Sabtu, 19 Mei 2012

Kuih Koleh Kacang


           Assalamualaikum wrh wbr.......

     Selamat malam semua. Semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya. Hari ini teringin sangat hendak makan kuih koleh kacang. Jadi  saya pun buatlah kuih. Resepi kuih ini adalah resepi yang saya belajar dari saudara saya. So.... anda juga boleh mencubanya.




Resepi Kuih Koleh Kacang

Bahan-bahan:
250 gm santan dimasak jadikan tahi minyak.

A   350 gm gula merah
    150 gm gula putih
    300 ml air
    2 helai daun pandan

B   300 gm tepung kacang hijau
    1 sudu teh garam halus

C   1700 ml santan (2 biji kelapa)

Cara membuatnya:
1.  Masak bahan-bahan A hingga mendidih dan 
    semua gula jadi cair dan hancur. Tapiskan.
2.  Satukan bahan B dan C. Kacau hingga rata 
    dan sebati. Tapiskan dalam kuali.
3.  Masukkan bahan A tadi. Kacau atas api 
    sederhana besar selama 1/2 jam.
4.  Bila telah masak masukkan ke dalam loyang
    bersaiz 10x10x1 inci dan taburkan tahi 
    minyak secukupnya.
5.  Bila dah betul-betul sejuk barulah
    dipotong.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan