Rabu, 13 Oktober 2021

Bermula Lagi Intake Baru

 Assalamualaikum wrh... wbr...

Jumpa lagi di update kali ini, moga sahabat semua beroleh kesihatan yang baik.

Alahamdulillah... sekarang dah boleh merentas negeri, jadi ramailah diantara kita yang ada plan nak jalan2 atau balik ke kampung. Apa-apa pun, nak merentas negeri kenalah vaksin 2 dose dahulu. Yang penting kena jaga kesihatan dan jaga jarak. Jika ada simpton, elakkan pergi ketempat yang dikunjungi ramai orang.

Berbalik cerita saya, bulan ni join lagi Intake Oktober (program diet online). Bukan apa nak turunkan lagi berat badan, biar cepat stopkan ubat darah tinggi.


Seperti biasa saya sharekan plate saya untuk menu lunch di minggu pertama.

Minggu pertama

Kerabu suun sama udang


Hari ke 2

Sup Tofu ala Korea sama brokoli.


Hari ke 3

Ikan Cencaru sumbat bakar sama ulaman.


Hari ke 4

Tomyam Ayam sama Nasi Beras Perang


Hari ke 5

Bihun goreng ayam wholemeal sama sayuran.


Hari ke 6

Chicken Herbs sama zucchini Olio


Timbangan minggu ni alhamdulillah... turun lagi.


So bertambah semangat lah nak berdiet lagi. Untung tau join diet online ni, makanan pun sedap-sedap. Ada coach yang akan guard kita, kemudian juga kita berdiet berjemaah (ramai-ramai). Taklah diet kita ke laut. Bila diet sorang2 sekejap je dah tak bersemangat lagi.

 


Jumaat, 1 Oktober 2021

Makanan Diet Minggu Last Intake September

 Assalamualaikum...

Minggu ni adalah minggu last diet untuk bulan September. Sekejap je masa berlalu, tahu-tahu dah sebulan. Setakat ni saya dah 3 bulan saya menjalani program diet FTOX.

Apa-apa pun jom tengok dulu makan untuk lunch diminggu last ni.

Minggu 4

Hari pertama

Saya hanya minum nutrition F1 sahaja kerana tak sempat masak.


Hari ke 2

Ikan bakar sama salad sayuran.

Hari ke 3

Kerabu ikan sama suhun serta sayuran.


Hari ke 4

Tumis tempwh sama sayuran


Hari ke 6

Sup shun sama sayuran.



Alhamdulillah... hasil timbangannya pula turun seperti biasa. Bersyukur sangat2 sbb hasil kerja keras membuahkan hasil. Insya allah intake seterusnya boleh turun 5 kg lagi. insya allah...




Ni lah hasil penurunan berat badan selama 3 bulan saya berdiet.


Kawan-kawan... ada yang berhajat nak belajar cara pemakanan sihat, bolehlah hubungi saya ya... Insya allah team coach akan bantu guard anda sampai jadi.



Sabtu, 25 September 2021

Makanan Diet Minggu Ke 3 Intake September

 Assalamualaikum... selamat malam dan selamat berhujung minggu.

Jumpa lagi di update kali ini, moga teman2 semua sihat selalu.

Alhamdulillah... saya masih lagi menjalani diet untuk turunkan berat badan. Minggu ni dah minggu ke 3 saya berdiet. Hari ni timbang berat badan, alhamdulillah turun lagi.

Jomlah tengok apa yang saya makan ditengahari diminggu ini.

Minggu ke 3

Hari pertama

Ayam panggang sama sweet Potato serta sayuran.



Hari ke 2

Ikan bakar sama mix vegetable.


Hari ke 3

Wrap sama telur serta sayuran



Hari ke 4

Cauliflower rice sama ikan grill



Hari ke 5

Tempe sama mix vegetable



Hari ke 6

Brown Rice sama tomyam putih ayam serta timun salad.



Hasil timbangan hari ini.



Setiap minggupara peserta Intake ada challenge. Untuk minggu depan, kita mengikuti 7 days green Shake Challenge.



Maka saya siapkan bahan2 yang diperlukan untuk shake besok pagi. Bahan yang diperlukan adalah
nenas, batang saledri, epal hijau, timun jepun, daun pegaga atau bayan brazil. Untung saya ada menanam bayam barazil serta daun pegaga.





