Memaparkan catatan dengan label masakan kuih kaswi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan kuih kaswi. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Julai 2025

Kuih Kaswi Gedik Gula Merah

 Assalamualaikum...

Selamat petang dan salam jumaat sahabat semua,  moga sahabat semua beroleh keberkatan di hari Jumaat yang mulia ini.

Petang ni saya buat kuih kaswi gedik gula merah. Lama tak makan kuih ni, sekali sekala nak juga merasa kuih buatan sendiri. Kuih kaswi ni memang sedap kalau dimakan bersama kelapa parut. Rasanya taklah begitu manis sangat, ditambah pula rasa lemak-lemak kelapa. Memang sangat sesuailah dibuat untuk sarapan pagi atau minum petang.




                 

Ini kejadiannya sebelum diletak kelapa parut.



Resepi Kuih Kaswi Gula Merah

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 cawan tepung ubi kayu

1 cawan gula merah

1/2 cawan gula putih

1 cawan aitr

1 helai daun pandan

2 sdb air kapur

3 cawan air

Bahan lain:

kelapa parut

sedikit garam




Cara membuatnya:

1. Masak air bersama gula merah dan gula putih. Masukkan daun pandan. Masak hingga air gula mendidih. Sejukkan.

2. Bila air gula dah sejuk, masukkan tepung gandum, tepung ubi serta air ke dalam bekas tersebut. Kacau hingga tepung tidak berketul. Kemudian tapis.

3. Didihkan air terlebih dahulu. Untuk acuannya pula, sapukan acuan dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari kuih melekat.

4.Masukkan aduanan kedalam acuan, kemudian kukus selama 15 higga 20 minit. Bila kuih dah masak, sejukkan dahulu. Dah sejuk baru keluarkan dari acuan.

5 Hidangkan bersama kelapa parut.

                               

Kelapa parut perlu dikukus sebentar untuk mengelakkan dari cepat basi.


Saya gunakan acuan twist yang comel ini.





Selasa, 24 Oktober 2017

Kuih kaswi kacang hijau


      Assalamualaikum...

  Bersua lagi di entri kali ini. Lama dah tak buat kuih kaswi kacang hijau ni, sekali sekala nak jugak makan kuih kaswi ni, bau aroma kacang hijaunya tu yg membuatkan bertambah selera makan kuih ni. Nak-nak lagi dimakan bersama teh o panas atau kopi o panas, perggh memang sedap...

  Kali ni saya buatkan setengah adunan je... jom tengok resepinya.



Resepi Kuih Kaswi Kacang Hijau

Bahan A:
100 gm tepung kacang hijau
200 gm gula halus
75 gm tepung ubi
25 gm tepung beras
250 ml santan
200 ml air
1/4 sdk kapur makan
1/2 sdk garam

Bahan B:
1/2 sdk pewarna hijau
1/4 sdk pewarna kuning

Bahan C:
kelapa parut
sedikit garam

Cara menyediakannya:

1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
   Warnakan dengan pewarna hijau dan kuning, 
   kacau rata, kemudian tapiskan.

2. Masukkan adunan diatas api dan kacau
   sentiasa hingga likat dan tidak berketul.

3. Seterusnya curahkan adunan ke dalam loyang
   dan kukus selama 35 minit. Sejukkan pada
   suhu bilik, kemudian potong dan gaulkan 
   dengan sedikit kelapa yg digaul dengan
   sedikit garam.




Ahad, 1 Februari 2015

Kuih Kaswi Pandan


     Assalamualaikum wrh... wbr....

   Hai semua.... dah lama tak makan kuih kaswi, jadi saya buatkan kuih kaswi pandan untuk minum petang.Memang sedap bila dimakan bersama teh O atau kopi O panas.



             
Tapi biasa lah kuih-kuih begini hanya kita yang berumur ni saja yang suka. Anak-anak langsung tak sentuh. Jadi kalau nak buat kuih eloklah buat setengah adunan saja, kalau tak jenuhlah nak perabih.


      
   Jadi kepada teman-teman nak resepinya kenalah klik kat SINI. Sebelum ni dah pernah buat, tapi saya gunakan acuan kuih lompang. Kali ni saya masukkan dalam loyang pula. Bila dah sejuk barulah dipotong dan digaul dengan kelapa yang dicampur dengan sedikit garam.



Selasa, 28 Oktober 2014

Kuih Kaswi Tepung Pulut lagi


     Assalamualaikum wrh...wbr....

    Salam bahagia teman-teman semua, bertemu lagi di entri kali ini. Petang ini sempat lagi saya buatkan kuih kaswi tepung pulut. Suka sangat dengan kuihnya yang lembut dimakan bersama kelapa larut bersama dengan air teh O panas. Memang sedaplah dimakan di waktu petang dengan cuaca yang lembab selepas hujan turun.



        Saya masih lagi menggunakan resepi dari YATI MEMORIES yang memang terkenal dengan ratu kuih talam ni. Terima kasih di atas resepinya yang sedap ini.


       Resepinya memang dah pernah saya letakkan kat entri yang lepas. Kalau nak cuba bolehlah klik kat SINI.



Ahad, 1 Jun 2014

Kuih Kaswi Tepung Pulut


         Assalamualaikum wrh.... wbr.....

    Salam bahagia untuk semua, moga hari ini lebih ceria dari hari-hari sebelumnya. Aduh.... petang-petang begini terasa lapar lah pulak. Apa lagi, cuaca baru je lepas hujan. Alhamdulillah.... bertambah suburlah pokok-pokok tanaman saya. Teringin nak makan kuih kaswi tepung pulut, maka saya buatlah setengah adunan. Buat banyak-banyak kan nanti tak habis pulak. Melihat dari dapur YATI MEMORIES teringin pula saya nak mencubanya. Baru hari ini berkesempatan membuatnya.

    
    Memang sedap kuih kaswi ni. Tak sangka pula anak-anak saya pun suka. Menyesal pula buat setengah adunan. Tak apa... lain kali boleh dibuat lagi. Minta izin ya Yati saya copykan resepinya kat sini untuk rujukan saya nanti.





Resepi Kuih Kaswi Tepung Pulut

Bahan-bahan:


Bahan A

2  cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung pulut
1/2 sdt air kapur yang pekat
2 cawan air
sedikit pewarna coklat (tak letak pun tak         apa)

Bahan B

3/4 cawan gula merah
1/4 cawan gula pasir
1/2 sdt garam
2 cawan air
1 helai daun pandan (disimpul)

Bahan C

kelapa parut muda kukus
sedikit garam



Cara membuatnya:

1. Campur bahan-bahan A dalam mangkuk dan

   kacau rata. Ketepikan.

2. Campur bahan-bahan B dalam periuk dan

   masak hingga mendidih. Tuangkan kedalam
   bahan A dan kacau rata. Tapiskan adunan.

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang/acuan

   yang bergris. dan dipanaskan dahulu. Kukus
   selama 30 minit jika menggunakan loyang 
   dan 15 minit jika menggunakan acuan
   lompang.

4. Biarkan benar-benar sejuk baru dipotong.

   Sajikan dengan kelapa parut.


Khamis, 25 Julai 2013

Kuih Kaswi Kacang Hijau

Assalamualaikum wrh wbr....

    Salam bahagia kepada semua umat muslimin dan muslimat di bulan Ramadhan yang penuh barokah ini semoga Ramadhan pada kali ini akan lebih bermakna pada diri kita semua. Rasanya dah setengah bulan lebih kita berpuasa.Hanya tinggal setengah bulan lagi untuk kita melakukan ibadah puasa. Terasa sung
            guh cepat masa berlalu.

   Walau apa pun jua, kali ini saya entrikan  masakan kuih kaswi kacang hijau yang saya cuba dari resepi Fiza LGK. Sebenarnya dah lama saya ingin mencuba resepi kuih kaswi kacang hijau ni. Cari punya cari, tak berkenan dihati. Tetiba terjumpa kat blog Fiza LGK. Teruslah saya cuba resepinya. Ternyata memang sedap kuihnya. Sebenarnya saya berikan sedikit kat jiran sebelah rumah bagi membalas bekasnya. Esoknya pula terus dia order. Ternyata memang sedap lah.... tu.
      
    Terima kasih Fiza LGK saya ucapkan atas resepinya. Minta izin ya saya letakkan resepinya kat sini pula untuk rujukan saya dihari akan datang.




Resepi Kuih Kaswi Kacang Hijau

Bahan-bahan:

Bahan A
200 gm tepung kacang hijau
400gm gula halus (boleh kurangkan jika tak        suka manis sangat)
150 gm tepung ubi
50 gm tepung beras
500 ml santan
400 ml air
1/2 sdk kapur makan
1 sdk garam

Bahan B
1 sdk pewarna hijau
1/2 sdk pewarna kuning

Bahan C
Kelapa parut (kukus sebentar supaya tidak  
   cepat basi)
sedikit garam




Cara menyediakannya:

1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati. 
   Warnakan dengan pewarna hijau dan kuning, 
   kacau rata. Kemudian tapiskan.

