Khamis, 2 Disember 2021

Makanan Diet Minggu ke 3 Intake November

 Assalamualaikum...

Update lagi tentang makanan diet saya, bukan apa untuk rujukan je. Kalau simpan kat phone pasti hilang kena delete. Kalau simpan kat sini, boleh juga di reafer kalau ada kawan2 yang nak berdiet. 

Biasanya kita yang join dalam group online coaching ni diwajibkan tunjukkan apa yang kita makan ketika lunch untuk di review oleh coach yang bertugas untuk pastikan apa yang kita makan tu cukup portion atau tidak, bukannya nak cari salah atau tidak. Sekurang2nya apa yang kita makan tu nak turun berat atau nak tambah berat. 

Dalam 7 hari tu diwajibkan share plate makan selama 5 hari je, hari Sabtu dan Ahad, semuanya bercuti tiada review makanan. Jadi hari Sabtu Dan Ahad kita masak juga mengikut mealplant yang diberi.

Jomlah tengok apa yg saya masak untuk minggu ke 3.

Hari pertama

Sup tofu ala korea serta sayuran


Hari ke 2

Ikan Bakar, Bubur Oat serta sayuran



Hari ke 3

Tempe Grill serta Sayuran



Hari ke  4

Telur kukus serta sayuran



Hari ke 5

Singgang Ikan, Sweet Potato serta Sayuran



Minggu ni berat tak turun disebabkan sedikit cabaran balik kampung, diet pun ke laut je, tak sempat nak masak. Makan pun belasah je.



Nanti kita lihat minggu seterusnya, berat turun atau tidak.


2 ulasan:

  1. Semoga berjaya Diela. Balik kampung memang tak boleh nak diet. Lagi-lagi kalau ada yang ajak makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya allah Salbiah... biasalah nak jaga hati orang dikampung. Nak tak nak kena jamah jugak. Kalau tidak ada yang kecik hati pulak, susah jadinya.

      Padam