Ahad, 31 Ogos 2025

Masak Sayur Lemak Pucuk Manis Dengan Ubi Keledek

 

Assalamualaikum...

Hari ni anak-anak masih lagi bercuti sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos. Jadi kita masih berehat di rumah saja, tak keluar kemana-mana pun. Pagi tadi hanya sarapan roti jem dengan teh O panas saja. Bila tengahari cepatlah terasa lapar.

Untuk makan tengahari saya masak sayur lemak pucuk manis dicampur dengan ubi keledek, goreng ayam serta sambal belacan bersama ulam timun.

Jom tengok resepinya...



Resepi Sayur Lemak Pucuk manis dengan ubi keledek

Bahan-bahan:

sayur pucuk manis
ubi keledek (di potong)
bawang merah (dimayang halus)
sedikit ikan bilis
cili merah (dipotong)
santan
gula, garam dan perasa




Cara memasaknya:

1. Dalam periuk masukkan ubi keledek kemudian masukkan santan cair, hirisa bawag kecil serta ikan bilis. Masak higga mendidih.

2. Masukkan pula sayur pucuk manis. Masak lagi hingga sayurnya layu. Masukkan santan pekat, cili merah juga masukkan garam, gula dan perasa jika suka.

3. Rasakan ia, jika dah cukup rasa barulah diangkat untuk dihidangkan.





Selamat mejamu selera.



2 ulasan:

  1. Lauk sayur lemak pucuk manis dengan ubi keledek ni memang ngam untuk makan tengah hari

    BalasPadam
  2. Memang ngam dah menu ni. Kalau ada ikan masin dan sambal belacan. Fuhhh menambah la makan.

    BalasPadam