Memaparkan catatan dengan label masakan bubur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan bubur. Papar semua catatan

Ahad, 28 Disember 2025

Minum Petang Dengan Bubur Labu

 

Assalamualaikum...

Petang-petang ni terasa lapar lah pula. Kebetulan ada buah labu setengah biji. Ingat nak buat masak lemak, tapi tak jadi lah. Buat bubur labu pun sodap jugak. Potong-potong terus rebus, masukkan apa yang patut terus jadi bubur labu.









Resepi Bubur Labu

Bahan-bahan:

buah labu

2 helai daun pandan

santan

gula putih

gula merah

sedikit garam

sedikit sagu biji

Cara memasaknya:

1. Buah labu dikupas dan dipotong-potong. Kemudian direbus dengan air. Biarkan sehingga isi labu menjadi lembut.

2. Kemudian masukkan daun pandan, santan, gula merah, gula putih, sagu yang dah direndam serta sedikit garam. Selalu dikacau supaya santannya tidak pecah. 

3. Perasakan ia, bila dah cukup rasanya, barulah diangkat.




Sedap dimakan di petang hari bersama teh atau kopi panas.



Selasa, 23 Disember 2025

Makan Bubur Nasi Je Tengahari Ni

 

Assalamualaikum...

Selamat bercuti kepada kawan-kawan yang dah start bercuti hari ni. Mungkin ada diantara kalian yang dah balik kampung atau pun pergi bercuti bersama keluarga. Didoakan semoga dipermudahkan perjalanan anda dan selamat sampai ke destinasi yang ditujui.

Kalau saya dan keluarga masih belum balik ke kampung, bukan apa malas nak bersesak-sesak di jalan raya. Tunggu jalan lengang sikit baru kita balik kampung.

Lama tak masak bubur nasi, hari ni teringin pula nak makan bubur nasi. Jadi hari ni rebus beras buatkan bubur, sambil-sambil tu masak lah sedikit lauk dan sayur untuk dimakan bersama bubur.

 


Untuk bubur nasi, rebus beras sehingga kembang. Masukkan karot yang dipotong kecil-kecil. Kemudian masukkan kiub ikan bilis. Kalau nak berkuah, letak air lebih sikit. Kalau saya suka bubur nasi yang pekat-pekat sikit, baru sedap dimakan dengan lauk.



Untuk lauknya pula potong isi ayam kecil-kecil, letak sedikit garam dan sedikit kunyit.
Panaskan minyak, goreng ayam sehingga masak, masukkan bawang besar serta cili api yang dipotong. Tunggu sehingga bawang layu, baru diangkat.


Sayurnya pula, kebetulan ada sayur pakchoy dari laman sendiri. Tinggal tumis je, letak apa yang patut. Kira ok lah dapat juga dimakan dengan bubur nasi.


Ini pula ikan bilis digoreng garing, kemudian letak bawang dan cili merah.

Alhamdulillah... rezeki hari ni. Si bongsu mulanya taknak makan, disuruh masak maggie untuknya. Disuruh cuba makan dulu bubur nasi. Bila dah makan siap bertambah lagi. Last sekali disuruh masak lagi lain kali. Aduhai si anak...






Rabu, 9 Julai 2025

Bubuq Asyura Kedah

 Assalamualaikum... 

Selamat petang sahabat semua... sambil dok  relax-relax ni update blog lagi. 

Biasanya kalau dah 10 Muharam ramai dikalangan kita yang mula buat bubuq asyura. Kalau kat kampung lagi best buat bubur asyura ramai-ramai di dalam kawah menggunakan kayu api, jadi warnanya akan jadi cantik dan rasanya pun sangat sedap. Biasanya bubuq asyura ni mempunyai macam-macam rasa mengikut selera negeri masing-masing. Kalau sebelah utara biasanya rasanya manis, lemak dan letak macam-macam kacang,keledek juga pisang. Kalau di sebelah pantai timur yang saya pernah makan pula rasanya manis dan berempah. 

Cerita mengenai bubuq asyura, saya pun cubalah buat sendiri, bukan apa teringin nak makan sangat-sangat. Selalu dok nampak kat wall FB.

Semalam saya pun cuba buat bubur asyura, resepinya saya dapat dari FB. Jom tengok resepinya.



Resepi bubur Asyura

Bahan-bahan:

Bahan A

2 cawan tepung beras

2 sdb tepung jagung

1 kotak santan [200ml

4 cawan air

1 sdt garam

3 helai daun pandan

1 cawan gula putih, gula merah agak-agak saja. Gula merah dan gula putih dimasak terlebih dahulu dengan secawan air.

Campur semua bahan A ke dalam kuali, jangan dibuka api lagi. Kacau dulu dengan senduk supaya tepungnya tidak berketul dan cair semua.

Kemudian sediakan bahan B pula.



Bahan B

1 batang jagung [diambil isinya]

1/2 biji ubi keledek [potong dadu]

1/2 cawan kacang hijau

buah labu [dipotong dadu]

2 biji pisang [dipotong]

kacang kuda [saya tak masukkan]

semua bahan direbus terlebih dahulu kecuali pisang



Cara memasaknya:

1. Masak bahan A di dalam kuali dengan api kecil dan lama sehingga pekat dan berkilat.

2. Bila adunan dah kental, masukkan pula bahan rebus, kecuali pisang untuk mengelakkan pisang menjadi hancur. Kacau lagi sehingga bercampur rata. 

3. Akhir sekali masukkan pisang, kacau sebentar baru ditutupkan api.

4. Masukkan ke dalam bekas. Biarkan sehingga sejuk baru dihidangkan.





Untuk resepi ni, better kita masukkan ke dalam bekas kecil-kecil, supaya mudah dimakan nanti.
 Saya masukkan di dalam bekas yang besar.

 Adunannya agak lembik, dan tak boleh dipotong. Jadi terpaksa makan menggunakan sudu.

Untuk rasanya pula memang sedaplah, taklah begitu lemak sangat, manisnya pun sedang-sedang saja.



Sabtu, 4 Januari 2025

Bubur Kacang

 Assalamualaikum...

    Selamat tahun baru saya ucapkan kepada teman-teman semua memandangkan kita baru sahaja melangkah ke tahun baru 2025. Semoga azam yang kita bina ditahun 2024 tercapai dengan jayanya. Dan juga jangan lupa tetap bina azam baru ditahun 2025 ini, supaya apa yang kita hajatkan akan tercapai nanti.

    Petang semalam saya buatkan bubur kacang. Biasalah petang-petang suka lapar, nak nak lagi bila hujan turun, perut pun mulalah minta makan. Jadi buatlah bubur kacang untuk minum petang.


    

Rasanya semua orang tahu cara buat bubur kacang ni kan... Selalunya orang gunakan santan, tapi saya lebih suka guna susu cair. Untuk gula pula saya terus guna gula nisan atau gula kabung. Rasa gula merahnya memang sedaplah bagi saya.

Resepinya:

500 gram kacang hijau

3 ketul gula kabung

1 tin susu cair

2 helai daun pandan [diikat]

sedikit garam

sedikit sagu putih [direndam]



Cara masaknya:

1. Rebus kacang hingga masak dan kembang.

2. Masukkan susu cair, sagu, daun pandan, 

   gula kabung serta garam. Masak hingga 

   gula larut. Sekali sekala dikacau 

   selalu supaya tidak hangit.

3. Rasakan ia, bila dah cukup rasa baru

   lah diangkat dan dihidangkan.



Sedap dimakan dengan roti beserta kopi O atau teh O panas. Memang sedap.



Selasa, 5 April 2022

Bubur Som-Som

 Assalamualaikum...

Hari ni hari ke 3 kita menjalankan ibadah puasa. Mudah2an kita dapat menjalankan ibadah puasa serta ibadah lainnya dengan lancar. 

Biasalah kalau bulan puasa, pelbagai juadah lauk pauk serta kuih-muih akan disediakan oleh mak-mak untuk keluarga. Begitu juga lah dengan saya dah lama tak masak kuih. Teringin rasanya nak makan bubur som-som, jadi buatlah sedikit untuk berbuka.



Bahan-baha untuk buat bubur som-som

1 cawan tepng beras
1 cawan tepung jagung
1 sudu teh garam
1 santan kotak kecil
1 liter air
2 helai daun pandan (diikat)

Caranya:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil dikacau sehingga pekat. Tanda bubur sudah masak apabila adunan meletup-letup. Barulah diangkat.



Bahan untuk air gula:


3/4 cawan gula merah
1/2 ketul gula melaka
2 sdb gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan (diikat)

Caranya:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Setelah mendidih barulah diangkat.



Supaya lebih segar, masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.



Rabu, 29 Januari 2020

Bubur Nasi


Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua, semoga anda semua sihat dan bahagia selalu.

Memandang ada anak2 yang tak berapa sihat, jadi saya masak nasi bubur je hari ni.

Memang mudah sangat masak nasi bubur ni... dan bubur ni boleh dimakan dengan lauk apa saja, terpulang kepada selera kita. Hari saya masak apa yang ada sahaja. Jom tengok resepi dari saya.



Resepi bubur nasi

Bahan-bahan:
Beras 
Kiub ayam
Air secukupnya

Cara masak:

Cuci bersih beras, rebus dengan air serta masukkan kiub ayam. Biarkan sehingga bubur 
masak sempurna. Bila dah masak tutupkan 
apinya.



Ayam goreng kunyit

Bahan-bahan:

Ayam
garam serta kunyit
bawang besar (dihiris bulat)
cili merah (dipotong)
karot (dipotong dadu)
minyak untuk menumis

Cara masaknya:

Ayam dicuci bersih, gaul dengan garam dan kunyit, biakan seketika.

Panaskan minyak, masukkan ayam. Goreng hingga keluarkan minyak. Masukkan bahan2 hiris.
Goreng sehingga bawang layu. Angkat dan hidangkan.



Telur goreng

2 biji telur
daun bawang
cili merah
sedikit daun sup
lada sulah

Caranya:

Pecahkan telur, masukkan bahan hiris, garam serta lada. Kacau dahulu.

Panaskan minyak, masukkan telur. Kemudian kacau seperti buat telur hancur. Siap diangkat.



Daun bawang dipotong.



Ikan bilis digoreng garing.

Bubur ini sedap juga dimakan bersama kerupuk serta kacang tanah yang digoreng.




Khamis, 15 Jun 2017

Sagu Gula Melaka


       Assalamualaikum wrh... wbr...

     Bersua lagi dientri kali... dah lama juga blog saya ni tak berupdate. Biasalah macam2 kesibukan sejak akhir-akhir ni...

     Kali ini saya entrikan mengenai sagu gula merah. Segar je terasa... jika dimakan ketika bulan puasa ni.



Resepi Sagu Gula Melaka

Bahan A :
1 cawan sagu 
3 cawan air
pewarna kesukaan
1 helai daun pandan

Cara memasaknya:
Didihkan air bersama daun pandan, masukkan sagu. Kacau sehingga sagu menjadi kembang
dan berwarna jernih. Masukkan benerapa titik pewarna, kacau rata. Angkat dan sejukkan dalam acuan atau loyang.



Bahan B:

1 buku gula melaka
2 sdb gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan

Didihkan semua bahan di atas hingga gula larut. angkat dan sejukkan.



Bahan C:

1 tin susu cair
secubit garam

Masah sekejap di atas api yg sederhana, masukkan garam. Angkat dan sejukkan.

Cara menghidang:
Sendukkan sagu, curahkan gula melaka dan susu cair. Letak ais batu untuk rasa sejuk dan nyaman.


Rabu, 31 Ogos 2016

Serawa Cempedak


           Assalamualaikum wrh... wbr...

      Sekarang ni tengah musim buah. Kat mana-mana pun terdapat orang menjual buah-buahan termasuklah buah cempedak. Harum semerbak baunya jika buah tu dah cukup masak.

     Alhamdulillah kelmarin ada kawan baru balik dari dusun buah, diberinya sebiji cempedak. Dapatlah merasa buahnya. Jadi saya buatkan serawa cempedak. Sedap sangat dapat  makan bersama pulut. Jom tengok resepinya...


Resepi Serawa Cempedak

Bahan-bahan:
ulas cempedak
santan
gula 
sedikit gula merah
simpulan daun pandan
sedikit sagu
sedikit garam
 

Cara membuatnya:
1. Masaukkan santan ke dalam periuk, kemudian
   masukkan gula, gula merah, daun pandan.
   Masak di atas api hingga mendidih.
2. Masukkan pula sagu dan masak lagi hingga 
   mendidih.
3. Masukkan buah cempedak, biarkan hingga buah
   cempedak masak. Taburkan sedikit garam 
   untuk menaikkan lemaknya.
4. Apabila sagu sudah kembang bolehlah
   diangkat untuk dihidangkan.
 

*  Serawa cempedak ini sedap dimakan bersama
   roti atau nasi pulut. 

 

Ahad, 12 Jun 2016

Bubur Skoteng


       Assalamualaikum wrh... wbr...

    Selamat berpuasa kepada anda semua... Hari ini dah hari yang ke tujuh kita berpuasa. Petang ni cuaca sejuk je... hujan turun dengan lebatnya. So kalau cuaca begini sedapnya minum yang panas-panas.

    Teringin rasanya nak merasa bubur skoteng. Dah lama mencari skoteng. Kebetulan baru-baru ni saya ternampak ada skoteng kat pasaraya hero. Apa lagi teruslah saya belikan. Kelmarin baru sempat saya masakkan bubur skoteng ni, dapat lah merasa keenakkannya.
 


Resepi Bubur Skoteng

Bahan-bahan:

1 bungkus skoteng
air secukupnya untuk merebus skoteng
2 helai daun pandan 
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/3 cawan gula
1 sdb sagu halus
secubit garam



Cara memasaknya:

1. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk
   dan masak sehingga mendidih.Masukkan
   skoteng tadi dan rebus sehingga lembut.
   Kemudian toskan.

2. Masukkan santan cair bersama gula ke dalam
   periuk. Masak sehingga mendidih.

3. Masukkan skoteng yang direbus tadi
   bersama daun pandan.

4. Kemudian masukkan sagu dan masak hingga 
   sagu jernih.

5. Tuangkan pula pati santan, secubit garam
   dan kacau-kacau hingga agak mendidih saja.
   Tutupkan api, sedia untuk dihidang.



Beginilah rupanya skoteng yang belum dimasak.

Rabu, 13 April 2016

Bubur Nasi


             Assalamualaikum wrh... wbr...

    Bertemu kembali di kali ini, semoga teman-teman blogger ceria-ceria selalu.

    Dah lama tak makan nasi bubur, kali ni saya kongsikan masakan nasi bubur yang simple je.




Resepi Nasi Bubur

Bahan-bahan:

1/2 cawan beras
1 ketul kiub ayam
Air secukupnya

Lauknya:

2 ketul ayam (dipotong kecil)
kacang buncis
garam dan kunyit
sedikit halia
bawang besar
1 biji cili merah
sedikit minyak untuk menumis

Bahan lain:

ikan bilis goreng
daun bawang (dihiris kecil)
bawang goreng


Cara memasak:

1. Beras direbus dengan air secukupnya.
   Masukkan kiub ayam. Bila bubur sudah masak
   tutupkan apinya, ketepikan.

2. Ayam dimasukkan garam serta kunyit, perap 
   seketika.

3. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak
   masak. Masukkan ayam yang di letak garam 
   serta kunyit, goreng sehingga ayam masak.

4. Kemudian masukkan kacang buncis, bawang 
   besar, bawang putih, halia serta cili
   merah. Goreng sehingga kacang layu. Angkat
   dan hidangkan.


* Bubur nasi ini juga boleh dihidang bersama    lauk lain.


 

Khamis, 7 April 2016

Bubur Som-Som Pandan


            Assalamualaikum wrh... wbr...

    Apa khabar teman-teman blogger semua, semoga anda berbahagia selalu di petang Khamis ini. Jalan-jalan kat dapur Kak Noriah, terbekenan pula bubur som-som pandan Kak Nor. Kebetulan  semua bahan dah ada, jadi saya pun buatkanlah bubur tersebut.

    Memang sedap buburnya, terasa lemak-lemak santan beraroma daun pandan, apalagi dimakan ketika sejuk dicuaca yang panas betul seperti waktu sekarang. Perggh.... memang sedap.... lah. Terima kasih resepinya Kak Noriah, dari dapur Bicara Kak Nor. Izinkan saya letakkan resepinya di sini pula untuk rujukan di masa akan datang nanti. Jom kita tengok resepinya...



Resepi Bubur Som-Som

Bahan-bahan:

100 gm tepung beras 
100gm tepung jagung
1600 ml air + 500ml santan pekat
pes pandan 
1 sdk garam
sedikit pewarna hijau



Caranya:

1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk, 
   kemudian gaulkan. 

2. Masak di atas api hingga pekat dan 
   berkilat, hingga adunan meletup-letup.

3. Tutupkan api, sediakan loyang atau acuan.

4. Oleskan dengan sedikit minyak, tuangkan
   adunan ke dalam loyang atau acuan.
   Sejukkan hingga keras.

5. Siap dihidangkan dengan sirap gula
   melaka/ merah.


Resepi Sirap Gula Melaka

Bahan-bahan: 

500 gm gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan disimpul

Caranya:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk, masak hingga gula larut serta mendidih. Angkat dan sejukkan. Siap dihidangkan bersama bubur som-som.


Isnin, 28 Januari 2013

Bubur Kacang Merah

         
           Assalamualaikum wrh wbr.....

   Salam penuh keceriaan kepada anda semua. Kali ini saya ingin memasukkan entri tentang masakan bubur kacang merah. Okey lah juga rasanya. Bubur kacang merah ni, cara memasaknya lebih kurang sama dengan masakan bubur yang lain juga. Mai lah tengok resepinya...





Resepi Bubur Kacang Merah

Bahan-bahan:


1/2 kilo kacang merah ( direndam dan 
   direbus sehingga empuk)
3 cawan santan
gula merah
gula putih (ikut kemanisan)
sedikit garam
sedikit sagu

2 helai daun pandan (disimpul)


Cara memasaknya:

1. Kacang merah direndam dan direbus dengan 
   air sehingga kembang.

2. Masukkan santan, gula merah, gula putih, 
   garam, sagu, dan daun pandan yang
   disimpul. Masak sehingga mendidih.

3. Perasakan manisnya. Bila dah cukup rasa,
   bolehlah diangkat untuk dihidangkan.