Salam di hari Jumaat yang penuh keberkahan ini, semoga teman-teman semua beroleh rahmatnya.
Bersua lagi dientri kali ini, hari ini saya masak ikan siakap stim halia. Masakan yang dimasak stim atau dikukus memang sangat baik untuk kesihatan kerana tidak berminyak atau tidak bersantan. Sekali-sekala sedap juga makan masakan begini, apalagi dimakan bersama sambal belacan serta ulam-ulaman. Mau bertambah juga nasinya.
Jom tengok resepinya...
Resepi Ikan Siakap Stim Halia
Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap 2.5 cm halia 4 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 1/2 ulas bawang besar 3 batang serai 1/2 sdb serbuk lada hitam 6 sdb sos tiram 2 biji limau nipis 1 biji clil merah 1 biji tomato 1 tangkai daun sup (saya guna daun ketumbar) garam secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Halia, bawang merah, bawang putih ditumbuk dan digaul pada ikan bersam sos tiram, garam serta serbuk lada hitam. Perapkan selama 15 minit. 2. Cili merah, tomato, bawang besar serta daun sup yang telah dihiris ditabur di atas ikan. Letakkan serai yang diketuk. Tomato pula untuk dapatkan sedikit rasa masam agar seimbang dengan sos tiram. 3. Stim atau kukus ikan serta ramuannya selama lebih kurang 20 minit. Kira-kira 5 minit sebelum diangkat perahkan limau nipis. Siap untuk dihidangkan.
Salam di hari minggu untuk teman-teman semua, semoga anda berbahagia selalu di hujung minggu ini.
Teringin nak makan apam kukus, jadi hari ni merajinkan diri buat apam mentega kukus. Saya ambil resepinya dari Yati Memories. Apamnya naik meninggi dan gebu-gebu pulak... tu. Sedap sangat dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam bersama secawan kopi.
Terima kasih Yati Memories di atas perkongsian resepinya. Saya copykan resepinya dan letakkan disini pula untuk rujukan saya di masa akan datang nanti.
Resepi Kuih Apam Mentega
Bahan-bahan:
Bahan A untuk gula hangus: 1 1/2 cawan gula pasir 1 cawan air 250 gm mentega Bahan B 3/4 cawan gula castor 4 biji telur 3 cawan tepung gandum 2 sdt soda bikarbonate 1 tin susu cair 1 sdt esen vanila
Cara membuat gula hangus:
1. Masukkan gula dalam periuk, masak dengan api yang perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. 2. Padamkan api (untuk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega. Kacau rata dan ketepikan.
Cara menyediakan adunan apam mentega:
1. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi. Kemudian masukkan susu selang selikan dengan tepung, gaul semua hingga sebati. 2. Perap selama 1/2 jam. 3. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang disapu sedikit minyak. Adunan ini jika dituang penuh tidak mengapa kerana ia tidak akan melimpah. 4. Jika guna acuan lompang kukus selama 15- 20 minit. Tutup pengukus dengan kain untuk mengelakkan wap tidak jatuh ke bawah. 5. Angkat dan boleh dimakan bersama kelapa parut .
Bersua kembali dientri kali ini, selamat menyambut maal hijrah saya ucapkan kepada semua teman-teman, dan semoga teman-teman semua beroleh kebahagiaan di tahun baru hijrah ini.
Alhamdulillah hari Sabtu kelmarin, sempat hadir berarak mengiringi pengantin lelaki ke majlis kenduri dipihak perempuan.
Cantiknya pelamin yang indah dihiasi dengan jambangan bunga-bungaan. Sebenarnya dipihak perempuan punyai dua pasangan pengantin iaitu adik serta abangnya.
Ibubapa Muaz bergambar bersama kedua-dua pasangan pengantin.
Alhamdulillah masing-masing sudah kenyang menikmati hidangan makanan. Di belakang sana kelihatan kedua pasangan pengantin mungkin dah selesai makan.
Si kecik pun tak ketinggalan bergambar juga.
Itulah serba sedikit yang sempat di rakamkan sebagai kenangan. Jumpa lagi di next entri.