Jumaat, 23 Ogos 2013

Kek Batik


        Assalamualaikum wrh wbr....

      Hari ini anak-anak sekolah kebangsaan ada jamuan hari raya. Jadi saya buatkan kek batik untuk mereka untuk di bawa ke sekolah. Sukanya mereka... Sebenarnya selalu juga mereka minta untuk dibuatkan kek batik ni. Kek batik ni memang mudah dan cepat untuk disiapkan. Bukan juga kanak-kanak yang sukakan kek batik ni, orang tua pun apa kurangnya. Saya buatkan 2 bancuhan. Dapatlah satu loyang 10x10 inci. Resepi ini saya ambil dari Che Mat Gebu. Terima kasih atas resepinya. Saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan di masa akan datang.






Resepi Kek Batik

Bahan-bahan:
500gm biskut marie (patahkan 4)
250 butter
4 biji telur (dipukul sedikit)
1 cawan susu pekat manis
3 sdb serbuk koko
1/2 cawan air
1 sdk esen vanilla
1 cawan milo

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan-bahan di atas ke 
   dalam kuali kecuali biskut marie. Masak 
   atas api perlahan-lahan hingga pekat dan 
   berkilat. Tutupkan api.
2. Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang digriskan 
   dengan butter terlebih dahulu.Tekan-
   tekankan ia.
4. Masukkan ke dalam peti sejuk. Bila nak 
   makan, keluarkan lebih kurang 1/2 jam, 
   baru lah dipotong.


1 ulasan:

  1. Lama juga sy tk wat kek ni kak..klu dah ada, mmg memulun je..

    BalasPadam