Memaparkan catatan dengan label masakan bihun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan bihun. Papar semua catatan

Khamis, 28 Mei 2026

Masak Bihun Sup Ayam

 Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua. Hari ni adalah hari raya kedua Aidil Adha. Mungkin ada yang masih bertandang di rumah saudara di hari raya kedua ini. Masak menu apa untuk makan tengahari ni.

Hari ni kebetulan adik dari Kedah datang ke rumah, maka saya masak bihun sup ayam.




Gabungan bihun supnya, sudah semestinya sup ayam, bihun, bahan rencahnya serta bawang goreng.




Bihunnya letak serbuk kunyit supaya jadi warna kuning.


Untuk memasak supnya, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai serta akar daun sup. Bila bahan tumis dah wangi, masukkan rempah sup. Kemudian masukkan air secukupnya.  Masukkan juga ayam. Masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam serta perasa.

Keluarkan ayam, biarkan sejuk dahulu baru dileraikan isi ayam.



Untuk bawang goreng, saya hiris bawang kecil nipis-nipis, gaulkan dengan sedikit tepung jagung. Kemudian baru digoreng hingga berwarna coklat.


Untuk bahan rencahnya, potongan tauhu goreng, hirisan daun bawang/daun sup, ayam yang dicarik-carik serta cili kicap. 

Untuk cili kicapnya pula, goreng cili api hijau serta bawang putih. Masukkan ke dalam copper, tambah kicap, sedikit gula serta air perahan limau. Kisar bahan hingga halus.




Alhamdulillah... mau bertambah dua tiga kali bila dimakan panas-panas.



Rabu, 10 September 2025

Goreng Bihun Putih Untuk Makan Malam


 Assalamualaikum...

Pikir punya pikir nak masak apa untuk makan malam ni. Tengok stok bihun masih banyak. Ayam pula masih ada dalam freezer. Cili blender tak ada, nak blender agak lambat. Jadi mudahnya saya masak bihun putih je malam ni.

Teruslah rendam bihun. Sayurnya pula kebetulan ada kobis beijing dan karot je. jadi masaklah apa yang ada untuk makan malam. Kebetulan pula ada kentang goreng, saya hidangkan lah sekali.

Jom tengok resepinya.




Resepi Bihun Goreng Putih

Bahan-bahan:

1/2 peket bihun (direndam, bila dah agak lembut toskan)

200 gm isi ayam

4 ulas bawang putih (dimayang halus)

1/2 batang karot (dipotong seperti batang mancis)

sedikit hirisan kobis beijing

2 biji telur

serbuk lada putih

sedikit sos tiram

sedikit minyak untuk menumis

garam, gula dan perasa




Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, goreng telur hancur. Kemudian angkat dan ketepikan. 

2.Bekas yang berisi minyak tadi, tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan isi ayam, goreng hingga ayam menjadi kecut.

3. Masukkan sos tiram. Dikacau lagi hingga bercampur. Masukkan lada putih serta karot.

4. Masukkan gula, garam serta serbuk perasa jika suka. Tambah air supaya tidak hangit. Masukkan sayur kobis dan juga telur yang sudah digoreng tadi.

5. Akhir sekali baru masukkan bihun. Digoreng-goreng sehingga masak sekata. Kalau bihun masih keras, simbahkan dengan sedikit air. Tutup sekejap dengan tudung. Apabila bihun sudah masak, tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.




Biasanya kalau makan bihun atau mee goreng, saya suka hidangkan dengan keropok. Tapi petang ni tak ada stok keropok lah pulak.


Rabu, 25 Disember 2019

Bihun Sup Ayam


Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua... semoga teman2 semuanya sihat2 selalu.

Hari ni terasa teringin nak makan bihun sup. Oleh kerana kesihatan pun kurang baik, tak boleh makan daging buat masa ini. Jadi saya buatkan je sup menggunakan daging ayam.

Jom tengok resepinya...


Resepi Bihun Sup Ayam

Bahan-bahan:

1 bungkus bihun
1/2 ekor ayam
halia
akar daun bawang
akar daun sup
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
garam dan perasa
1 batang kulit kayu manis
bunga cengkih

Bahan untuk taburan:

hirisan daun bawang
hirisan daun sup
bawang goreng
potongan fishcake (tak letak)
isi ayam disiat2


Cara memasaknya:

1. Panaskan air dan celur bihun, kemudian
   toskan.

2. Rebus ayam sampai empuk dengan halia, akar
   daun sup, akar daun bawang, garam serta 
   serbuk perasa. Ayam tak perlu dipotong
   supaya mudah untuk disiat2 isinya.

3. Mayang halus bawang merah serta bawang 
   putih. Panaskan minyak, tumis bahan yang
   dimayang halus tadi dengan 3 sudu minyak
   masak sehingga garing. Masukkan 1 batang
   kulit kayu manis serta bunga cengkih.

4. Masukkan 1 sudu perencah sup. Kalau sudah
   agak bau masukkan sedikit air rebusan ayam
   supaya tidak hangit.

5. Angkat dan masukkan kedalam periuk yang 
   berisi rebusan ayam tadi.

6. Didihkan selama 15 minit supaya rempah2
   tadi meresap ke dalam ayam. Kemudian 
   tutupkan api.

7. Ambil isi ayam serta tulangayam yg telah
   disiat2 tadi, masukkan semula ke dalam
   kuah sup.


Bahan untuk sambal kicap:

cili api
bawang goreng
garam dan gula
kicap manis

Tumbuk cili api serta bawang goreng. Masukkan kedalam satu bekas, kemudian masukkan kicap, garam serta gula. Siap untuk dihidangkan.


