Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan di hujung minggu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan di hujung minggu. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Februari 2026

Jalan-Jalan Ke Festival Jerami Gulung


 Assalamualaikum...

Sempena cuti Tahun baru Cina kelmarin, kami sekeluarga sempat balik kampung di Kedah. Tujuannya hantar Nurul Ezzati dan kakaknya Siti Haida ke kampung. Nurul Ezzati akan meneruskan pengajian untuk mengambil STAM, sementara kakaknya pula bekerja di kampung sementara cuti semestar hampir 2 bulan.

Sementara berada di kampung kelmarin ada Festival jerami gulung berlangsung selama 3 hari bertempat di Sedaka, Yan. Jadi sempatlah berkunjung ke sana.





Sekarang ni ada kawasan yang dah menuai padi. Setiap tahun pihak MADA akan mengadakan festival jerami ni.

Macam-macam replika petani-petani hasilkan. Memang meriahlah sambutannya. Tempat parking penuh, jalan juga sesak dan jem panjang disebabkan ramai sangat pengunjung.















        Replika orang sedang memukul padi.



















Ada juga disediakan gerai-gerai jualan makanan dan minuman. Penat-penat berjalan boleh menjamu selera.







Ada buaian juga buat anak-anak.


Best juga sekali sekala dapat berkunjung di tempat-tempat macam ni.




Khamis, 12 Februari 2026

Jalan-Jalan ke Paya Indah Wetland


Assalamualaikum...

Berjumpa lagi di update kali ini. 

Hari Selasa kelmarin saya ke Hospital Jantung di Serdang untuk mengambil ubat encik suami. Selepas bertugas dan selesai ambil anak sekolah, kami bertolak ke sSerdang.

Tak lama pun ambil ubat, cuma lebih kurang setengah jam sahaja menunggu giliran mungkin kerana tak ramai orang diwaktu itu dan baru habis waktu rehat. Jadi tak lama lah menunggu.

Nak terus balik rasa macam awal lagi, jadi si sulung bawa kami jalan-jalan ke Paya Indah Wetland.

 


Biasanya hari Sabtu dan Ahad memang ramai pengunjung. Tapi kami datang pada hari selasa, memang tak ada orang lah. Alang-alang dah datang, jaadi kita masuk juga walaupun tiada pengunjung yang lain.


                                     





Masuk ke dalam Paya Indah Wetland adalah percuma, tapi caj akan dikenakan mengikut aktiviti yang dipilih.


        

Nak masuk ke dalam, kalau nak jalan kaki memang tak daya, Kalau datang hari sabtu minggau dapatlah naik kenderaan ni.


                                

Mula-mula datang lihat hippo dok berendam dalam kolam.







Dah nak balik, kebetulan petugas kasi makan hippo, dapat lah tengok hippo. Besar rupanya hippo ni.
 







                          








Sewaktu datang dulu-dulu boleh masuk ke dalam menggunakan kenderaan sendiri, tapi sekarang dah tak boleh lagi. Kalau nak jalan kaki memang tak sanggup lah.



Selasa, 23 September 2025

Jalan-Jalan Ke Tapak Arkeologi Sungai Batu

 

Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita di entry kali ini. Masih lagi cerita balik kampung kelmarin.

Kami sempat melawat tapak Arkeologi Sungai Batu di Bedong, Kedah. Mulanya plan hanya nak ke dobi cuci baju, anak-anak pula ajak ke kedai buku di pasaraya Aneka, Gurun. Oleh kerena dah dekat dengan tapak Arkeologi Sungai batu, maka kami langsung ke sana. Sambil jalan-jalan dapatlah ketahui serba sedikit tentang sejarah dulu-dulu. 

Jom tengok apa ada disana...



Di tapak arkeologi ini terdapat relau yang diperbuat daripada tanah liat. Bertujuan untuk peleburan bijih besi serta bijih timah yang dijumpai pada zaman dahulu.










Ini pula manik yang dijumpai dizaman dahulu.












Ini relau yang dijumpai di Kampung Lubuk Machang, Kuala Ketil. Kemudian dibawa dan disimpan Di Sungai Batu.