Rabu, 9 Ogos 2017

Masak Lemak Kerang dgn Pucuk Kaduk


                Assalamualaikum wrh... wbr...

   Apa khabar kawan2 semua... dah makan malam ke... mungkin ada diantara kalian yang sedang berehat2 sambil menonton tv. Apa-apa pun selamat berehat.

   Nak cerita sikit tentang masakan siang tadi. Sewaktu pulang kampung baru2 ni saya ada bawa balik pucuk kaduk. Pikir punya pikir, tak tahu nak masak apa, biasanya pucuk kaduk ni memang sesuai dimasak bersama siput sedut. Tapi kali ini saya cuba gandingkan dengan kerang pula. Mungkin ada yang tak tahu bagaimana rupanya pucuk kaduk.



    Inilah rupanya pucuk kaduk, daunnya seakan-akan daun sirih. Tapi pucuk kaduk ni mempunyai baunya yg tersendiri.



Resepi masak lemak kerang dgn pucuk kaduk

Bahan-bahan:

1 kilo kerang
2 ikat pucuk paku
4 cawan santan
2 batang serai
1 keping asam gelugur

Bahan tumbuk:

15 biji cili api
1 inci kunyit hidup
garam kasar secukupnya



Cara memasaknya:

1. Basuh dan bersihkan kerang, kemudian
   toskan. Pucuk paku hanya diambil daunnya
   sahaja.

2. Panaskan periuk, masukkan bahan tumbuk,
   serai yg dititik serta santan. 

3. Masak kuah sehingga hampir mendidih,
   masukkan kerang, garam serta asam keping.

4. Kacau sentiasa agar kuahnya tidak pecah
   minyak. Bila kerang dah masak barulah
   masukkan pucuk paku. 

5. Bila pucuk paku dah masak barulah 
   ditutupkan apinya.




 Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan