Assalamualaikum wrh wbr....
Hari ini saya masak lemak tauge bersama tauhu. Dah lama tak makan masakan macam ni. Makan pula bersama dengan ulam serta sambal belacan. Wah nikmatnya.... Lihatlah resepinya yang serba ringkas ini.
Resepi Masak Lemak Tauge Bahan-bahan: Tauge 2 keping tauhu 4 ulas bawang merah (dihiris) santan dari 1/2 biji kelapa 1 biji cili merah (dihiris) sedikit ikan bilis garam dan gula secukup rasa
Cara memasak: 1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk. Masukkan santan. 2. Masak atas api perlahan. Dikacau selalu supaya santannya tidak pecah. 3. Masukkan garam dan perasa. Biarkan mendidih. Barulah diangkat untuk dihidangkan.
Assalamualaikum wrh wbr.... Salam bahagia dipagi ini semoga teman-teman semua berbahagia selalu hendaknya. Dah lama tak buat kuih. Sekali-sekala teringin pula nak makan kuih buatan sendiri. Cari punya cari resepi kuih serimuka. Teringin pula nak mencuba kuih serimuka Jagung. Jadi saya cuba dari resepi ARAH, memang sedap kuihnya. Terima kasih atas perkongsian resepinya ini. Saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan di masa akan datang.
Resepi Kuih Serimuka Jagung Bahan-bahan: Bahagian bawah: 250 gm beras pulut 250 ml santan 1 sdk garam Cara memasak: 1. Kesemua bahan-bahan di satukan ke dalam loyang yang disapu dengan sedikit minyak masak terlebih dahulu. Saya gunakan loyang yang bersaiz 5x5 in. 2. Kukuskan ke dalam pengukus sehingga masak selama 25 minit. 3. Apabila pulut dah masak kacaukan ia dan tekankan sehingga padat. Kemudian barulah di tuangkan lapisan atas pula.
Bahagian atas: 2 biji telur (saya guna 1 biji sahaja) 1/3 cawan gula pasir 1/2 cawan santan pekat 1/3 cawan susu cair 2 sdb tepung gandum 1 sdb teoung kastad sedikit garam sedikit esen vanilla sedikit pewarna kuning 2 sdb jagung cream Cara memasak: 1. Pukul telur bersama gula sehingga sebati, kemudian masukkan bahan-bahan yang lain. 2. Kacau sekejap di atas api sehingga naik wap sahaja. 3. Tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus selama 20 minit. 4. Sejukkan dahulu barulah dipotong.
Assalamualaikum wrh wbr.... Hari ini saya entrikan mengenai masakan agar-agar bandung. Agar-agar ni saya buatkan kelmarin. Anak yang kecil tu minta dibuatkan agar-agar. Katanya dah lama tak makan agar-agar. Kalau di cuaca panas terik, makan agar-agar memang best. Sejuk je tekak.... kan.
Resepi Agar-agar Bandung Bahan-bahan: 10 gm agar-agar 3/4 cawan gula 4 cawan air 1 cawan susu pekat manis 1 helai daun pandan pewarna sirap ros Cara memasaknya: 1. Masak agar-agar dengan air hingga cair. Masukkan daun pandan yang disimpul. 2. Masukkan gula. Kacau lagi hingga gula larut. 3. Masukkan pewarna serta susu. Bila dah mendidih baru masukkan ke dalam loyang atau acuan yang dibasahkan dengan air telebih dahulu. 4. Bila dah sejuk barulah dikeluarkan dari acuan atau dipotong untuk dihidangkan.
Assalamualaikum wrh wbr.... Salam bahagia semua teman-teman di dunia maya ini, semoga berbahagia selalu hendaknya. Minggu lepas ada jemputan open house di rumah emak saudara. Nak keluar je, terpandanglah pokok bunga yang tumbuh subur di halaman rumahnya. So, apa lagi sempatlah snapkan beberapa keping photo anak-anak. Anak-anak pun memang peminat bunga macam emaknya juga.
Tengok tu macam-macam gaya mereka ni. Macam kat taman bunga lah pulak. Bestnya kalau di rumah ada halaman yang luas macam ni.
Assalamualaikum wrh wbr... Salam penuh keceriaan kepada teman -teman semua. Kali ini saya entrikan tentang masakan kerabu mangga. Kebetulan ada buah mangga atau orang kedah panggil buah mempelam. So,jadilah kerabu mangga untuk makan tengah hari ini.
Resepi Kerabu Mangga Bahan-bahan: 2 biji mangga muda (diparut) secekak udang kering 3 batang kacang panjang (di potong) sedikit kacang tumbuk sedikit cili api (dipotong) 1 batang serai (dihiris) 1 labu bawang besar (di hiris) garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya: 1. Buah mangga muda diparut. 2. Campurkan semua bahan-bahan. 3. Rasa masam manisnya. Siap dihidang bersama nasi panas.
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam bahagia kepada teman-teman semua. Hari minggu kelmarin, oleh kerana abang saya sekeluarga datang dari Kuantan maka kami membawa mereka jalan-jalan ke Banting. Dah lama teringin nak pergi ke tempat menjual kerepek-kerepek tu, orang cakap kat sana kerepeknya murah-murah, baru kelmarin berkesempatan ke sana.
Memang murah sangat kerepek-kerepek kat sini. Lokasinya terletak di kampung Kancung Darat.Terdapat bermacam-macam jenis kerepek yang dijual kat sini seperti kerepek pisang,kerepek ubi, kerepek bawang, maruku pedas dan bemacam-macam lagi.
Sewaktu kami sampai kelihatan ramai orang yang datang untuk membeli kerepek- kerepek. Kelihatannya pelanggan-pelanggan yang datang ada orang-orang dekat dan ada yang datang dari jauh.
Lihat tu, macam-macam keropok atau kerepek yang ada. Harga nya pun memang sangat murah.
Sebelum nak beli boleh rasa dulu. Ada disediakan balang kecil untuk merasa kerepek-kerepek tersebut sama ada sedap atau pun tidak..
Ada juga di jual dalam saiz yang besar. Ini sesuai untuk orang-orang yang berniaga.
Memang berbaloi lah membeli kerepek dekat sini. Sambil-sambil beli kerepek bolehlah pergi berkelah atau bersantai-santai kat Pantai Morib.