Memaparkan catatan dengan label bersama selebriti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bersama selebriti. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Mac 2014

Bersama Pelakon Rozaidi Abdul Rahman


        Assalamualaikum wrh wbr.....

      Bertemu lagi, entri kali ini mengenai kenangan bersama selebriti pula. Sebelum ini, saya tak pernah tahu pun mengenai orang bakal menjadi besan abang ipar saya tu seorang pelakon rupanya. Kelmarin sewaktu bertandang kerumah bakal besannya (menghantar tanda pertunangan)kali pertama melihat seperti kenal je, rasanya pernah lihat beliau di dalam tv. Tetapi pikir saya ini mungkin pelanduk dua serupa agaknya. Ternyata apabila beliau memperkenalkan dirinya, rupa-rupanya ia memang seorang pelakon drama atau filem.


      Namanya Rozaidi Abdul Rahman, sebelum beliau terlibat dengan dunia lakonan, beliau adalah seorang pesilat dan pernah menjuarai beberapa pertandingan silat.

      Tak sangka pula dapat bertemu dengan pelakon drama.
        




Gambar kenangan my hubby bersama 
pelakon Rozaidi 
Abdul Rahman.


Ahad, 2 September 2012

Bersama Erul AF9

        
         Assalamualaikum wrh wbr.....

       Salam sejahtera kepada anda semua dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Semoga negara kita akan sentiasa dalam keadaan aman dan sentosa. 


       Entri kali ini mengenai selebriti AF 9. Ini secara kebetulan sahaja berjumpa dengan Erul AF9. Sebenarnya Erul ni datang di majlis tahlil di rumah emak saudara suami. Sewaktu hendak pulang terserempak dgnnya. So apa lagi, sempatlah bergambar dengan dia.



              Gambar kenang-kenangan bersama
      selebriti Erul AF9.