Ahad, 28 September 2025

Menu Lunch Di Hari Minggu


 Assalamualaikum...


Selamat berhari minggu sahabat semua. Hari minggu ni hari yang santai dan hari bermalas-malasan. Baru tahu rasanya orang yang bekerja. Cuti dihujung minggu ni, kalau boleh nak duduk rumah saja taknak keluar kemana-mana.

Pagi-pagi sempat jenguk mini kebun, bersihkan tanaman dari rumput2 yang tumbuh dan ada juga tanaman yang mati atau kering setelah ditinggal balik kampung tempohari.

Kemudian sambung lagi kemas rumah, sambil masak cuti pakaian yang kotor. Begitulah rutin ibu rumahtangga. Tak pernah berhenti bekerja.

Tengahari ni saya hanya masak tomyam ayam, goreng ayam serta goreng ikan tamban masin yang dibeli dari kampung sewaktu balik kampung tempohari.








Hari ni tak ada sambal belacan pula, tak sempat nak ke pasar. Masak apa yang ada saja.



Jumaat, 26 September 2025

Majlis Solat Hajat Dan Bacaan Yasin Untuk Pelajar PSRA

 

Assalamualaikum...


Jumpa lagi kita di update kali ini. Oleh kerana saya sekarang sudah menjadi salah seorang tenaga pengajar di SRI Khaira, jadi kalau ada apa-apa majlis kena lah ikut serta.

Malam Jumaat kelmarin sekolah tersebut mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin serta solat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama ibu bapa serta murid. Majlis ini diadakan khususnya untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan PSRA minggu hadapan.



Selepas solat Maghrib diadakan bacaan yasin, kemudian solat Isyak, serta solat hajat.
Sebelum persembahan nasyid, diadakan sedikit taklimat dari ajk peperiksaan.









Kemudian anak-anak mengadakan persembahan nasyid. 
Sebelum bersurai semua yang hadir menjamu selera dengan makanan yang dibawa oleh parent sendiri secara potluck.

                          





                                 


                                         



                                         


                                           




                                        


Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya. Semoga majlis ini menjadi berkat, serta anak-anak yang menduduki peperiksaan akan menjawab peperiksaana dengan lancar dan tenang serta beroleh kejayaan dalam PSRA nanti.





GA Mencari Saham Akhirat 2.0

 

Assalamualaikum...

Beberapa hari sebelum ini, sibuk saja dengan beberapa hal. Start bertugas mengajar KAFA. hantar anak daftar USIM, persiapan bacaan Yasin di tempat saya mengajar, juga kenderaan buat hal pula, terpaksa masuk bengkel. Jadi tak sempat nak blogwalking ke blog kawan-kawan.

Alhamdulillah... hari ni baru ada masa sikit, bolehlah blogwalking serta update my blog. Ternampak GA Mencari Saham Akhirat 2.0 by Notie. Jadi saya pun ikut joinlah, siapa tahu mungkin ada rezekinya nanti.




Jom korang kita sama-sama join bagi memeriahkan lagi GA by Notie ni. Konsepnya pun masih sama seperti sebelum ini 

pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat

 Syaratnya pun mudah saja. Kalau nak join boleh klik kat banner ya...

Hadiahnya pun memang best. Teringin juga nak memiliki telekung travel dari Vietnam.




Alhamdulillah... Siti Norhaida Sambung Belajar Di USIM

Assalamualaikum...

Salam di hari Jumaat yang mulia ini. Bertemu lagi di update kali ini, moga semuanya beroleh keberkatan.

Selepas balik dari kampung, kegiatan saya agak sibuk sedikit sehingga tak sempat nak update blog ini. Minta maaf juga kepada kawan-kawan blogging tak dapat nak jalan-jalan ke blog kawan2 semua. 

Baru sekarang ada masa terluang sedikit, bolehlah jenguk blog sekejap.

