Salam perkenalan kepada kawan-kawan semua di dunia maya ini.... Melihatkan orang-orang lain mempunyai blog, terasa best pula kalau saya pun mempunyai blog sendiri. Setelah difikir-fikirkan, akhirnya saya mempunyai blog sendiri yang tak seberapa ini sebagai diari untuk menghasilkan karya seni kraf. Walaupun hasilnya tidak seberapa, namun ku berpuas hati dengan apa yang telah aku hasilkan.
Blog ini dinamakan Diela Creative kerana pada mulanya saya ingin memaparkan hasil-hasil kerja tangan saya contohnya sulaman benang, sulaman reben, crochet, cross stitch dan sebagainya, memandang saya ni memang berminat dengan kraftangan. Tetapi kadang-kadang moodnya yang tidak menentu. Kalau datang mood rajin ada lah hasilnya.
Tetapi kalau datang mood malas tiada lah hasilnya. Maka, entri pun tergendala lah.
Apabila sering melihat blog masak-memasak kawan-kawan, timbul pula minat nak memasak atau pun ingin mencuba resepi-resepi yang baru yang tak pernah saya cuba sebelum ini. Dari sini lah saya belajar memasak serta dapat menimba pelbagai ilmu dalam masakan. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada teman-teman blogger lain yang sudi share kan resepi-resepi mereka.

selamat berkenalan akak..;-)
BalasPadam