Selasa, 5 Ogos 2025

5 Tips Tanaman Untuk Beginner


 Assalamualaikum...

Semenjak rajin tanam-menanam ni, ada je kawan-kawan tanya, susah ke nak tanam pokok. Jadi, saya nak share sikitlah kepada kawan-kawan yang cuba nak belajar menanam. Bagi saya sebenarnya tak susah pun nak menanam pokok, contohnya pokok sayur ke, pokok bunga ke, yang penting ada minat dan kerajinan. Setelah kita menanam pokok, perlu juga kita jaga, siram serta membaja supaya pokok tumbuh dengan sihat. Kalau saya asal ada tanah, pasu, baja, pokok atau benih dah boleh tanam dah.




Di sini saya nak share 5 tips untuk beginner menanam pokok di dalam pasu.



1. Cari pasu yang sesuai.

Cari saiz pasu yang sesuai untuk tanaman anda. Guna pasu yang kecik untuk tanaman yang kecil dan sebaliknya.




2. Gunakan pasu yang mempunyai lubang. 

Anda mesti menggunakan pasu yang ada lubang di bawahnya untuk mengelakkan air bertakung yang akan mengakibatkan akar pokok menjadi lemas, akhirnya akan menjadi busuk.



3. Cari jenis pasu mengikut citarasa anda. 
Ada banyak jenis pasu untuk pilihan, ada pasu plastik, pasu tanah liat, pasu simen dan pasu porselin.



4. Kenali jenis-jenis medium tanaman.
Medium tanaman digunakan untuk menyimpan dan mengekalkan kadar kelembapan tanah.



5. Ketahui campuran tanah.

Ketahuai nisbah campuran tanah

Campuran tanah 3:2:1 [sesuai untuk jenis tanaman]

3 campuran top soil

2 campuran compos

1 campuran pasir

Campuran tanah 2:1:1 [campuran nutrian bagus untuk pokok]

2 campuran top soil

1 campuran kompos

1 campuran sabut kelapa

Campuran tanah 1:1:1 [campuran untuk semaian]

1 campuran top soil

1 campuran kompos

1 campuran pasir


Itulah serba sedikit tipnya yang perlu diketahui jika kita nak belajar menanam.

Moga bermanfaat untuk semua.




14 ulasan:

  1. dulu rajin juga tanam pokok bayam brazil dengan pokok cili.. tapi selalu guna tanah yang ready made je.. tak reti nak main campur2.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lah Airene, betul tu. Beli yang ready made lagi mudah. Tinggal masukkan dalam pasu je.

      Padam
  2. Campuran tanah yang tak pasti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau medium yang kena campur ni, macam-macam benda nak kena sediakan. Lebih baik beli yang dah siap campur, lagi mudah.

      Padam
  3. Menanam tu x susah..nak maintain siram belai pokok tu susah...masa terlalu cemburu gitu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sue... kalau dok rumah je ok lah. Kalau mereka yang bekerja susah juga ya...

      Padam
  4. Balasan
    1. Memang pun, macam-macam nak kena campur. Itu kalau nak tanaman suburlah. Tanah biasa pun boleh juga tanam, tinggal letak baja je pun tetap subur jugak.

      Padam
  5. saya suka berkjebun guna bayung poli bag, guna pasu ..panduan yang berharga..terima kasih ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah dicuba tuan Etuza. Insyaallah tanaman akan sentiasa subur nanti.

      Padam
  6. SA suka menanam..tapi tu la..semua cubaan gagal..kena buat ikut tips ni la kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan putus asa SA, cuba tanam lagi. Mudah2an menjadi lepas ni.

      Padam
  7. Terima kasih berkongsi. Selalu suka tengok en suami menanam pokok2 di rumah, tumpang healing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kira ok lah tu, encik suami suka menanam. Jadi laman rumah tak lah kosong. Bangun pagi boleh tengok tanaman.

      Padam