Oleh kerana anak saya Siti Norhaida Hayati mendapat peluang sambung belajar di USIM, maka tempat mengajar di Kafa digantikan oleh saya buat sementara waktu. Jadi hari-hari saya yang banyak terluang sebelum ini, menjadi sibuk kembali.



Selasa kelmarin sempat saya menghantar Siti Norhaida mendaftar di USIM, yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Lebih kurang 1 1/2jam dari Rawang. Alhamdulillah dekat sahaja, memudahkan dia untuk pergi dan balik ketika cuti. Dia ditawarkan kos Bahasa Arab dan Kesusasteraan Islam.



Para pelajar sedang beratur untuk masuk ke dalam Dewan Tuanku Canselor, untuk taklimat dan pendaftaran.

Pendaftaran bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi. Pukul 1.00 tengahari baru selesai mendaftar. Sebelum pendaftaran dibuka ramai bakal student dah beratur panjang. Selepas selesai mendaftar, para pelajar dihantar pula ke asrama tempat mereka tinggal.




Masa ni dah pukul 11.00 pagi, masih ramai lagi pelajar yang baru sampai baru nak mendaftar. Kebanyakkan para pelajar datang dari berbagai negeri di dalam Malaysia.



Ibu bapa menunggu anak-anak yang mendaftar di luar dewan dengan penuh kesabaran.



Kemudian para pelajar dihantar oleh ibubapa masing-masing masuk ke asrama bersama barang masing-masing.




Sempat lagi bergambar sebagai kenangan.



Bersama kawannya satu bilik dan satu kos.

Selepas selesai mmenghantar ke asrama, keluar pula membeli barang keperluan apa yang patut. Pukul 4 baru kita bergerak pulang.

Didoakan semoga Siti Norhaida betah disana, belajar dengan bersungguh-sungguh, tuntut ilmu sementara masih muda. Moga dapat menggapai cita-cita dengan membawa segulung ijazah diakhir pengajian nanti, insyaallah.




Selasa, 23 September 2025

Jalan-Jalan Ke Tapak Arkeologi Sungai Batu

 

Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita di entry kali ini. Masih lagi cerita balik kampung kelmarin.

Kami sempat melawat tapak Arkeologi Sungai Batu di Bedong, Kedah. Mulanya plan hanya nak ke dobi cuci baju, anak-anak pula ajak ke kedai buku di pasaraya Aneka, Gurun. Oleh kerena dah dekat dengan tapak Arkeologi Sungai batu, maka kami langsung ke sana. Sambil jalan-jalan dapatlah ketahui serba sedikit tentang sejarah dulu-dulu. 

Jom tengok apa ada disana...



Di tapak arkeologi ini terdapat relau yang diperbuat daripada tanah liat. Bertujuan untuk peleburan bijih besi serta bijih timah yang dijumpai pada zaman dahulu.










Ini pula manik yang dijumpai dizaman dahulu.












Ini relau yang dijumpai di Kampung Lubuk Machang, Kuala Ketil. Kemudian dibawa dan disimpan Di Sungai Batu.



Sabtu, 20 September 2025

Menghadiri Majlis Kenduri Anak Saudara

 Assalamualaikum...

Bersua kembali di kali ini, moga semuanya sihat selalu.

Hari Rabu kelmarin majlis persandingan anak saudara saya Mohd Aiman dan Hajar di sebelah lelaki. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancarnya.



Pasangan pengantin.



Pengantin bergambar bersama mak ayah serta tok dan tokwan.


Tidak ketinggalan juga, kita sekelurga bergambar bersama pengantin.



Bergambar beramai-ramai saudara pengantin sebelah lelaki.






Menjamu salera dengan makanan yang dihidangkan.



      


         Buah tangan untuk para tetamu.















Time kenduri nilah dapat berjumpa kawan-kawan serta sahabat handai.

Selamat pengantin baru Muhammad Aiman Bin Mohd Fadzil beserta pasangannya Hajar, Moga ikatan perkahwinan yang dibina kekal hingga ke jannah.