Memaparkan catatan dengan label aidil adha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aidil adha. Papar semua catatan

Selasa, 26 Mei 2026

Salam Aidil Adha 2026

Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua dan salam Aidil Adha saya ucapkan kepada sahabat semua. Mungkin anda tengah beraya di kampung di ketika ini, selamat menjamu selera dengan hidangan hari raya. 

Hari raya haji ni saya tak balik kampung, walaupun hari raya haji ni berada di dalam cuti sekolah, tapi saya tetap beraya di sini. Mungkin hujung minggu nanti saya dan keluarga akan ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara.



 


Hari Raya Haji tahun ini disambut pada hari Rabu 27hb Mei 2026 / 10 Zulhijjah 1447h di Malaysia. Umat Islam menyambut perayaan ini dengan mengerjakan solat sunat Aidil Adha dan melakukan ibadah korban selepasmya.

Di hari raya ini kita disunatkan melaungkan takbir, mandi sunat hari raya aidil adha, memakai pakaian terbaik dan berjalan kaki ke masjid.




Photo kenangan bersama si kakak sebelum menghantar dia ke tempat kerja.



Hidangan di hari raya kali ini ala kadarnya sahaja, tak ada rendang ketupat. Hanya ada nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang, serta telur rebus.





 Nasi impit, saya beli yang peket saja. Mudah dan senang, tinggal rebus je.






Kuah lodeh saya guna resepi dari youtube Che Nom. Memang sedap.




Airnya pula, minum air teh O saja.
 



Kuah kacang juga saya guna dari resepi Che Nom.




Hidangan lontong, tak ada sambal ikan bilis, gantikan dengan kuah kacang je. Itu pun sedap dah...



Raya kali ni tak ada kuih raya, beli kek dengan maruku saja lah buat makan.

Selamat hari raya aidil Adha, semoga segala ibadah korban kita akan diterima oleh Allah swt.




 

Sabtu, 7 Jun 2025

Salam Aidil Adha 2025 M / 1446 H

 Assalamualaikum...

Hari ini kita umat Islam di seluruh dunia merayakan hari raya Aidil Adha. Hari yang mulia ini, marilah kita merenung erti pengorbanan dan menyemai kasih sayang antara kita sesama insan.



Sekadar photo kenangan di hari raya Aidil Adha ini. Tak semua ahli keluarga berkumpul. Sorang beraya di Penang, Sorang beraya di Kedah dan seorang lagi kena bekerja. Raya pun hanya ala kadar je.






                    

Tapi ketupat rendang tetap juga saya buat, kalau tidak tak rasa seperti raya.



Sedikit juadah hidangan di hari raya, ada ketupat pulut, nasi impit, rendang, kari daging, juga sayur lodeh.

Akhir kata Salam Aidil Adha, jangan lupa muhasabah diri dan mensyukuri segala nikmat yang kita kecapi dihari ini.


Ahad, 10 Julai 2022

Salam Aidil Adha 2022 M / 1443 H

 Assalamualaikum...

Selamat pagi, semoga sahabat semua berada dalam lindungan Allah selalu. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam Aidil Adha untuk seluruh umat Islam walaupun anda berada dimana jua.





Isnin, 19 Julai 2021

Salam Aidil Adha 2021

 Assalamualaikum... Jumpa lagi kita di kali ini.

Hari ini merupakan hari raya Aidil Adha tahun 2021. Sudah dua tahun kita berhari raya dalam keadaan pandemi covid 19, tapi tetap bersyukur kerana di beri kesempatan oleh Allah swt dapat juga berhari raya walaupun dalam keadaan kekurangan. Hanya berhari raya dengan keluarga masing2 tanpa jiran tetangga, keluarga dan sanak saudara.

Sebelum tu saya nak ucapkan salam Aidil Adha buat teman-teman semua walaupun dimana anda berada, mudah2an covid akan cepat lenyap dari mukabuni ini dan kita akan dapat beribadah di masjid2 serta dapat menunaikan fardhu haji dan umrah ke Mekah di masa akan datang.

Sekadar hanya kenangan sahaja, letak juga gambar kenangan raya haji di tahun ini. Besok2 boleh tengok kembali.



Bergambar bersama keluarga.



Juadah raya pun ala kadar, apa yang ada je. Yang penting dapat merasakan suasana raya. Didoakan semoga teman2 juga happy dengan sambutan hari raya anda.




Khamis, 30 Julai 2020

Salam Aidil Adha 2020

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua sahabat...

  Bersempena dengan tibanya hari Raya Aidil Adha kali ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil Adha kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak kira dimana jua anda berada. Raikan dengan penuh kesyukuran, tingkatkan pengorbanan, suburkan keikhlasan, maaf zahir batin.


   Disebalik kemeriahan Aidil Adha, marilah sama2 kita menghayati akan pengorbanan sebenar nabi Ismail as dalam menyahut seruan Allah swt untuk tunduk akur pada perintahnya.

         Sedikit photo kenangan yg sempat dirakamkan di Aidil Adha bersama sepupu sepapat beserta anak-anak.








Ahad, 11 Ogos 2019

Salam Aidil Adha 2019


Assalamualaikum...

Selamat petang dan salam Aidil Adha saya ucapkan kepada teman2 sekalian, semoghari raya korban ini membawa keberkatan kepada kita semua. 

Mungkin ada diantara teman2 yang berkesempatan pulang ke kampung berhari raya bersama keluarga di samping melakukan ibadah korban. Semoga semuanya berjalan lancar.

hari Raya korban kali ini saya dan kelurga tidak pulang beraya di kampung, tapi insyaallah akan pulang hari raya ketiga  nanti sambil menjenguk anak yang bersekolah disana.



Jadi sempatlah kami beraya kerumah saudara mara yang ada disini, saya simpankan photo dihari raya di sini untuk kenangan.








Beraya dirumah adik ipar.





Beraya di rumah abang ipar.



Rabu, 22 Ogos 2018

Salam Aidil Adha 2018 M / 1439 H


              Assalamualaikum sahabat hati yang dikasihi Allah swt...

    Salam Aidil Adha saya ucapkan kepada semua sahabat yang mengenali saya. Maaf zahir bathin. Semoga dibulan yg mulia ini memberi kita kesedaran dan memahami apa itu erti pengorbanan.


    Gambar kenangan di Aidil Adha. Raya Aidil Adha kali ini tak balik kampung, cuma berhari raya ke rumah emak saudara je...




Bersama saudara sebelah suami.


Si kecik juga sebok nak bergambar jugak.


Jumaat, 26 Oktober 2012

Salam Aidil Adha 2012

           
          Assalamualaikum wrh wbr.....

          Salam Aidil Adha saya ucapkan kepada seluruh teman-teman yang beragama Islam yang mana hari ini adalah Hari Raya Aidil Adha. Mohon maaf sekiranya terlanjur berbicara sama ada secara sengaja atau pun tidak. Semoga segala amal ibadah yang kita lakukan akan diberkati dan diterima oleh Allah swt. Dan kepada umat Islam yang berpeluang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, semoga pekerjaan haji anda menjadi lancar serta akan memperoleh haji yang mabrur.... Insyaallah.




        " Dan bagi tiap-tiap umat, kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda syukur akan pengurniaannya kepada mereka. (Iaitu) binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana tuhan kamu semua adalah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadanya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada mereka yang tunduk taat."
                                              (Al-Haj:34)