Khamis, 9 April 2026

Rumah Didatangi Keluarga Abang Ipar

 

Assalamualaikum...

Selepas balik dari kampung tempohari masih lagi cuti dihujung minggu. Abang ipar buat kejutan nak datang beraya di rumah. Tengahari baru bagitau, nak datang rumah waktu petang. Alamak, nak masak apa ni... 

Kebetulan pagi tu saya masak spagetti lebih untuk makan tengahari, disebabkan Si Haida teringin nak makan spagetti. Jadi cepat-cepatlah kepasaraya berdekatan beli mee dan bahannya. Balik teruslah menggoreng mee. Selesai saja masak ngam-ngam, mereka pun sampai.



Bergambar bersama keluarga abang ipar bersama anak dan cucu-cucunya.






Seronok pula rasanya bila kaum keluarga bertandang ke rumah.



Hidang kuih apa yang ada saja.


Kebetulan baru balik dari kampung, adalah kuih bahulu dari kampung.







Alhamdulillah... Habis makanan yang dihidang. Hanya tinggal sedikit saja lagi spagetti dan mee goreng untuk tuan rumah, dapatlah merasa sedikit.

Alhamdulillah... time raya beginilah dapat berkumpul berjumpa saudara. Walaupun tinggal dekat tapi jarang berjumpa. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.






Rabu, 8 April 2026

Menu Berbuka Sunat Syawal Hari Ke 3


 Assalamualaikum...

Bersua lagi kita di petang Rabu yang cerah ini.

Selesai berpuasa hari yang ke tiga sunat syawal semalam. Tinggal 3 hari je lagi untuk habiskan puasa sunat syawal ni.

Kali ini saya masak goreng cili ayam, telur dadar tak pernah lupa. Kemudian untuk sayurnya, daun salad saja. Tak terlupakan sedikit buah tembikai.







Goreng cili ayam, biasalah kalau masak ysng bercili, cepat je habis.



Telur dadar kosong, tak letak apa pun cuma garam dan maggie cukup rasa ja.



Sayur salad hijau.


Kebetulan ada kurma lagi, pemberian adik ipar waktu sebelum hari raya tempohari. Bolehlah buat berbuka puasa.




Time-time puasa ni, kadang cuaca panas mesti nak minum ais juga. Kali ini saya buatkan air ais sirap cincau, tak letak gula pun. Hanya manis dari kodial sirap saja, buat penghilang dahaga.





Selasa, 7 April 2026

Rahsia Kejayaan Nurul Ezzati


Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua, moga semuanya sihat dan bahagia selalu.

Terima kasih banyak-banyak kepada teman-teman blogger, teman di media sosial semua yang mengucapkan tahniah buat Nurul Ezzati.

Ada teman blogger kita, cikgu Etuza minta saya sharekan apa amalan Ezzati buat sehingga mendapat keputusan yg cemerlang dalam SPM.








Segan pulak rasanya nak share... tapi tak apalah mungkin untuk inspirasi buat adik-adik atau anak-anak teman-teman kita yang akan mengambil peperiksaan di masa akan datang.

Sebenarnya Nurul Ezzati ni sepanjang persekolahan dia tinggal di asrama disalah sebuah sekolah agama di Kedah. Di situ juga lah tempat saya belajar dulunya. Sekolah tersebut terletak dekat dengan rumah orang tua saya. Jadi selalunya setiap 2 minggu sekali, anak-anak saya yang belajar disana, mereka akan pulang ke rumah atuknya.

Sekolahnya sebelum ini menerapkan aliran tahfiz Sains dan aliran biasa. Tapi setiap pelajar mesti menghafaz al Quran dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Kalau dilihat pelajarnya pun taklah begitu ramai seperti sekolah menengah biasa. Pelajarnya juga terdiri dari pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kebanyakkan pelajarnya adalah di bawah tajaan zakat. Ada juga yang biaya sendiri. Pelajar-pelajar yang belajar di sana mesti di temuduga dahulu sebelum dapat masuk belajar.

Ezzati pada permualaannya bukan tajaan zat, tapi di tingkatan 5, terpaksa minta zakat disebabkan bapanya sakit dan tak boleh lagi bekerja. Alhamdulillah... dapat Ezzati meneruskan sekolah di bawah zakat Negeri Kedah. Saya begitu berterima kasih kepada pengetua sekolahnya, yang berusaha memohon zakat untuk Nurul Ezzati.

Sekarang ni dia masih di sekolah, membuat persediaan untuk peperiksaan STAM pula, jadi hanya dapat berbual melalui whatsup sahaja.

Serba sedikit perbualan dengan dia.








Serba sedikitlah dari dia. 

Juga kita sebagai ibubapa, peranan kita adalah sediakan keperluan apa yang patut, dan jangan lupa berdoa setiap kali selepas kita solat fardhu dan solat malam juga untuk kesejahteraan dan kejayaan anak-anak. Itu saja yang mampu kita buat. Selebihnya berserah kepada Allah sahaja lah.

Wallaahu a'lam.




Isnin, 6 April 2026

Berbuka Puasa Sunat Syawal Hari Yang Ke 2


 Assalamualaikum...

Semalam hari Sabtu adalah hari kedua saya berpuasa sunat Syawal. Biasa kalau hari cuti, selalunya sibuk dengan macam-macam tugasan. Cuci pakaian, berkebun, kemudian kena hantar Siti Haida ke stesen KTM Rawang. Balik rumah dah kepenatan, dah tu tiada mood lah nak masak. Jadi berbuka lah kat luar. 

