Assalamualaikum...
Selamat tengahari sahabat semua, semoga kita dirahmati Allah dan dikurniakan kesihatan 'sihat walafiat' serta dilimpahkan rezeki dan dilindungi dari segala musibah.
Kaum ibu masak apa tengahari ni untuk lunch. Saya alhamdulillah baru sahaja selesai makan. Menu tengahari ni...
Saya masak sayur air petola bersama suun,
ayam goreng, budu serta ulaman yang dipetik semalam. Selalunya saya buat sambal belacan, tapi hari ni kita makan budu pula seperti selera orang pantai timur.
Sayur Air Petola Bersama Suun
Bahan:
2 batang petola (dipotong)
sedikit ikan bilis
bawang merah (dihiris)
suun
cili merah (dihiris)
sedikit air belacan
garam, gula dan perasa
air secukupnya untuk kuah
Cara masak:
1. Masukkan petola ke dalam periuk. Masukkan juga ikan bilis, bawang hiris. Kemudian masukkan air untuk kuahnya. Barulah bukakan api. Masak hingga mendidih.
2. Bila dah mendidih, masukkan suun, sedikit air belacan, garam, gula dan perasa. akhir sekali masukkan cili merah. Biarkan sebentar baru tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Untuk ayam goreng pula, saya gaulkan ayam yang dicuci bersihkan bersama garam, kunyit serbuk serta sedikit serbuk rempah kari ayam. Gaul biar bercampur. Perap sebentar, baru digoreng ke dalam minyak panas.
Untuk budunya pula saya cuma potongkan cili api dan bawang merah. Kemudian masukkan budu, kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi.
Untuk ulamnya, bolehlah dihidangkan dengan apa-apa ulaman yang ada.
Alamak... tadi dah makan kat kenduri bila tengok menu ni lapar balik huhu
BalasPadam