Memaparkan catatan dengan label Khasiat buah-buahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khasiat buah-buahan. Papar semua catatan

Ahad, 21 Oktober 2012

Khasiat Pisang

   
         Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam untuk semua teman-teman. Entri kali ini kita mengetahui pula tentang khasiat pisang. Pokok pisang adalah sejenis tumbuhan yang mudah hidup. Ianya mudah didapati di negara ini. Selain dari buah, daunnya pula sangat berguna untuk membalut makanan atau kuih.

      Nama saintifik pisang ialah Musa Sapientum yang sangat kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Ia juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsang aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga.
       Kajian menunjukkan bahawa pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula 1 peratus. Pisang mempunyai pelbagai jenis antaranya pisang rastali, emas, tanduk, abu, berangan dan lain-lain. Ianya juga boleh dimakan mentah, digoreng, dijadikan kuih, jus dan sebagainya.



Khasiat pisang untuk kesihatan:

1. Dapat menurunkan darah tinggi dan me-
   ngelakkan stroke kerana kandungan potasium-
   nya yang tinggi.

2. Pisang rendah dari segi kalori lemak dan 
   sodium yang membantu merendahkan kolestrol.

3. Potasium dan magnesium yang terkandung di
   dalamnya amat sesuai merawat orang yang
   mengalami cirit birit.

4. Pisang juga kaya dengan zat besi, boleh me-
   rangsang penghasilan haemoglobin di dalam
   darah. Ini dapat mengelakkan dari anaemia 
   iaitu penyakit kurang darah.

5. Orang yang murung lebih cepat ceria kerana
   kandungan sejenis protein membantu kita 
   menjadi tenang.

6. Dengan meminum susu pisang kocak (banana 
   milkshake) yang dicampur dengan madu dapat
   mengurangkan rasa pening.
  
    Begitulah khasiat pisang yangsangat berguna untuk kesihatan badan kita.




Khamis, 26 Julai 2012

Khasiat Epal Hijau

            
         Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam penuh ceria buat semua. Kali ini saya ingin kongsikan khasiat buah epal hijau untuk panduan diri saya. Mungkin tak semua orang yang tahu tentang khasiatnya. Rasa buahnya yang sedikit kemasaman adalah baik untuk kesihatan. Juga buah epal ini sangat baik untuk orang yang ingin menurunkan berat badan seperti saya. Selain itu ia juga mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.



     Epal hijau ini mempunyai pelbagai zat di dalamnya termasuklah zat kalsium sodium, vitamin A, vitamin B, vitamin C serta mempunyai serat yang mudah larut jika dimakan bersama kulitnya. 

Epal hijau boleh membantu mencegah:

1. Pembinaan kolestrol dalam dinding salur
   darah.

2. Mengurangkan  risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah
   bahan kimia pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular
   dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Membantu mengurangkan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Membantu membersihkan saluran usus dan
   pembuangan toksin dengan pantas menerusi
   sistem pencernaan.

       Tips untuk mereka yg mempunyai  masalah penghadaman atau sembelit, kisarkan epal bersama saleri, diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ianya dapat membersihkan usus serta membuang toksik dgn pantas melalui sistem pencernaan.


      Tips untuk kacantikkan pula, epal hijau ini boleh dijadikan penyegar kulit wajah. Caranya dengan merendam potongan buah epal ke dalam air batu selama lima minit. Selepas itu letakkan di muka lebih kurang 15 minit. Kesegaran akan dapat dirasakan. Sekiranya diamalkan selalu, ia boleh melicinkan kulit.



sumber : internet