Jumaat, 16 November 2012

Sagun

          
        Assalamualaikum wrh wbr.....

   Salam sejahtera kepada kawan-kawan semua, semoga ceria-ceria selalu di hari ini. Teringat masa kecik-kecik dulu, makanan kegemaran iaitu sagun. Tiap hari pasti beli sagun ni. Kalau silap-silap makan sampai tersedak-sedak. 


   Sekarang ni kalau nak makan, kenalah buat sendiri. Bahannya pun tak banyak dan mudah disediakan. Saya ambil dari SUHAILI MY RESEPI. Terima kasih atas resepinya, izinkan saya copykan kat sini pula untuk rujukan saya nanti.....


Resepi Sagun

Bahan bahan:

1 biji kelapa parut
200 gm tepung beras
50 gm tepung pulut
80 gm gula halus

Cara membuatnya:

1. Goreng kelapa parut hingga separuh kering 
   atau hingga wangi.

2. Kemudian masukkan tepung beras dan 
   tepung pulut.

3. Goreng semuanya hingga garing dan ber-
   derap dgn api perlahan selama 20 hingga
   25 minit.

4. Sejukkan dahulu baru digaul dengan gula 
   halus.

5. Kemudian baru dibungkus atau siap dimakan.





2 ulasan:

  1. adda kecik2 dulu suka gk makan sagun ni..makan ni xleh ckap..kan tersembur org kt depan..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Adda...Kalau makan ni sambil bercakap. Habislah orang kat depan kita.

      Padam