Memaparkan catatan dengan label aktiviti harian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti harian. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Mei 2026

Kegiatan di Hari Sabtu.


 Assalamualaikum...

Salam di petang Sabtu yang agak lembab ini kerana baru lepas hujan. Petang ni, alhamdulillah cuaca jadi sejuk.

Pagi tadi plan nak keluar tapi tak jadi pula, si kecik minta nak mandi kolam. Dari minggu lepas lagi berjanji, tapi tak jadi-jadi. 

Cuti dihujung minggu ni malas nak kemana-mana, kalau boleh nak dok rumah saja. Nak bereskan kerja-kerja rumah yang tertangguh.


                                  

Sarapan pagi tadi, saya beli bihun kosong letak sedikit sambal beserta kuih saja.

Habis sarapan jenguk kat belakang dapur. Serabut je rasa, pokok-pokok  pun dah jadi seperti hutan. Bila time hujan ni, pokok-pokok cepat membesar dan jadi semakin subur pulak.




Pokok pandan pun bolehlah, kalau setakat nak buat kuih tu tak payah beli dah.



Pokok bunga telang pun semakin subur, tapi bunganya tak lah banyak. Mungkin pokoknya berada di tempah teduh, tak dapat sangat cahaya matahari, jadi kurang berbunga.



Pokok daun kaduk pun subur nampaknya.

Banyak pula sampah-sampah dari daun kayu yang luruh. Lembab-lembab macam ni, pasti jadi sarang nyamuk. Sebelum nak keluar pasang dulu ubat nyamuk, takut juga yang ada kaki belang-belang. Sebelum ni ada juga kes denggi kat kawasan perumahan tempat saya tinggal ni.



Pokok ubi kayu juga jadi bertambah subur.





Tengok pokok kari pun dah makin membesar dan subur. Kadang jiran sebelah (orang india) pun datang ambil daunnya. Dah pesan pun, ada tuan ke tak ada ambil je. Tak apalah berbagi rezeki dengan jiran. 



Ini pula pokok kacang, tak tahu pula kacang apa. Belum lagi berbuah.


Pucuk ubi ni rasanya bolehlah dipetik.



Ada juga pokok bayam kampung.

Bila dah terasa lapar barulah masuk dapur pulak.
Semalam tak ada mood nak masak, hari ni baru datang mood rajin pula. Bersilat punya bersilat kat dapur, maka jadilah rendang ayam. 



Tengahari makan nasi dengan rendang ayam jelah dulu.



Petang nanti baru lah nak pikir. Masak apakah yang sesuai untuk digandingkan dengan rendang ayam.



Khamis, 29 Januari 2026

Menu Makan Saya Di Hari Ini

 Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh berkah ini, moga kita semua memperoleh keberkahan di hari yang mulia ini.

Menu makan saya di pagi hari ni sebelum pergi kerja, sandwich sardin. Pagi-pagi mesti kena isi perut dulu. Kalau sempat saya masak, kalau tak sempat beli saja kuih karipap kat gerai tepi jalan.




Balik dari kerja paling awal pun 11.30. Sampai rumah letak beg, tukar baju terus ke dapur masak nasi terlebih dahulu. Buat apa yang patut untuk siapkan bahan untuk masak lauk nanti. Pukul 12.50 ambik si kecik balik dari sekolah. Kemudian sambung lagi bersilat kat dapur siapkan lauk.

Sebelum pukul 2 petang, si kecik makan dan terus bersiap-siap ke sekolah agama pula. Untungnya sekolah agama dekat dengan rumah, jadi tak perlu dihantar. Dianya akan jalan kaki saja ke sekolah agama. Jadi rilexlah sikit. Kalau ada kelas saya akan ke kelas ngaji, kalau tak ada boleh lah rilex diwaktu petang.

Begitulah rutin harian saya setiap hari.



Hari ni saya masak sambal telur mata. Sekarang ni tiap hari masak mesti kena ada sambal. Kalau tak, tak nak makan si kecik tu. Katanya tak ada ayam pun tak apa, janji ada sambal. Jenuhlah pulak kena beli cili tiap hari.



Kebetulan ada daging, masak lah tomyam daging. boleh juga hirup kuahnya.



Ulamnya pula daun bayam brazil kebetulan sayur bayam brazil banyak kat belakang rumah. Tak payah sambal belacan lagi, sebab sambal telur dah ada.




Dah habis makan rasa pula nak ngemil, potong buah mangga muda kecil-kecil kemudian taburkan dengan serbuk asam boi. Kejap je licin 
he he...


Sabtu, 13 Disember 2025

Menu Makan Tengahari di Hari Minggu


 Assalamualaikum...

Selamat berhari minggu sahabat semua. Cuaca kat luar ketika ini hujan turun. Baru je lepas makan tengahari, sambil rehat-rehat dapatlah melayan blog sekejap.

Biasalah di hari minggu dapatlah bersantai-santai di rumah bersama keluarga. Pagi tadi lepas hantaq anak gi kerja dapatlah berkebun depan rumah sekejap, tanam balik pokok-pokok  bunga yang dah lecur daunnya akibat terkena hujan lebat setiap petang.

Dah tengahari sambung masak pulak untuk makan tengahari. Begitulah rutin mak-mak tak pernah habis dengan tugas-tugas harian.

Untuk makan tengahari ni saya masak pecal sayuran, terung goreng cili, tempe goreng serta ayam goreng cili.





Terung goreng cili ni memang feberat semua orang dalam rumah, sekali sekali mesti kena masak terung begini.



Untuk kuah pecal saya hanya beli yang dah siap kat kedai Acheh, hanya perlu tambah air panas saja. Untuk sayurannya pula rebus sayur apa yang ada saja seperti kangkung, kacang panjang, kobis dan pucuk ubi kat belakang rumah.



Tempe saya hanya goreng dengan tepung goreng ayam, baru ada rasa sedap sikit disebabkan tepung goreng ayam dah ada perasa.




Ini pula ayam goreng cili,  biasalah si kecik tak suka sayur dan tempe, jadi kenalah juga masak ayam untuk dia.

Alhamdulillah... rezeki untuk hari ni.


Sabtu, 15 November 2025

Kehadiran segerombolan Lebah Bersarang Di Laman

 Assalamualaikum...

Selamat bercuti dihujung minggu. Hari ini adalah hari Sabtu. Mereka yang bekerja mengambil kesempatan berehat di rumah dan ada juga ambil kesempatan keluar bersama kaum keluarga makan-makan atau jalan-jalan di hari ni.

Pagi ni saya dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan lebah ke laman rumah saya. Hairan saya kenapa ada banyak serangga berterbangan di depan rumah, tapi mengeluarkan bunyi berdengung. Ingatkan lalat tapi tak ada bangkai pun dilaman rumah. Selepas beberapa ketika baru kelihatan mereka berkumpul dibahagian rak bunga depan rumah.








Pokok kat atasnya tu pun dah mula layu, tapi saya tak berani nak siram, takut lebahnya mengamuk nanti.



Bila dilihat tak ada bunga yang mengeluarkan madu pun kat laman rumah.
Dulu sewaktu saya menanam bunga pukul sepuluh memang ada lah lebah datang hinggap tapi tak lah sebanyak ini.






Biasanya lebah akan buat sarang kat tempat yang tinggi seperti atas pokok. Mungkin on the way nak pergi ketempat lain, mereka singgah dulu kat tempat saya.
Kalau kita tak kacau mereka, meraka pun tak akan kacau kita. 
Mudah-mudahan kalau mereka pindah nanti tinggallah sedikit madu untuk tuan rumah... he he..





Khamis, 13 November 2025

Minum Kopi Sihat Dengan Roti Krim Gardenia Quick Bites


Assalamualaikum…

Selamat petang sahabat semua, moga ceria selalu di petang ini. Di tempat saya cuaca lembap je, hujan turun dari jam 2.30 petang tadi.

Hujan-hujan ni perut pun terasa lapar. Nak masak tak rajinlah pulak. Makanlah apa yang ada kat dapur. Kucar kopi sihat Vcafe panas-panas makan dengan roti krim gardenia quick bites, memang sedap.





Kat luar rumah hujan di ketika ini. Nak keluar pun terasa malas.



Kebetulan selepas balik kerja tadi sempat beli roti krim gardenia. Bolehlah makan di waktu petang.




Roti krim gardenia quick bites ini saya lebih suka yang perisa pandan gula merah. Bila digigit terasa kelapa keringnya. Tapi   susah nak dapatkan roti perisa ni di kedai-kedai biasa. Yang perisa ni kalau kat tempat saya, saya hanya jumpa kat kedai petropum petron je. Cuma tak banyak, setiap kali pergi hanya tinggal 4 bungkus saja. Kalau ada 10, rasanya kesemuanya akan saya borong. Itulah, kalau benda yang kita suka mesti tak banyak.







Selasa, 9 September 2025

Hari Yang Paling Sibuk Dan Sangat Memenatkan

 Assalamualaikum...

Hari ni hari Selasa, hari yang paling sibuk. Hari ni diberi tarikh encik suami pergi ambil ubat di farmasi hospital kusta Sungai Buluh.

Pagi-pagi lagi dah keluar gi hantai si bongsu, pergi sekolah kebangsaan, kemudian hantar kakaknya pula ke sekolah agama Kafa, mengajar sesi pagi disana.

Balik terus beli nasi lemak serta karipap, untuk sarapan pagi.

Pukul 9 baru bertolak ke Hospital Sungai Buloh. Hari ni kat highway pun jem kereta banyak menghala ke Kuala Lumpur. Biasanya kalau dah lepas pukul 9.00 pagi dah tak ada jem lagi. Mungkin awal pagi tadi hujan kot. 

Bila sampai kat hospital, banyak betul kereta sampai nak parking pun penuh. Jadi terpaksalah parking jauh. Jadi kena lah jalan jauh sikit.

Alhamdululillah... selepas menunggu lebih kurang 45 minit, dah selesai ambil ubat. 

Balik pula terus ambil kakaknya balik dari sekolah. Jadi hari ni saya tak sempat lah nak masak, jadi beli lauk je lah, balik terus masak nasi.




Gulai nangka muda dengan udang.


Sambal udang tempoyak sama petai.


Sambal ikan bilis


Pukul 1.00 pulak ambil si bongsu balik dari sekolah.

Pukul 2.30 sekali lagi hantar si kakak pula kesekolah kafa, mengajar sesi petang. Kemudian saya terus masuk kelas Al Quran pula.

 








Begitulah kegiatan saya di hari ini. Walaupun sedikit memenatkan, tapi happy je. Alhamdulillah dapat juga menghadiri kelas Al Quran di hari ini. Minggu depan dah cuti penggal, maka kelas Al Quran dicutikan kerana ramai yang akan pulang ke kampung.





Selasa, 12 Ogos 2025

Aktiviti Hari Ni Memindahkan Pokok Yang Dibeli Semalam

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita di hari ini, semoga kawan-kawan semua sihat sejahtera di hari ini.

Semalam pergi nursery bunga. Ada kawan yang tanya, ada yang ikut balik tak. Sudah semestinya pasti ada yang ngikut kalau dah ke nursery bunga. Tapi tak banyak pun. Tak cukup tempat nak tanam. Tapi kali ni saya beli pokok yang boleh dimakan, satu je pokok aglonema sebab corak daunnya tu cantik sangat, lagipun jangka hayat tu lama.


Pokok yang dibeli kemarin masih dalam polybag.



Alhamdulillah dah dipindahkan ke dalam pasu. Guna pasu yang sedia ada je.



Ini pokok thai basil.



Pokok geti. Tak tahulah bila boleh makan pucuknya. Yang penting tanam je.



Pokok ajinomoto, orang indonesia kata pokok papaya jepang. Tak pernah makan lagi.

Teringin nak tahu apa rasanya. Tunggu dia besaq nanti baru boleh makan.


Pokok aglonema valentine, cantik warnanya.

Itulah serba sedikit aktiviti saya untuk hari ni. Moga tanaman yang ditanam terus membesar dengan subur dan sihat.