Sabtu, 12 Oktober 2019

Bihun Goreng Putih

Assalamualaikum...

Selamat petang...
Salam dipetang Sabtu yang indah. Alhamdulillah akhir2 ini, bila tiba waktu  petang hujan akan turun, bersyukur sangat2 sbb cuaca tak panas. 

Tapi bila hujan tak bolehlah nak pergi jogging, nak keluarkan sedikit peluh. Jadi kalau dihujung minggu, tukar plan tak payah keluar waktu petang keluar je di sebelah pagi. Bukan apa kalau tak keluar peluh langsung rasa tak sihat pulak badan ni.

Petang2 ni rasa laparlah pulak, ada bihun 1/2 paket lagi. Saya buatlah bihun putih yg paling simple ikut style saya.
Jom tengok resepinya...



Resepi Bihun Goreng Putih

Bahan-bahan:

1/2 paket bihun (direndam)
2 ekor sotong
1 biji bawang besar (dihiris halus)
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
lada hitam
1/2 batang lobak merah (dipotong seperti              batang mancis)
gula dan garam
sos tiram
minyak utk menumis.


Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar 
   serta bawang putih hingga layu. Masukkan 
   lada hitam. Dikacau lagi.

2. Masukkan sotong, lobak merah, sos tiram,
   garam serta gula.

3. Masukkan bihun, dikacau selalu supaya
   tidak hangit. Tambahkan air secukupnya
   supaya bihun tidak keras. Tutup dengan
   penutup belanga supaya bihun masak sekata.
   Goreng lagi. 

4. Rasakan, jika dah secukup rasa, barulah 
   ditutup apinya. Siap untuk dihidangkan.


Sedap dimasak untuk sarapan atau minum petang. Sedap dinikmati bersama cili kicap.



Ahad, 26 November 2017

Meehon Goreng lagi


         Assalamualaikum...

      Selamat petang semua pengunjung blog Diari Diela, dan selamat berhujung minggu. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang. 

      Sekarang dah start musim cuti sekolah, mungkin ada diantara ibubapa yg mengambil kesempatan pulang ke kampung atau pergi bercuti. Semoga perjalanan anda selamat pergi dan selamat balik.

     Dah lama tak masak bihun goreng, setiap hari asyik makan nasi je... sekali sekala nak juga makan mee atau bihun goreng. So, hari ni saya masak meehon goreng je...



Resepi Meehon Goreng

Bahan-bahan:

1 bungkus meehon
1 ikat sayur sawi (dipotong)
cili kering blender (ikut kepedasan)
3 ketul ayam (dipotong kecil2)
sos cili
sos tomato
kicap
sos tiram
bawang merah (dimayang halus)
bawang putih (dimayang halus)
1 ketul kiub ayam
garam gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis



Cara memasaknya:

1. Meehon direndam terlebih dahulu.

2. Panaskan minyak, tumis bawang merah 
   serta bawang putih hingga garing.

3. Masukkan cili giling, masak hingga naik
   minyak, kemudian masukkan ayam yang 
   dipotong kecil tadi.

4. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato
   serta kicap. Masukkan pula kiub ayam,
   garam serta gula. 

5. Masukkan pula meehon, sayur sawi, kemudian
   tambahkan sedikit ayer (agak2 je supaya 
   nanti meehonnya lembut). 

6. Kacaukan sekejap, tutup belanga dengan
   penutup. Biarkan seketika.

7. Buka penutup dan kacau lagi. Kemudian
   rasakan garamnya. Bila sudah secukup rasa
   barulah diangkat.



     Akhir sekali taburkan dengan hirisan daun bawang atau bawang goreng.



Jumaat, 14 Ogos 2015

Bihun Goreng


    Assalamualaikum wrh... wbr...

      Bertemu lagi di entri kali ini, dah lama tak masak bihun goreng. Hari ni saya masak bihun goreng untuk sarapan pagi. Bihun goreng ni memang kesukaan anak-anak saya. Kadang-kadang kalau lama tak masak bihun goreng ni, dah mula lah sebok bertanya bila nak masak bihun. Biasa lah kalau makan bihun yang dibeli, banyaklah komplen mereka.


Resepi Bihun Goreng

Bahan-bahan:
1 bungkus bihun (direndam)
3 ketul isi ayam (dipotong kecil)
2 senduk besar cili kisar
sebungkus fish ball
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 ketul kiub ayam
sedikit sos tiram 
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit kicap 
garam dan gula secukup rasa
sayur sawi (dipotong)
1/2 batang karot (dihiris halus)
sedikit minyak untuk menumis


Cara memasaknya:
1. Panaskan kuali tumis bawang yang dihiris
   sehingga layu, masukkan cili kisar. Masak
   hingga naik minyak.
2. Masukkan ayam serta fish ball. Biarkan
   sehingga ayam menjadi kecut.
3. Masukkan kicap serta sos cili, sos tiram
   serta sedikit sos tomato. Masukkan juga
   garam serta perasa. Biarkan sehingga
   mendidih. 
4. Tambahkan sedikit air jika perlu supaya
   tidak hangit.
5. Masukkan bihun serta sayur-sayur. Jika
   bihun nampak seperti keras, lebihkan
   sedikit air. Kemudian gorenglah sehingga
   bihun bercampur dengan bahan-bahannya.
   Tutupkan sekejap supaya bihun menjadi 
   lembut.
6. Rasakan garamnya, jika dah cukup rasa
   barulah ditutupkan apinya. Siap
   dihidangkan.