Kebetulan ambil si kakak balik dari kerja pukul 7 petang. Terus ke warunglah jawabnya. Warung ni terletak di simpang jalan sebelum masuk lorong ke rumah. Kedai makan ini memasak makanan thai. Order makanan ngam-ngam ja waktu berbuka.



Selalunya kalau makan di sini saya selalu makan bihun goreng je, tapi kali ni saya order nasi goreng kampung pula dengan teh O ais.

 


Tambah pula keropok lekor.



Siap  bawa buah kurma dari rumah lagi. ha.. ha..



Si kakak pula order nasi goreng USA dengan ais kosong saja. 

Makanan di warung ni memang sedaplah bagi saya. Lagi pun harganya pun berpatutan, tak lah mahal sangat.

Alhamdulillah... selesai berpuasa hari kedua.



Sabtu, 4 April 2026

Menu Berbuka Puasa Sunat Syawal Hari Pertama

 

Assalamualaikum...

Update lagi blog kesayangan ini supaya tidak selalu sepi. 

Semalam saya start puasa sunat Syawal atau puasa enam. Sebelum ni asyik tertangguh saja dari sehari ke sehari. Dah pertengahan Syawal ni, tak leh jadi kena start juga puasa. Sayang rasanya kalau kita tinggalkan puasa sunat ini.

Tengahari masak siap-siap untuk makan mereka tak berpuasa, petang tinggal panaskan saya lauk untuk berbuka.

Kebetulan Siti Haida balik dari USIM, dia pun berpuasa juga tapi dah hari yang ke enam. Dapatlah kita berbuka bersama-sama petang semalam.

Menunya pun biasa saja. 




Menu yang cepat dan mudah dimasak, ayam goreng kunyit.



Sayur lemak cabbage.


Telur dadar goreng.


Tembikai kuning.



Air sirap ais, tak letak air gula pun, hanya rasa manis dari sirap yoes tu saja, buat penghilang dahaga.


Masih Lagi Cerita Raya Di Kampung

 

Assalamualaikum...

Tak habis lagi tentang cerita beraya di kampung.

Sehari sebelum saya balik ke rawang, mak dan bapa saudara datang beraya dirumah mak. Sebelum ni jarang kami berkumpul, tapi raya kali ini seronok pula sebab kaum keluarga dapat balik kampung, berkesempatan beraya bersama.

                          

                                      

      Bersama sepupu, Nurul Nadia. Walaupun tinggal tak jauh dari Rawang, tapi jarang bertemu.


                                     

Ini juga sepupu mengikut suaminya tinggal di kuala Lipis, Pahang. Pun lama tak jumpa, lepas beliau kahwin ini baru berjumpa. Rupanya dah ada anak dua.







                               Ini isteri sepupu saya, meereka tinggal di Rompin, Pahang.




Cuaca panas-panas, dapat minum air ais, memang terasa nikmat.



                                   

Masak pulut kuning serta kari ayam untuk kenduri kesyukuran keluarga.






                                   

Juga masak sup bakso sebagai hidangan makan-makan bersama keluarga.



Serba sedikit kuih yang ada.

Rasa seronok pula raya kali ini semua keluarga dapat berkumpul.



Selasa, 31 Mac 2026

Tahniah Anakanda Nurul Ezzati

 

Assalamualaikum...

Semalam adalah hari keluarnya result SPM seluruh negara. Alhamdulillah tengok kat sosial media ramai pelajar yang mengambil peperiksaan SPM tahun lalu memperolehi keputusan yang cemerlang.

Saya juga nak share gambar kenangan dari sekolahnya sebagai kenang-kenangan untuk tatapan di masa akan datang tentang kejayaan  Nurul Ezzati binti Muhammad Rahimi dalam SPM 2025. Hanya dapat dilihat dari jauh saja, tak dapat hadir ke sekolahnya disebabkan tugas harian yang tak dapat dielakkan. Alang kepalang juga disebabkan baru saja balik kampung raya baru-baru ni.

Alhamdulillah bersyukur sangat atas kejayaan cemerlang yang diperolehi. Tak sangka pun sebenarnya, alhamdulillah rezeki dia. Apa yang mereka usahakan itulah yang dicapai. 




Juga berterima kasih juga kepada barisan guru-guru yang tak pernah jemu-jemu mengajar dan mendidik anak-anak murid terutama Nurul Ezzati dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6, mencurahkan ilmu mereka demi kejayaan anak-anak murid. Semoga jasa guru dibalas dengan seribu kebaikan dan segala ilmu yang dipelajari bermanfaat hingga bila-bila.




                  



Sebagai ibubapa mestilah gembira dan berbangga dengan keputusan yang diperolehi... alhamdulillah. Berkat usaha gigih mereka dan juga doa yang tak putus-putus dari ibubapa, insyaallah akan dapat menghasilkan keputusan yang cemerlang.

 





Tahniah juga pelajar-pelajar lain yang seangkatan dengannya yang memperoleh keputusan cemerlang. 

Insyaallah, tahun ini Nurul Ezzati akan menduduki peperiksaan STAM pula. Doakan ya, semoga ianya akan beroleh kejayaan yang cemerlang juga dalam peperiksaan STAM di akhir tahun nanti.