Rabu, 21 Januari 2015

Damainya Pemandangan Sawah Padi di Kampungku


    Assalamualaikum wrh.... wbr....

      Salam bahagia teman-teman semua, semoga berbahagia selalu. Sewaktu pulang ke kampung tempohari sempat juga saya meninjau melihat keindahan sawah padi di kampungku, di negeri Jelapang Padi. Terasa indah dan tenang je melihat kehijauan padi yang sedang berbuah.

      Sebenarnya saya ni adalah salah seorang dari anak petani. Bapa dan ibu saya adalah seorang petani(pesawah padi). Jadi kalau dulu-dulu tu bila bapa membajak sawah menggunakan kerbau, kami anak-anak disuruh merumput, menanam padi, mengerat serta  membanting padi. Sekarang ni semua kerja-kerja tu sudah menggunakan jentera seperti traktor (untuk membajak sawah) dan mesin padi (untuk menuai padi). Itu semua dah tinggal kenangan.




        Kat belakang tu, ada petak sawah yang tidak ditanam padi, Sebenarnya baru-baru ni banjir sedikit di kawasan ini, 
jadi padi benih yang ditabur tenggelam, maka 
tiada lah pokok padinya.



    Dihujung sawah tu.... dilihat seperti kampung adalah Pondok Tanah Merah, Pendang.


Buah padi tu memang lebat. Bak kata pepatah ikutlah resmi padi semakin menunduk, semakin berisi. Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung.

Dilihat perumahan tu adalah Pekan Tanah 
Merah, Pendang.

      Damainya rasa bila melihat sawah padi yang terbentang luas dan menghijau. Sekali tengok 
macam padang rumput pun ada.


5 ulasan:

  1. memang cantik pemandangan..hijau yang mendamaikan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun Wana.... sejuk je mata memandang.

      Padam
  2. sama lah kita fadillah, sama2 anak bendang....k ruby pun swktu kecik2 disawah padi lh tempat k ruby brmain adik beradik...tp semua nya itu hanya tinggal kenangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu.... lah kak Ruby, syukur sekurang-kurangnya kita tahulah jerih peritnya seorang petani nak menghasilkan sebutir nasi untuk makanan harian kita.

      Padam
  3. Sy sampi dh kertu mcmne x pernh tgok padi depn Mata..tgok jauh2 pernh LA..klu pgg kt tgn lom lg.

    BalasPadam