Khamis, 7 Disember 2017

Masak Lemak Ikan Kembung


       Assalamualaikum...

     Selamat malam semua... semoga anda semuanya sihat. Baru sekarang dapat update my blog. Kali ini bercerita pula tentang masakan lauk kegemaran encik suami yaitu masak lemak cili api. Kali ni saya masakkan masak lemak cili api ikan kembung letak kacang buncis serta sedikit petai. Memang berselera sangat makan nasi. Jom tengok resepinya...



Resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung

Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung yg besar (dipotong)
2 helai daun kunyit
2 keping asam gelugur
Beberapa batang kacang buncis (dipotong)
sedikit isi petai
3 cawan santan
2 batang serai diketuk

Bahan tumbuk:
2 biji bawang besar
2 inci kunyit
15 biji cili api
2 inci lengkuas


Cara memasaknya:

1. Bawang besar, kunyit hidup, lengkuas 
   serta cili dikisar hingga lumat.
2. Masukkan bahan kisaran tadi ke dalam 
   santan dan ikan.
3. Kalau perlahan-lahan sehingga mendidih
   untuk mengelak ikan hancur serta santan
   tidak pecah.
4. Masukkan asam keping, serai serta daun
   kunyit yang disimpul. Kemudian masukkan
   pula kacang buncis dan sedikit petai. 
   Kacau lagi.
5. Masukkan garam serta perasa jika suka.
6. Setelah masak, siap untuk dihidangkan.



Sedap dimakan bersama nasi panas-panas bersama lauk pauk yg lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan