Sabtu, 16 Ogos 2025

Masak Asam Rebus Ikan Kembung

 Assalamualaikum...

Salam dipetang Sabtu yang begitu cerah ini, moga sahabat semua sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu dipetang ini.

Pagi tadi saya sempat pergi ke pasar berdekatan rumah, tengok ikan segar-segar maka saya pun belilah ikan kembung. Sebahagian saya lengatkan, kemudian digoreng. Beberapa ekor lagi saya buatkan masak asam rebus ikan kembung. 

Jom tengok resepinya



Resepi Masak Asam Rebus Ikan Kembung.

Bahan-bahan:

ikan kembung

kacang bendi

daun kesum

tomato

asam keping

2 batang serai

sedikit belacan

garam, gula, perasa


Bahan kisar:

2 batang cili merah

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

kunyit hidup

halia




1. 
Cara memasaknya:

1. Ambil periuk, masukkan bahan kisar, serai, asam keping serta belacan. Masak diatas api perlahan sehingga mendidih.

2. Tambahkan air untuk kuahnya, kemudian masukkan ikan, kacang bendi serta daun kesum. Renihkan sehingga betul-betul mendidih.

3. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa jika suka. Akhir sekali masukkan buah tomato dan tutupkan api. Siap untuk  dihidangkan.



Sedap dimakan bersama nasi panas beserta lauk pauk lainnya.




1 ulasan:

  1. Sedap sangat ni makan nasi lauk asam rebus ikan kembung. Ikan lengat pun saya suka!

    BalasPadam