Sabtu, 5 Oktober 2013

Puding Jagung


            Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam bahagia kepada teman-teman semua, semoga berbahagia selalu hendaknya. Dah lama tak masak kuih. So... hari ni terasa rajinlah pula masak puding jagung. Best juga petang-petang begini dapat makan puding yang dapat menyamankan tekak.





Resepi Puding Jagung

Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastad
1 1/2 cawan santan
2 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin jagung manis

Cara memasak:
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung,
   santan dan air.
2. Kacau semua bahan sehingga menjadi pekat
   dan berkilat di atas api yang sederhana
   hingga cukup sebati dan masak.
3. Masukkan adunan puding ini ke dalam loyang 
   atau acuan yang disukai dan biarkan 
   sehingga ia sejuk.


2 ulasan:

  1. waaa kak...sedap puding ni..pebret saya

    BalasPadam
  2. Puding jagung ni.... kalau letak kat dalam peti sejuk lagi sedap... kan Rohah.

    BalasPadam