Isnin, 13 Oktober 2025

Hadiah GA Mencari Saham Akhirat 2.0

Assalamualaikum...

Salam di hari Isnin yang indah ini, moga sahabat semuanya sihat selalu.

Alhamdulillah... Hadiah GA dari Kak Notie dah selamat saya terima. Happy sangat dengan hadiah yang diberikan. Hajat nak memiliki telekung travel ni dah tercapai.

Material kainnya pun lembut dan tak panas apabila dipakai.



Memang sangat berguna sekali telekung travel ni, bagi mereka yang suka travel. Mudah dibawa ke mana-mana.



Yang bestnya ada pouch yang comel dan cantik.




Begini jadinya bila dimasukkan dalam pouch. Comel sangat. Tak payah lagi bawa beg telekung besar-besar.

Terima kasih banyak-banyak kepada kak Notie dari blog saja suka-suka diatas pemberian hadiah GA yang sangat berguna ini. Moga Kak Notie dimurahkan rezeki selalu. Minta maaf atas kelewatan update entry ni.

 

Ahad, 5 Oktober 2025

Projek Menanam Sayur

 

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu. Hari cuti hujung minggu adalah hari untuk berehat bagi mereka yang bekerja. Bagi saya hari cuti hujung minggu perlu dimanfaatkan untuk berkebun juga.





Sebelum ini saya ada membeli benih sayur kangkung, salad dan benih pakchoy. Saya juga membeli pasu plastik yang panjang dan bulat.







Kemudian saya isikan pasu-pasu ini dengan tanah. Selepas itu saya semaikan dengan biji-biji benih yang dibeli. Seminggu selepas itu barulah tumbuh benihnya.



Ini benih sayur pakchoy.


Ini pula benih kangkung. Tapi benih salad tiada satu pun yang tumbuh. Mungkin benihnya terlalu lama. Walau bagaimanapun tetaplah bersyukur, ada juga benih yang tumbuh.

Mudah-mudahan kangkung yang saya tanam ini dapat membesar dengan sihatnya.



Sabtu, 4 Oktober 2025

Menu Makan Tengahari

 

Assalamualaikum...

 Selamat petang sahabat semua, moga kawan-kawan semuanya happy selalu.

  Dua tiga hari ni masalah internet kat kawasan tempat saya tinggal ni jadi tak bolehlah nak online, tak dapatlah nak blogwalking ke blog kawan-kawan. Petang semalam baru ada internet semula.

Ada masa terluang petang ni, baru boleh mengadap komputer.

    Balik dari hantar si kakak pergi kerja tadi pagi singgah kat pasar dekat rumah. Tengok ada  buah mangga muda, jadi belilah sebiji buah yang besar. Teringin nak makan somtam, dah lama tak buat somtam.

Jadi makan nasi dengan somtam lah tengahari ni. 

 


Saya buat somtam yang ringkas saja cara saya. Letak apa yang ada saja. Tapi bertambah juga lah nasinya.

 




Si kecik Khairuddin pulak minta dimasakkan ikan bilis goreng cili. Masak je lah ikut selera dia.


Goreng telur dadar kosong tak ada bawang tak ada sayur.


    
     Lebihan mangga dari buat somtam tadi kita buat makan garam belacan pula. Petang-petang ni memang best kalau dapat menyicah.

 Teringat dok kampung dulu-dulu. Kalau musim buah mangga atau mempelam, ramai-ramai berkumpul kat rumah menyicah garam belacan.