2. Masukkan adunan di atas api dan kacau 
   sentiasa  hingga likat dan tidak berketul.

3. Seterusnya curahkan rata adunan  ke dalam 
   loyang dan kukus selama 35 minit.

4. Sejukkan pada suhu bilik, kemudian
   potong dan gaulkan dengan kelapa parut
   yang digaul dengan secubit garam.

   

Selasa, 5 Februari 2013

Kuih Kaswi Pandan

     
        Asalamualaikum wrh wbr....

        Salam bahagia kepada anda semua. Petang-petang begini, cuaca pulak redup je. Sedap juga kalau ada juadah untuk minum petang. So, saya buat lah kuih kaswi pandan memandangkan dah lama tak makan kuih ni. Kali ini saya cuba dari Cikgu Hafi@ My resepi. Sedap sangat kuihnya.




        
Resepi Kuih Kaswi Pandan

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan jika 
         tak suka manis)
1 sdb tepung ubi
1 sdb tepung beras
daun pandan
pewarna hijau
1 sdk air kapur

1/2 biji kelapa parut putih

sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Blend semua bahan di atas, kemudian 
   tapiskan kedalam loyang atau masukkan 
   kedalam acuan yang disukai.
2. Kukus selama 30-40 minit.
3. Setelah sejuk barulah dipotong, bagi yang 
   menggunakan loyang.
4. Gaulkan kelapa bersama sedikit garam. 
   kemudian hidangkan bersama kuih kaswi
   tersebut.



Ahad, 23 September 2012

Kuih Lompang

           
  Assalamualaikum wrh wbr....

   Salam bahagia teman-teman semua, semoga kalian semua berbahagia selalu di hari minggu ini. Dah lama tak makan kuih lompang, teringin pula rasanya nak makan kuih lompang buatan sendiri. Biasanya kalau nak makan beli lah. Tapi kali ini saya nak cuba buatlah sendiri. So, tercari-carilah resepi kat internet. Tengok my resepi, macam sedap je kuihnya. Saya cubalah ...... Kalau tak salah dari NINA@SWEETILY. 


   Memang sedap sangat kuihnya bila dimakan setelah sejuk. Terima kasih my resepi atas perkongsian resepi kuih ini. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini....




Resepi Kuih Lompang

Bahan-bahan:


1/2 cawan tepung beras

1 sdb tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air / santan
1 helai daun pandan
kelapa parut putih serta garam




Cara membuatnya:


1. Satukan gula melaka dan gula pasir ke

   dalam periuk, kemudian masukkan 1 cawan
   air/santan bersama daun pandan. Masak atas
   api kecil hingga larut. Sejukkan sebentar.

2. Satukan tepung beras dan tepung ubi, tuang

   satu cawan air serta masukkan air kapur. 
   Kacau rata.

3. Kemudian tuang air gula yang telah sejuk 

   tadi, gaul hingga sebati.

4. Tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang

   yang telah disapu dengan sedikit minyak.

5. Kukus selama 10 minit atau sehingga

   masak. Bila dah masak kuih akan jadi 
   berlubang di tengahnya.

6. Hidang bersama kelapa parut.





Khamis, 19 Julai 2012

Kuih Kaswi Nyonya

        
         Assalamualaikum wrh wbr.....


   Salam bahagia kepada kawan-kawan semua. Bertemu lagi di entri kali ini, iaitu mengenai masakan kuih kaswi nyonya. Petang-petang biasalah, terasa nak makan kuih kaswi. Dah lama tak buat kuih ni.... bila tengok semua bahan-bahan nya dah ada, maka saya pun buatkan kuihnya ini. Inilah hasil kuihnya....




Resepi Kuih Kaswi Nyonya

Bahan-bahan:


A  200 gm gula merah (yang hitam)

   50 gm gula putih
   150 ml air 
   sehelai daun pandan
   
   Bahan-bahan tersebut dimasak hingga
   mendidih, tapis dan tambah air jadikan 900
   ml.

B  150 gm tepung gandum

   50 gm tepung ubi
   1/4 tsp kapur sirih

   kelapa parut

   sedikit garam




Cara membuatnya:

1. Air gula campur air dari bahagian A tadi, 

   diblend dengan bahagian A sehingga habis.

2. Masak di atas api sehingga naik wap dan 

   pekat sedikit. Kacau dengan whisk.

3. Tuangkan ke dalam loyang 8x8, kukus selama

   40 minit.

4. Bila dah sejuk barulah dipotong dan

   gaulkan dengan kelapa parut.