Ahad, 10 Ogos 2025

Menu Lunch Tengahari Tadi

 Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu sahabat semua. Moga kawan-kawan semuanya sihat-sihat selalu.

Hari ni saya dan keluarga tak kemana-mana pun. Buat kerja rumah apa yang patut. Pagi-pagi lagi sibuk kemas rumah, kemaskan pokok-pokok dilaman, buang daun-daun kering, gantikan air pada pokok yang berada di dalam rumah untuk elakkan nyamuk bertelur.  Hampir tengahari pulak cuci baju sambil memasak.

Menu lunch hari ni, masak lemak ikan kering dengan nenas, ayam goreng, ulam serta sambal belacan dan sedikit buah tembikai.




Ada lebihan ikan haruan kering dari kampung, pemberian orang tua sewaktu balik kampung itu hari. Juga ada sedikit buah nenas. Maka saya buatkan masak lemak cili api. 

Untuk ayam goreng pula saya perapkan ayam dengan garam, kunyit serta sedikit rempah kari daging. Perap sebentar, barulah digoreng dengan minyak panas.



Resepi masak lemak ikan kering dengan nenas

Bahan-bahan:

ikan kering

nenas

santan

serai 

sedikit lengkuas

daun kunyit

garam, gula dan perasa


Bahan kisar:

4 ulas bawang merah

10 biji cili api

kunyit hidup


Cara memasak:

1. Masukkan bahan blender ke dalam periuk, juga serai, lengkuas, asam keping serta daun kunyit. Masak hingga mendidih. 

2. Masukkan ikan kering serta nenas. Masak lagi hingga nenas lembut.

3. Masukkan santan, sering dikacau supaya santan tidak pecah minyak.

4. Perasakan dengan garam, gula serta perasa. Dah masak barulah diangkat untuk dihidangkan.




Ulamnya pula saya kutip pucuk bayam brazil, pucuk kaduk kat belakang dapur. Juga sedikit daun salad.
Alhamdulillah... Si bongsu makan sampai bertambah-tambah nasinya.







7 ulasan:

  1. Makanan yang menyihatkan..alhamdulillah..rajin memasak anak anak pasti happy

    BalasPadam
  2. sedap lauk tu...lama tk mkn gulai lemak ikan masin nenas tu

    BalasPadam
  3. Sedapnya masak lemak tu.. ada ulam dengan sambal belacan pula.. memang bertambah makan nie..

    BalasPadam
  4. Masak lemak tu yang saya serbu dulu hehe... Kalau jumpa dekat kenduri² pun, wajiblah ambil :3

    BalasPadam
  5. Singah lagi..semoga terus berblog ya

    BalasPadam