Isnin, 23 Mac 2015

Jemput-jemput Pisang


     Assalamualaikum wrh... wbr...

      Salam bahagia teman-teman blogger semua, semoga berbahagia selalu. Selamat kembali ke sekolah bagi adik-adik yang dah mula bersekolah kembali. Mungkin ibubapa juga sibuk menguruskan persekolahan adik-adik semua. 

      Kelmarin sewaktu pulang kampung terpandang ada 2 sikat pisang awak yang dah masak ranum.Jadi daripada nantinya akan buruk dan mungkin akan di buang baik juga dibuat jemput-jemput, orang kedah panggil cokodok pisang. Dapatlah dimakan untuk sarapan pagi. Jemput-jemput pisang memang sangat mudah untuk membuatnya. Rasanya semua orang dah tahu....kan.



Resepi Jemput-jemput Pisang

Bahan-bahan:
pisang yang masak ranum
tepung beras secukupnya
sedikit garam
minyak masak secukupnya untuk menggoreng


Cara membuatnya:
1. Pisang dilenyek terlebih dahulu.Masukkan 
   sedikit garam.
2. Campurkan tepung sedikit demi sedikit.
   Perlu pandai mengagak tepungnya supaya
   kuih jemput-jemput tidak terlalu keras
   atau tidak terlalu lembik.
3. Panaskan minyak masak, apabila minyak
   sudah panas, jemputlah adunan tadi dan
   masukkan ke dalam minyak tadi.
4. Balik-balikkan kuih tadi agar tidak
   hangit. Bila dah masak baru lah diangkat
   dan dihidangkan.


Ahad, 22 Mac 2015

Balik Kampung lagi


      Assalamualaikum wrh... wbr... 


            Bersua kembali di kali ini, alhamdulillah cuti sekolah kali ini, berpeluang balik ke kampung lagi. Dapatlah jenguk mak dan ayah yang hanya tinggal berdua je kat kampung. 


      Hidangan untuk makan tengahari. Walaupun lauknya tak seberapa tapi memang berselera, siap bertambah nasinya.



            Tengaharinya pula dapatlah berkelah kat atas pangkin kat belakang rumah mengadap sawah padi, tempat berehat mak dan ayah diwaktu tengahari. 




      Inilah sawah padi kepunyaan orang tua yang berbuah lebat, masih belum betul-betul masak buahnya,hanya menunggu masa untuk dituai. 


           Kubota kepunyaan ayah, walaupun nampak macam buruk tapi masih baik dan masih lagi boleh digunakan. Ianya sangat berjasa untuk membajak sawah padi. Kalau tak ada ini, kerja-kerja membajak sawah tak jadi.



    Bila layang-layang tu terbang, sekali tengok macam burung lang.



         Bila petang je, anak-anak seronok dapatlah bermain layang-layang berbentuk burung lang. Bestnya sekali-sekala dapat balik kampung.




     Anak-anak  siap posing kat tepi bendang bersama sepupu mereka Mohd Syafi.


Red Bellas-Segmen Keep Calm & Follow Me


       Assalamualaikum wrh... wbr...

                        

          Join segmen Keep Calm & Follow Me yang dianjurkan oleh Red Bellas. Tarikh tamatnya 31hb March 2015. Semoga dengan menyertai segmen ini akan bertambahnya lagi followers blog. Kepada teman-teman yang nak ikut join bolehlah klik kat banner.


Isnin, 16 Mac 2015

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu


        Assalamualikum wrh... wbr...



        Salam bahagia teman-teman semua. Kali ini saya menjoinkan diri dalam segmen blogwalking cuti sekolah bersama Cikgu Ayu, semoga akan bertambahnya kenalan baru bagi merapatkan lagi ikatan ukhwah diantara kita semua. Jika teman-teman nak join bolehlah klik kat banner. Tarikh tamatnya 23hb March 2015.


Tapai Pulut


          Assalamualaikum wrh... wbr....

              Bersua lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu di samping keluarga tersayang. Mungkin ada diantara teman-teman tengah bercuti atau pulang ke kampung diketika ini sempena cuti sekolah ini, didoakan semoga percutian anda akan lebih menyronokkan.

    Kali ini saya entrikan mengenai tapai pulut yang saya buatkan tempohari. Sebenarnya firstime saya buatkan tapai pulut ni. Sebelum ini tak pernah pun saya buat tapai, bukannya apa takut tak menjadi. Tapi kalau kita tak cuba, macam mana nak tahu jadi ke tidak.... kan. Bukan apa, katanya buat tapai ni banyak pantang larangnya. Betul ke tidak saya pun tak pasti.

   Kalau dulu suka makan tapai yang mak buat je. Tak tahu pula bila masa dibuatnya tapi, tahu-tahu dah ada baunya. Selalunya tapai pulut boleh menggunakan daun pisang atau daun getah sebagai pembalutnya.

   Tapi kali ni saya hanya letakkan dalam bekas plastik je.... kat bandar ni susah nak dapatkan daun pisang, melainkan kalau ke pasar tu bolehlah beli daun pisang. Walaupun letak dalam bekas plastik je... tapai pulut tetap juga sedap.




Cara membuat tapainya sangat mudah.

Resepi Tapai Pulut

Bahan-bahan:

beras pulut
ragi
daun pisang / daun getah atau bekas plastik



Caranya membuatnya:

1. Beras pulut dibasuh dan ditanak seperti
   memasak nasi pulut, kemudian sejukkan nasi
   tersebut.

2. Ragi dihancurkan seperti tepung.

3. Ambil nasi pulut yang telah sejuk, 
   kemudian taburkan dengan serbuk ragi tadi,
   gaulkan sehingga bercampur. kemudian balut
   dengan daun pisang / daun getah atau letak
   je dalam bekas plastik.

4. Biarkan dua atau tiga hari. Kalau dah ada
   bau manis-manis tu tandanya dah jadi tapai
   pulut.




Jumaat, 6 Mac 2015

First Giveaway by Mama3Farhanah


      Assalamualaikum wrh... wbr...

mama3farhanah.blogspot.com/2015/03/first-giveaway-by-mama3farhanah.html

       Join giveaway yang dianjurkan oleh Mama Farhanah. Syaratnya pun mudah sahaja. Jadi siapa yang nak join kena lah klik kat banner. Tarikh tamatnya 25hb March 2015.

Khamis, 5 Mac 2015

Berarak ke Majlis Kenduri Pengantin Perempuan


     Assalamualaikum wrh... wbr...

       Hari minggu kelmarin sekali lagi kami sekeluarga mewakili pengantin lelaki menghadiri majlis kenduri disebelah pihak pengantin perempuan di Jalan Kurau, Banting, Selangor.


   Cantik ukiran buah tembikai, dengan ukiran nama pasangan pengantin Diana & Syuib, semoga perkahwinan kekal berbahagia selalu hingga ke akhir hayat.

 

Rombongan pengantin lelaki dari Batu Kurau, Perak.


Para tetamu sebelah pengantin perempuan.




Pasangan pengantin di atas pelamin.



Pasangan pengantin memotong kek perkahwinan.


Sebelum berangkat pulang sempat juga kaum bapa bergambar bersama pasangan pengantin.


Giliran ibu-ibu pula bergambar.


 Pasangan pengantin bergambar bersama kakak pengantin lelaki.

     Majlis perkahwinan disebelah pihak perempuan dah pun selesai. Tunggu pula giliran disebelah pihak lelaki pula.Mudah-mudahan majlisnya akan menjadi lancar seperti apa yang dirancangkan.