Sayuran ni tinggal petik je fresh dari ladang.



Bahan ni perlu dibekukan dulu supaya apabila di blend akan lebih smoothy. Moga selepas ini akan turun lebih banyak lagi kg.


Nilah hasilnya green shake yg saya minum untuk breakfast dan dinner ketika 7 days green Shake Challenge. Ternyata memang sedap rasanya. 



Jumaat, 24 September 2021

Masak Lemak Ayam Sama Kentang

 Hai... Assalamualaikum wrh... wbr...

Salam dipetang Jumaat yang penuh berkah ini. Lama tak update tentang masakan.

Kali ini saya share tentang masak lemak ayam sama kentang. Walaupun saya berdiet tetapi tetap juga masak untuk anak2. Semua anak2 ada di rumah, jadi tiap hari perlu juga masak untuk mereka.

Jom tengok resepinya...


Resepi Masak Lemak Ayam sama kentang

Bahan-bahan:

ayam

kentang

serai

lenkuas

santan daun kunyit

daun limau purut

garam / gula / perasa

asam keping


Bahan kisar:

cili api

cili besar

bawang besar

halia

kunyit hidup



Cara memasaknya:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hinga wangi dan berminyak.
2. Masukkan ayam dan kentang, serai, daun kunyit, asam keping. lengkuas biarkan hingga ayam masak dan kentang jadi lembut.
3. Masukkan santan, dikacau selalu supaya santan tidak pecah.
4. Perasakan drngan garam, gula serta serbuk perasa.
5. Bila dah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.




Ahad, 19 September 2021

Makanan Diet Minggu Ke 2 Intake September

 Assalamualaikum...

Hai sahabat semua, selamat berhujung minggu. Alhamdulillah... petang ni hujan turun membasahi bumi, semoga tanaman makin bertambah subur.

Update lagi tentang makanan diet saya diminggu ke2 di bulan September.

Minggu ke 2

Hari per 1

Ikan cencaru bakar bersama ulaman.


Hari ke 2

Tauhu grill sama mix vegetable



Hari ke 3

Spagetti ayam, tapi ayam takde saya gantikan dengan udang.



Hari ke 4

Ikan grill sama sweet potato serta sayuran.



Hari ke 5

Tempe, suhun dan brokoli.



Hari ke 6

Kari ikan dengan brown rice.



Hari ke 7

Fettucine kungfu



Alhamdulillah... saya dah mengikuti program diet FTOC ni, lebih kurang 2 bulan setengah, berjaya turunkan berat badan sebanyak 10.05 kg. Bersyukur sangat-sangat. Dengan pemakanan sihat serta membuat sedikit senaman dapat membantu saya menurunkan berat badan. Badan pun dah rasa ringan, dan mudah untuk bergerak sekarang. Baju lama pun dah boleh dipakai kembali, Mudah2an lepas ni boleh turun lagi berat badan hingga mencapai target.



Alhamdulillah...



Isnin, 13 September 2021

Tanaman Ulaman

 Assalamualaikum...

Update lagi tentang tanaman saya, tambah lagi koleksi tanaman. Walaupun tak ada space laman untuk bercucuk tanam, tapi cari juga idea untuk menanam. Hanya guna polisterin bekas saja, dapatlah juga mengeluarkan peluh dipagi hari. 

Daun kemangi, dah mula gemuk.

Bayam brazil lagi, dipindahkan kedalam polisterin kecil.


Pokok ubi keledek jepun.


Pokok kacang tanah.



Pokok daun selom, beli ulam batangnya cucuk je kat dalam tu. Mudah je dia hidup.

Pokok daun kencur.



Bayam barazil lagi.


Pokok kacang bendi.


Pokok tomato


Pokok daun sup.


Pokok ulam raja tanam guna keratan batang je. Alhamdulillah, tumbuh juga.


              Bayam brazil lagi.



Pokok cili benggala, baru je disemai. Masih lagi kecil.


Pokok daun pudina atau daun mint.


            Pokok daun pegaga air.

Alhamdulillah... nak makan ulam tu lepas lah, tak payah beli. Petik je terus boleh makan, fresh lagi.