Assalamualaikum...
Kita masih lagi berada dibulan ramadhan. Minggu ni adalah minggu terakhir kita berpuasa. Diakhir ramadhan ini, jangan lupa kita sentiasa meningkatkan amalan kita.
Diminggu terakhir ini juga ibu-ibu membuatkan persiapan untuk menyambut hari raya yang bakal tiba. Saya juga tak ketinggalan membuat serba sedikit biskut raya. Bukan apa oleh kerana segala peralatan untuk membuat biskut raya masih ada, jadi kita manfaatkanlah segala yang ada.
Kali ni saya buat biskut sarang semut. Saya cuba resepi dari FB, jom tengok resepinya.
Resepi Biskut Sarang Semut
Bahan-bahan:
1 buku butter/marjerin
2 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 sdt esen vanila
sedikit pewarna kuning
1. satukan buttercup dan gula halus, pukul hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. Pukul sebati.
3. Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan.
Adunan memang lembut. Jika masih melekat,
tambah sedikit tepung gandum.
4. Boleh simpan dalam peti ais selama 1/2
jam atau boleh terus diparut. Masukkan
ke dalam paper cup. Hias dengan coklat rice.
5. Bakar guna api atas bawah 170C selama
30 minit atau mengikut oven masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan