Memaparkan catatan dengan label masakan ala western. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan ala western. Papar semua catatan

Sabtu, 6 September 2025

Malam Ni Makan Juicy Burger Buatan Sendiri

 

Assalamualaikum...

Malam ini malam minggu, kita tak keluar ke mana-mana pun, duduk rumah je melayan tv.

Teringin nak makan burger. Disebabkan kat rumah ramai, jadi saya beli barang-barang untuk masak burger. Bukan tak ada burger yang dijual di tepi jalan. Ada je tapi kalau beli tak puas hati, kurang sedap. Nak sedap kita kenalah buat sendiri.

Dulu masa tinggal kat TTDI Shah Alam, nak makan burger tinggal order je kat adik, adik saya memang ada gerai burger kat Pantai Dalam. Kalau ada kawan-kawan yang tinggal kat area Pandai Dalam bolehlah singgah kat gerai Li Burger kat stesen LRT Pantai Dalam.

Sekarang ni dah tinggal kat Rawang, terasa jauh pulak kalau nak ke tempat adik.




Untuk mengenyangkan lagi kita tambahlah kentang goreng.



Nak mudah beli je burger Ramli. Saya beli burger ayam kali ni. Saya buat burger seperti menu yang dijual adik. 

Resepi Juicy Burger Ayam

Bahan-bahan:

burger ayam

roti burger

sayur kobis beijing

timun

aji shio

mayonaise

sos cili

sos black papper

sedikit butter atau mentega


  

Cara masak:

1. Panaskan kuali leper. Masukkan sedikit mentega. Biarkan kuali panas, kemudian masukkan burger ayam. 

2. Dibalik-balikkan supaya daging ayam masak sekata. Kemudian masukkan aji shio ke atas daging ayam tersebut.

3. Untuk rotinya pula, roti dibelah dua. Sapukan dengan sedikit mentega atau butter.

4. Letak kat atas kuali panas. Bila permukaannya agak garing, barulah diangkat.



Untuk sayurnya:

Kobis beijing dan timun di hiris nipis-nipis menggunakan pisau penyagat. Kemudian ketepikan.


Untuk sosnya pula:

Supaya lebih mudah masukkan sos cili serta mayonaise dimasukkan ke dalam botol plastik supaya mudah digunakan. Untuk sos black paper pula dimasukkan 1/2 ke dalam botol, kemuadian dicampur pula dengan 1/2 sos cili ke dalam boltol yang sama. Kemudian goncangkan supaya bercampur.

Cara menghidang pula:

Letak roti burger bahagian bawah, kemudian letak burger ayam diatasnya. Kemudian masukkan sos black papper dulu. Diatasnya lagi letak timun 2 atau 3 keping terus diletak hirisan kobis beijing. Baru letakkan sos cili dan mayonaise. Kalau nak juisy boleh lebihkan mayonaise dan sos cili. Akhir sekali baru letakkan roti yang bahagian atasnya. 

Siap untuk dihidangkan.





Jumaat, 29 Ogos 2025

Makan Malam Dengan Taxes Chicken

 

Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua. Moga semuanya sihat selalu.

Malam ni si kakak order texas chicken untuk makan malam kami 4 beranak. Tiap hari asyik makan nasi je, sekali sekala makan macam ni ok jugak.




Kebetulan ada fan fries, jadi saya goreng dan dihidangkan bersama ayam texas. Biar lebih kenyang.




Hidangkan bersama coslow dan kentang putar, juga ditambah dengan sos cili dan mayonaise.


Syukur diatas rezeki yang dikuriakan malam ini, alhamdulillah...




Isnin, 18 Ogos 2025

Sarapan Pagi Ala Western

 

Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita di hari ini, di pagi Selasa yang begitu indah. Jangan lupa bersyukur, Alhamdulillah dapat meneruskan lagi kehidupan ini. Moga sahabat semua diberikan kesihatan selalu. Selamat bekerja kepada kawan-kawan yang sedang bekerja di hari ini.

Pagi ni saya sarapan ala western. Biasanya selepas hantar anak ke sekolah, balik je mesti singgah ke gerai beli nasi lemak ataupun kuih buat alas perut di pagi hari.

Hari ni ingat nak sarapan dengan roti je. Jadi beli roti, baked bean, sosej dan juga telur.

Jom tengok cara saya sediakan sarapan yang ringkas ini.




Untuk baked bean saya tak boleh makan kalau kacang tu tak dimasak, jadi untuk memasaknya saya hanya tumis bawang putih serta tambahkan sedikit sos untuk menambah rasa, biar lebih sedap.

Cara masak baked bean

bahan-bahan:

1 tin baked bean

2 ulas bawang putih (dicincang halus)

1 sdb sos cili

1 sdb sos tomato

sedikit garam





Cara masak:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih cincang. Goreng hingga bawang berwarna kekuningan, jangan sampai hangit nanti rasanya pahit.

2. Masukkan sos cili, sos tomato serta garam. Kacau sebentar. Bila mendidih barulah diangkat untuk dihidangkan.

 


Untuk sosejnya pula panaskan sedikit minyak kedalam kuali leper, masukkan sosej. Balik-balikkan ia, kemudian masukkan sedikit lada hitam dan juga taburkan sedikit garam dan perasa jika suka. Balik-balikkan ia supaya masak dengan rata.

Kemudian goreng telur mata serta bakarkan roti. Bolehlah dihidangkan ke dalam pinggan.

Sekali sekala dapat makan macam ni di pagi hari pun dah sedap.





Sabtu, 9 Ogos 2025

Ayam Goreng Krispi


 Assalamualaikum...

Salam di petang Sabtu, sambil santai di waktu petang update blog kesayangan ni.

Cerita hari ni, biasanya kalau hari sekolah, pagi-pagi dah keluar hantar anak nombor tiga gi kerja dan anak bongsu gi sekolah sekali disebabkan tempat kerja dengan sekolah berdekatan. Hari ni hari cuti ingat nak relax lah tak nak masak, nak makan kat luar. Hari-hari masak jemu jugak.

Ingat nak makan nasi kerabu, sekali dah sampai kat kedai, tutup lah pulak hari ni. Aduhai... perut dah lapar sangat. Last sekali gi wholefood beli ayam dan apa-apa yang patut, balik goreng je, jadilah ayam krispi bersama teman-temannya.




Sukanya si bongsu dapat makan ayam goreng. Dia memang penggemar ayam goreng pun, tiap hari kena masak ayam untuk dia. Kalau takdak ayam rela tak makan nasi satu hari.



Buat ayam goreng ni, mudah ja. Kan ada tepung ayam goreng yang dah siap. Gaul-gaul dengan ayam, terus goreng.

Untuk coslownya pula, parut carot dan hiris kobis beijing halus-halus. Masukkan mayonaise, Gaul hingga bercampur rata. Dah siap.

Alhamdulillah rezeki tengahari ni.




Jumaat, 11 Oktober 2024

Masakan Ala Western

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi di update kali ini.

Cerita malam tadi, teringin nak makan masakan ala-ala western. Sebenarnya ni adalah makanan kesukaan anak-anak. Seronok lah anak2 kalau dapat makan makanan macam ni, terutama si kecil. Jadi saya buatlah ala kadar saja. Cepat dimasak dan mudah untuk disediakan.



Untuk ayamnya saya gunakan dada ayam, sebab banyak isi dan tak ada tulang. Kemudian saya hanya goreng menggunakan tepung goreng ayam sahaja. Jadi ayam dipotong kecil supaya mudah untuk menggoreng, juga kalau potong kecil2 ayam akan cepat masak.



Kentang goreng beli yang dah siap, tinggal goreng saja. Kemudian tabur dengan sedikit garam.

Untuk coslownya pula saya parut lobak merah,  hiris nipis-nipis kobis beajing. Kemudian masukkan mayonaise. Digaul hingga bercampur rata.




Untuk memudahkan, sosnya saya hanya campurkan sos cili dengan sos lada hitam.

Itu pun dah sedap dah.