Assalamualaikum...
Selamat petang dan salam di hari Sabtu. Mudah-mudahan kawan-kawan semua sentiasa ceria di hari ini.
Cuaca petang ni lembab je, hujan turun dengan lebatnya. Eloklah juga hujan turun, sekurang-kurangnya dapat meredakan jerubu yang masih tebal.
Kalau dah time hujan perut pun terasa lah lapar. Jadi carilah idea nak masak apa untuk mengisi perut di kala hujan ni. Dua hari lepas saya ada beli buah labu. Tak tahu pun nak masak apa, saja je beli.
Petang-petang ni cuaca kat luar lembab je.
Tak banyak pun labunya, bolehlah setakat nak buat pengat labu. Ni pun berkali-kali boleh makan.
Lepas dikupas kulitnya barulah dipotong-potong labunya.
Resepi pengat labu:
Bahan-bahan:
buah labu
santan 2 helai daun pandan
gula kabung / gula merah
gula putih
santan
sagu
sedikit garam
Cara membuatnya:
Buah labu dikupas kulit dan dipotong kecil-kecil. Setelah dicuci bersih masukkan ke dalam periuk, masukkan air secukupnya untuk merebus labu.
Masukkan garam, daun pandan serta gula kabung. Bila isi labu dah lembut, masukkan sagu.
Kemudian masukkan juga santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah.
Bila dah cukup rasa barulah diangkat untuk dihidangkan.
Makam pengat labu dengan teh O panas, hmmm sedapnya.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan