Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Mei 2026

Selamat Hari Guru

 

Assalamualaikum...

Salam di hari Sabtu yang cerah ini, semoga semua sahabat sihat selalu. Hari ini 16 hb Mei 2026, adalah hari guru.

Jadi sempena hari guru hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada teman-teman dan sahabat yang bergelar guru. 

Semoga segala pengorbanan yang kita berikan akan diberkati serta diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT.



Alhamdulillah... tahun ini saya juga kembali menjadi guru, walau pun hanya menjadi guru di sekolah yang kecil sahaja, tapi tetap bersyukur dapat berbakti, mencurah sedikit ilmu yang tidak seberapa ini kepada anak bangsa kita sendiri.



Rasa terharu sangat ada dikalangan murid yang memberikan hadiah buat guru mereka. Mungkin itulah cara mereka untuk mengucapkan terima kasih atas pengorbanan dan jasa baik guru mereka. Bukan itu yang kita minta sebenarnya, apa yang kita harapkan ilmu yang kita ajarkan akan dipelajari, difahami serta diamalkan oleh murid sebagai panduan dalam kehidupan mereka. 



Saya juga ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajari saya, dari sekolah tadika hinggalah ke pengajian tinggi, dan hingga sekarang juga kita masih lagi perlu belajar. Tanpa guru kita tidak akan menjadi siapa-siapa, tanpa guru juga kita tidak mengenal 1, 2, 3, alif, ba , ta. Maka kepada guru, kita perlu hormati mereka agar segala ilmu yang diajarkan menjadi berkat.




Jumaat, 2 Januari 2026

Selamat Tahun Baru 2026

 

Assalamualaikum...

   Alhamdulillah... Baru sekarang dapat mengadap computer. Sempena kita telah memasuki tahun baru ini, rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2026 buat rakan blogger serta sahabat semua.




 Semoga dengan datangnya tahun baru ini memberi kita semangat serta azam baru. Juga semoga tahun baru ini akan mendekatkan diri kepada Allah, iman terus dipelihara dan hidup sentiasa diberkati. Aamiin...



Jumaat, 5 September 2025

Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M

 Assalamualaikum...



Sempena di hari maulidur rasul ini, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan yang mulia membawa rahmat untuk seluruh alam. Semoga sunnah baginda menjadi panduan hidup kita sepanjang zaman.



Ahad, 31 Ogos 2025

Salam Kemerdekaan 2025

 

Assalamualaikum...

Salam kemerdekaan buat kita semua. Dengan Tema Malaysia Madani Rakyat Disantuni.




Jalur gemilang berkibar megah,

Simbol perpaduan seluruh negara,

Malaysia bebas dari dijajah,

 Semoga negara aman sentiasa.


Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara Malaysia yang ke 68, semoga rakyatnya hidup aman dan damai serta dijauhi dari malapetaka dan bahaya.




Rabu, 22 Mac 2023

Salam Ramadhan 2023M / 1444 H

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan sahabat semua, moga anda sihat-sihat serta berada dalam lindungan Allah selalu.

Lama tak update blog kesayangan saya yang satu ni. Tak tahu apa yang sibuk sangat sampai terlupa saya punya blog ini. Insyaallah selepas ini, akan saya update selalu. Mudah-mudahan kawan-kawan masih sudi lagi bertandang di blog saya ini.



Insyaallah, semua umat Islam di seluruh dunia akan menjalankan ibadah puasa esok hari. Di kesempatan yang ada ini saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari teman2 semua jika ada tersalah kata, terkasar bahasa sebelum ini.


Selasa, 31 Ogos 2021

Salam Kemerdekaan 2021

 Assalamualaikum...

Sempena hari ini 31 hb Ogos 2021, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada seluruh rakyat malaysia, semoga negara kita dijauhi virus covid 19.


Sudah semestinya kita sebagai rakyat Malaysia inginkan sebuah negara yang aman, damai, makmur sentosa, dijauhi dari segala mala petaka serta musibah, agar kita semua dapat melakukan aktiviti kita seperti sebelumnya.

   Sama-samalah kita menjaga keharmonian dalam masyarakat sekitarnya serta sama-sama kita berusha menghentikan rangkaian covid 19 dengan mematuhi peraturan serta SOP. Sermoga virus covid 19 ini akan segera berakhir. 

Insya allah...

Isnin, 9 Ogos 2021

Salam Maal Hijrah 1443 Hijrah

 Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua dan selamat menyambut tahun baru dalam bulan Islam 1443 Hijrah, semoga apa yang kita azam di tahun baru ini akan tercapai. 


Swperti biasa doa yang selalu kita amalkan diakhir tahun dan di awal tahun baru.



Di doakan agar kita semua:

* Dimurahkan rezeki

* Ditetapkan iman 

* Dipanjangkan umur

* Dikurniakan kesihatan yang baik.

* Dikuniakan pemikiran yang baik.

* Sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan      Allah.

* Berjaya di dunia dan di akhirat.

Isnin, 12 April 2021

Salam 1 Ramadhan 1442 H / 2021

 Assalamualaikum... 

Salam 1 Ramadhan saya ucapkan buat seluruh umat Islam dimana pun jua anda berada. Sama-samalah kita tingkatkan amal ibadah kita sempena di bulan suci yang penuh keberkatan ini.




Rabu, 28 Oktober 2020

Salam Maulidur Rasul 2020

 Assalamualaikum...


Selamat menyambut Maulidur Rasul. Rasul adalah pemimpin umat islam yang tiada tolok bandingnya. Dengan itu marilah kita sama-sama berpegang kepada sunnah dan ajarannya. Jangan lupa juga kita berselawat ke atasnya dengan sebanyak-banyaknya.


Ahad, 30 Ogos 2020

Salam Kemerdekaan 31hb Ogos 2020

 Assalamualaikum...

Salam kemerdekaan buat sahabat semua...

Hari ini bertarikh 31 Ogos 2020, merupakan tarikh ulang tahun kemerdekaan buat negara kita Malaysia.


Sama-samalah kita doakan semoga tanah air kita sentiasa berada di dalam keadaan aman makmur serta terpelihara rakyatnya dari musibah serta bencana.


Jalur gemilang bendera Malaysia,

Megah berkibar setiap hari,

Selalulah kita berdoa padaNya,

Supaya Malaysia terus aman harmoni.
 


Rabu, 19 Ogos 2020

Salam Maal Hijrah 1442

 Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua dan salam maal Hijrah, moga diberkati Allah selalu.


 

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.

(Surah Ar Ra'du: 11)

Marilah kita sama-sama menyambut bulan hijriah ini dengan berhijrah dari kegelapan menuju cahaya islami, dari kekufuran menuju keimanan, semoga ditahun baru Hijriah ini rezeki kita semua bertambah dan dipanjangkan umur supaya kita bisa beribadah kepadaNya. 

Aaminnn...


Jumaat, 24 April 2020

Salam Ramadhan 2020/1441 H


Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan salam ramadhan kepada sahabat semua. Hari ini merupakan hari pertama kita menjalani ibadah puasa.




Isnin, 10 September 2018

Salam Maal Hijrah 1440 H / 2018 M


       Assalamualaikum...

                Salam maal hijrah saya ucapkan kepada teman-teman semua...



     Mari kita sambut bulan hijriah dengan berhijrah dari kegelapan menuju cahaya islami, dari kekufuran menuju keimanan, semoga ditahun baru hijrah ini rezeki kita bertambah dan dipanjangkan usia kita untuk kita sentiasa beribadah kepadaNya. 







     Mudah-mudahan di tahun baru ini akan membawa sinar yang baru untuk kita semua.


Rabu, 16 Mei 2018

Salam Ramadhan 2018


         Assalamualaikum...

Besok adalah tibanya bulan Ramadhan, maka marilah kita sama-sama menjalankan ibadah puasa.








      Menjelang bulan suci Ramadhan ini, saya memohon maaf yang sedalam-dalamnya jika ada kata-kata yg tidak berkenan, sikap yang menyakiti. Semoga kita semua diberi kelancaran beribadah di bulan yg penuh berkah ini. Selamat menjalankan ibadah puasa. 


