. Selalunya buat sambal telur goreng.

      Padam
  2. Sedapnya menu camni. Cie suka juga sambal telur rebus camtu. Tapi anak2 tak suka pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah Cie... Selalunya kita masak apa yang anak-anak suka ja. Tak best lah pula kalau masak anak-anak tak makan.

      Padam
  3. sedapnya tomyam. telur tu pun mengancam. kadang tak tau nak masak apa, buat sambal telur tu pun dah makan menambah

    BalasPadam
  4. Sayapun kalau masak balado telur, goreng sekejap, supaya kulit nya agak crispy 😁

    Ulam2an saya sukaaa sangat, kecuali daun ketumbar 😅😅. Belum bisa telan sampai skr 😄

    BalasPadam