Selasa, 7 April 2015
Peria Goreng
Assalamualaikum wrh... wbr...
Lama tak update tentang masak-memasak. Bukan apa, penyakit m melanda lagi. Kalau masak untuk makan pun masak yang ringkas-ringkas je. Kali ni saya updatekan mengenai masakan sayur peria goreng. Ramai orang yang tak suka makan sayur peria ni disebabkan rasanya yang pahit. Untuk mengurangkan rasa pahitnya, selepas dipotong peria rendamkan dengan air garam. Apa-apapun lihatlah resepi peria goreng yang ringkas dari saya.
Sayur Peria Goreng
Bahan-bahan:
1 biji buah peria
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 biji cili besar *
2 biji cili api *
1 biji telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
sedikit sos tiram
Cara memasaknya:
1. Buah peria dipotong-potong kecil, kemudian
rendam dengan air garam untuk mengurangkan
rasa pahit.
2. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda *.
3. Panaskan sedikit minyak masak, tumis bahan
tumbuk hingga sedikit garing. Masukkan
peria, kacau sekejap. Jika terlalu kering
tambahkan sedikit air.
4. Masukkan sos tiram, garam serta sedikit
gula secukup rasa. Apabila sayur peria
sudah layu, pecahkan sebiji telur ke dalam
sayur. Kacau lagi.
5. Bila dah masak, tutupkan api, siap untuk di
hidangkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
wahhh saya suka makan peria goreng. sebab kurang pahit. tapi kalau masak peria selain daripada goreng. heee memang payah nak telan
BalasPadamSalam
BalasPadamAssalamualaikum, anda atau ahli keluarga ada masalah:
BalasPadamBacaan gula tinggi (10 ke atas, belasan, atau 20 ke atas)
mata rabun atau kaki luka akibat kencing manis
Sukar kawal gula walaupun dah cuba pelbagai petua dan herba
Jangan biarkan keadaan semakin serius!
Kami ada teh herba khusus yang:
Dihasilkan daripada herba terbaik untuk turunkan gula dengan cepat.
Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.
Tidak menyebabkan angin atau sakit urat.
Membantu luka kering dan sembuh sepenuhnya.
Melegakan sakit saraf akibat kencing manis.
Harga hanya seratus lebih untuk sebulan.
Jangan tunggu sehingga komplikasi lebih serius seperti amputasi. Rawat sekarang untuk kesihatan yang lebih baik.
Hubungi/WhatsApp:
Mohd Zuhairi Bin Noordin
017-468 7570
Insya-Allah, ikhtiar ini membantu anda.