Jumaat, 26 Mei 2017

Isnin, 6 Jun 2016

Salam Ramadhan


         Assalamualaikum wrh... wbr...



        Salam bahagia semua. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam Ramadhan untuk teman-teman dan kenalan semua.  
     
      Selamat berpuasa saya ucapkan dan dengan rasa rendah diri saya dan family memohon kemaafan sekiranya selama berblog terkeluar kata-kata yang tidak menyenangkan serta mengguris hati teman-teman semua. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. 

Isnin, 16 Mei 2016

Selamat Hari Guru


          Assalamualaikum wrh... wbr...

      Salam bahagia semua... Hari ini 16hb Mei 2016 adalah hari guru. Hari ini adalah hari kebesaran bagi semua guru-guru. Teringat sewaktu mengajar dulu. Kalau tibanya hari guru, ada saja keraian yang dibuat bagi meraikan para guru-guru. Parent juga ada memberikan sumbangan makanan, cenderahati dan sebagainya. Itu semua dah tinggal kenangan.

     Sekarang bila dah ada anak-anak ni, bila tiba hari guru ada saja yang dimintanya untuk diberikan kepada guru sebagai tanda kenangan untuk gurunya. Nak tak nak kenalah sediakan juga walaupun hadiahnya tak sebesar mana pun. Sekurang-kurangnya mereka ni adalah rasa nak menghargai jasa cikgu-cikgu yang telah mengajar mereka.



       Sempena hari guru ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada mereka-mereka yang pernah menjadi guru saya dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke perguruan tinggi. Jasa kalian tidak akan saya lupakan hingga ke akhir hayat.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat 
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Selasa, 21 Julai 2015

Salam Aidil Fitri 2015 M / 1436 H


     Assalamualaikum wrh... wbr...


      Salam Aidil Fitri diucapkan kepada teman-teman blogger yang sudi singgah di blog ini, semoga anda semua berbahagia di bulan Syawal yang berbahagia ini.


     Sempena di hari raya ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan bathin sekiranya selama saya berblog terdapat kata-kata yang tidak menyenangkan atau menyinggung parasaan teman-teman blogger secara sengaja atau tidak sengaja.
 
Bulan Ramadhan bulan yang mulia,
Disambut dengan penuh gembira.
Kini Syawal menjelma tiba,
Tangan dihulurkan maaf dipinta.


Rabu, 17 Jun 2015

Salam Ramadhan 2015


        Assalamualaikum wrh. wbr.


           Bersua lagi dientri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu. Dah lama saya tak bersua di blog ini oleh kerana sedikit masalah kesihatan, alhamdulillah kini kesihatan pun beransur pulih.

      Sedar tak sedar rupanya dah satu tahun berlalu, kini ramadahan menjelma lagi. Terasa begitu cepat masa berjalan. Mudah-mudahan ramadhan kali ini akan lebih bermakna dari sebelumnya. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini, kita penuhi dengan amal ibadah serta amalan-amalan yang baik dan semoga kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar.


      Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada teman-teman semua, semoga segala amalan yang lakukan dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan akan diterima di sisi Allah..... Insyaallah.



Rabu, 31 Disember 2014

Happy New Year 2015


    Assalamualaikum wrh.... wbr....


      Bersua lagi kita di entri kali ini, kini kita telah pun memasuki tahun baru 2015. 2014 baru sahaja melabuhkan tirainya.
Semoga di tahun baru ini akan lebih sukses dari tahun-tahun sebelumnya.


  Masa lalu adalah 
kenangan 
Masa kini adalah 
kenyataan
Masa depan adalah 
harapan
Selamat tahun Baru 2015
Selamat tinggal Kenangan
Selamat datang harapan.

Setiap kali datangnya tahun baru, kita akan tanamkan azam di salam diri kita agar kehidupan semalam akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Begitu juga dengan saya yang sentiasa berazam akan menjadi seorang insan yang kamil disisi Allah dan dimata manusia, insyaallah. Semoga apa yang kita harapkan akan tercapai jua akhirnya.