Isnin, 25 Ogos 2025

Masak Spagetti Bolognese

 

Assalamualaikum...

Hari ni si kakak Siti Norhaida belanja barang-barang untuk masak spagetti, katanya dah lama tak makan spagetti. Jadi saya pun masakkan lah spagetti bolognese. 

Untuk sosnya saya guna sos prego, biar mudah dan cepat disediakan.




Resepi Spagetti Bologese

Bahan-bahan:

1 peket spagetti

sedikit garam

sedikit minyak masak


Cara memasak spagetti:

Masak air dalam periuk, masukkan garam dan juga sedikit minyak masak. Apabila air mendidih, baru masukkan spagetti. Masak sehingga spagetti jadi lembut, barulah diangkat dan ditoskan. Kemudian letak sedikit minyak zaitun, gaulkan supaya spagetti bercampur rata untuk mengelakkan spagetti melekat.



Resepi Kuah Spagetti

Bahan-bahan:

sos prego

cendawan dalam tin (dihiris nipis)

daging cincang

sosej (dihiris nipis)

2 biji bawang bombay (dincang halus)

2 bii tomato saiz besar dipotong dadu)

1 batang karot (dipotong dadu)

sedikit lada hitam

italian mix herb

garam, gula, perasa

sedikit minyak zaitun


Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang bombay. Goreng sebentar, kemudian masukkan tomato.

2.Masukkan pula daging cincang. Goreng lagi hingga daging sedikit masak. Masukkan sos prego serta bahan-bahan lain seperti karot, sosej serta cendawan. 

3. Masukkan lagi lada hitam, mix herb, gula, garam serta serbuk perasa. Masak lagi hingga mendidih. Rasakan ia, kalau dah cukup rasa bolehlah diangkat untuk dihidangkan.



Nah... seperiuk sos spagetti.




Alhamdulillah... puas hati masak sendiri. Boleh makan berulang kali. Spagetti ni memang kesukaan anak-anak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan