Ahad, 30 Ogos 2020

Salam Kemerdekaan 31hb Ogos 2020

 Assalamualaikum...

Salam kemerdekaan buat sahabat semua...

Hari ini bertarikh 31 Ogos 2020, merupakan tarikh ulang tahun kemerdekaan buat negara kita Malaysia.


Sama-samalah kita doakan semoga tanah air kita sentiasa berada di dalam keadaan aman makmur serta terpelihara rakyatnya dari musibah serta bencana.


Jalur gemilang bendera Malaysia,

Megah berkibar setiap hari,

Selalulah kita berdoa padaNya,

Supaya Malaysia terus aman harmoni.
 


Rabu, 19 Ogos 2020

Salam Maal Hijrah 1442

 Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua dan salam maal Hijrah, moga diberkati Allah selalu.


 

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.

(Surah Ar Ra'du: 11)

Marilah kita sama-sama menyambut bulan hijriah ini dengan berhijrah dari kegelapan menuju cahaya islami, dari kekufuran menuju keimanan, semoga ditahun baru Hijriah ini rezeki kita semua bertambah dan dipanjangkan umur supaya kita bisa beribadah kepadaNya. 

Aaminnn...


Jumaat, 7 Ogos 2020

Mee Telur Goreng

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... moga sihat selalu.

Pagi ni saya masak mi telur goreng untuk sarapan pagi. Tiap hari asyik nasi goreng, bihun goreng je. Sekali sekala goreng mee telur pula. Kalau maggi goreng lagi mudah masak sbb dah ada perencahnya sendiri. Kalau mee telur pula, kenalah buat perencahnya ikut citarasa sendiri.

Resepi Mee Telur Goreng

Bahan-bahan:

1 paket mee telur (direbus dengan air panas,

  kemudian toskan)

1 ketul ayam (dipotong kecil)

5 ulas bawang merah*

3 ulas bawang putih*

2 biji cili merah*

5 biji cili api*

1 sdb sos cili

1 sdb kicap

1 biji telur

2 pokok sayur sawi

sedikit minyak masak untuk menumis

garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya:

1. Bahan yang bertanda * dikisar halus.

2. Panaskan minyak, tumis kisar hingga masak, 

    masukkan ayam.

3. Masukkan kicap dan sos cili dikacau lagi. Masukkan

    garam dan gulanya.

4. Masukkan mee bersama sayur kacau  hingga  

    bercampur. 

5. Akhir sekali pecahkan telur. Kacau  lagi hingga 

    mee serta sayur masak. Siap untuk dihidangkan.


Isnin, 3 Ogos 2020

Juadah di Aidil Adha

Assalamualaikum...

Bersua lagi di kali ini, moga sahabat semua sihat-sihat selalu.

Sebagai hidangan juadah di Aidil Adha saya hanya masak nasi tomato beserta lauknya ayam masak merah serta acar timun je.


Untuk nasi tomatonya saya cuba dari resepi Yati memories. Memang sedap nasinya, dimakan saja pun dah terasa sedapnya. Apa lagi digandingkan pula dengan lauk ayam masak merah beserta acar timunnya.


Resepi Nasi Tomato

Bahan-bahan:

4 cawan beras
5 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/2 sdb minyak sapi
2 sdb minyak masak
2 1/2 sdb sos tomato
1 ketul kiub ayam
garam secukup rasa
hirisan daun bawang
kismis dan kacang peas untuk hiasan
bawang goreng untuk hiasan

Bahan tumis:

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
rempah 4 sekawan
1 inci halia diketuk
2 helai daun pandan
1 biji tomato (dibuang biji dan dicincang halus)

Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan  bahan tumis, halia, bawang 
    besar, bawang putih, daun pandan serta tomato. Masak hingga layu.

2. Tambah sos tomato dan kacau rata.

3. Masukkan beras, gaul rata dan goreng sekejap.

4. Alihkan beras tadi ke dalam rice cooker, masukkan air, susu cair, kiub
    pati ayam, tambah garam secukup rasa. Kacau sekejap dan tanak nasi 
    seperti biasa.

5. Bila nasi sudah masak, tabur kismis dan gemburkan dengan copstick.

6. Hidangkan bersama bawang goreng serta kacang  peas.


Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong dicuci bersih, diletak garam kunyit, digoreng
      separuh masak)
1 biji bawang holand
1 biji tomato (dibelah 6)
2 batang serai (dititik)
kacang peas
tomato puree

Bahan kisar:

5 biji cili merah 
5 ulas bawang merah 
5 ulas bawang putih 
1 inci halia 
4 biji buah keras 
cili kering 

Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak masak, masukkan serai. Kemudian masukkan bahan 
    kisar. Goreng hingga masak dan keluar minyak.

2. Masukkan pula tomato, dikacau lagi. Masukkan tomato puree.

3. Masukkan garam, gula serta perasa jika suka.

4. Masukkan ayam, kacau hingga ayam benar- benar masak. Akhir sekali 
    masukkan kacang peas dan bawang holland.

5. Perlahankan api dan dikacau lagi hingga masak. Siap untuk dihidangkan.


Resepi Acar Timun 

Bahan-bahan:

1 batang lobak merah (kupas kulit dan hiris seperti batang lidi)
1 batang timun (buang biji serta hiris seperti batang mancis)
cili merah (dibelah) 
cili hijau dibelah
halia (dimayang)
biji sawi secukupnya
cili blender
bawang merah
bawang putih
kunyit serbuk
cuka
gula
serbuk perasa
garam

Cara memasaknya:

1. Lobak merah serta timun digaul rata dengan sedikit garam, kemudian 
    toskan airnya.

2. Tumis bawang merah serta bawang putih hingga garing masukkan cili 
    kisar. Kacau dan biarkan hingga cili masak.

3. Masukkan gula,cuka,garam serta serbuk perasa, masak hingga pekat.

4. Akhir sekali masukkan timun dan karot, kacau selama lebih  kurang 
    minit Kemudian angkat dan hidangkan.