Selasa, 23 Disember 2025

Makan Bubur Nasi Je Tengahari Ni

 

Assalamualaikum...

Selamat bercuti kepada kawan-kawan yang dah start bercuti hari ni. Mungkin ada diantara kalian yang dah balik kampung atau pun pergi bercuti bersama keluarga. Didoakan semoga dipermudahkan perjalanan anda dan selamat sampai ke destinasi yang ditujui.

Kalau saya dan keluarga masih belum balik ke kampung, bukan apa malas nak bersesak-sesak di jalan raya. Tunggu jalan lengang sikit baru kita balik kampung.

Lama tak masak bubur nasi, hari ni teringin pula nak makan bubur nasi. Jadi hari ni rebus beras buatkan bubur, sambil-sambil tu masak lah sedikit lauk dan sayur untuk dimakan bersama bubur.

 


Untuk bubur nasi, rebus beras sehingga kembang. Masukkan karot yang dipotong kecil-kecil. Kemudian masukkan kiub ikan bilis. Kalau nak berkuah, letak air lebih sikit. Kalau saya suka bubur nasi yang pekat-pekat sikit, baru sedap dimakan dengan lauk.



Untuk lauknya pula potong isi ayam kecil-kecil, letak sedikit garam dan sedikit kunyit.
Panaskan minyak, goreng ayam sehingga masak, masukkan bawang besar serta cili api yang dipotong. Tunggu sehingga bawang layu, baru diangkat.


Sayurnya pula, kebetulan ada sayur pakchoy dari laman sendiri. Tinggal tumis je, letak apa yang patut. Kira ok lah dapat juga dimakan dengan bubur nasi.


Ini pula ikan bilis digoreng garing, kemudian letak bawang dan cili merah.

Alhamdulillah... rezeki hari ni. Si bongsu mulanya taknak makan, disuruh masak maggie untuknya. Disuruh cuba makan dulu bubur nasi. Bila dah makan siap bertambah lagi. Last sekali disuruh masak lagi lain kali. Aduhai si anak...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan